Rumah orang kaya wajib
mempunyai perpustakaan peribadi. Rumah orang biasa-biasa hanya mempunyai
pinggan mangkuk, televisyen LCD, sofa seperti rumah kawannya dan sebagainya.
Adakah rumah anda mempunyai perpustakaan peribadi atau sudut meletakkan koleksi
buku-buku anda?
Bak kata Saidina Ali,
”Ilmu itu lebih berharga daripada harta. Ilmu itu penghukum dan harta itu
terhukum. Ilmu itu bertambah apabila dibelanjakan dan harta itu berkurang
apabila dibelanjakan.”
Jelas ilmu itu
merupakan pelaburan paling berharga dalam kehidupan kita. Dengan ilmu kita
mampu menguruskan wang dan harta kita. Orang bergaji besar sekalipun jika tidak
pandai menguruskan wangnya, wangnya hilang entah ke mana.
Kepustakaan atau
bahan bacaan adalah asas dalam membina peradaban sesuatu bangsa. Sejarawan-sejarawan
Barat menyatakan bahawa zaman kegemilangan Islam tidak akan bangkit lagi kerana
kepustakaan mereka telah musnah dan mereka tidak membina asas tersebut. Tanpa
wujud korpus keilmuan, maka sukarlah untuk membina peradaban bangsa.
Ini dapat dilihat
ketika runtuhnya perpustakaan Baitul Hikmah yang merupakan pusat keilmuan
Kerajaan Abbasiyah yang menjadi pusat terjemahan karya. Apabila tentera Monggol
menceroboh ibu kota Baghdad dan memusnahkan perpustakaan ini, buku-buku di
dalam perpustakaan ini ditenggelamkan ke dalam Sungai Tigris dan air sungai ini
menjadi hitam selama enam bulan berturut-turut kerana dakwat buku-buku ini.
Ketika kejatuhan
Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol jatuh ke tangan pihak Kristian pimpinan
Ratu Isabella dan Raja Ferdinand, manuskrip-manuskrip orang Islam yang
berjumlah 1,005,000 yang disimpan di 195
buah perpustakaan di sekitar kota dibakar. Manuskrip-manuskrip yang dibakar ini
terdiri daripada al-Quran, naskah-naskah puisi, karya falsafah Islam,
tafsir-tafsir al-Quran dan hasil pemikiran orang-orang Islam Moor di Andalusia.
Jika perpustakaan
adalah asas bagi membina sesuatu bangsa, maka adalah baiknya kita mempunyai
perpustakaan kita sendiri sebagai landasan untuk membina akhlak, harta, dan
wang kita.
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.my
No comments:
Post a Comment