Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
Kedudukan MP Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Pasca PRU-13 2013
Bibit-bibit perpecahan pemimpin Pakatan Rakyat semakin
meruncing sekarang. Terbaru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
menandatangani perjanjian persefahaman (Mou) dengan Kerajaan Pusat tanpa
pengetahuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi Selangor dan
Rafizi Ramli selaku pemimpin utama PKR. Ini sudah tentu memberi laba modal yang
besar kepada Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi PRK Kajang pada penghujung
Mac 2014 nanti.
Manakala Pengerusi Dap, Karpal Singh menghadapi tuduhan
di bawah Akta Hasutan berhubung isu krisis di Perak pada tahun 2009. Apa yang
lebih meruncingkan lagi sekarang ialah pemimpin utama Pas diperintah membayar
saman berjumlah RM2 juta kepada ahli PKR berhubung saman fitnah pengedaran pil
kuda terhadap ahli PKR tersebut.
Dapat dilihat bahawa masalah besar sedang berlaku di
kalangan Pakatan Rakyat sama ada PAS, PKR, dan DAP. Sampai bila Pakatan longgar
ini mampu bertahan? Jika BN dapat memainkan isu yang melanda ketiga-tiga parti
ini, maka Pakatan ini tidak akan kekal lama. Ini memberikan modal yang besar
kepada BN untuk menghadapi PRU-14 nanti.
Jika dilihat sejarah Pakatan Rakyat ditubuhkan, Pakatan
ini ditubuhkan atas dasar tidak puas hati iaitu ingin menentang Barisan
Nasional. Jika inginkan kuasa, mana-mana parti pun sanggup bersatu walaupun
bertentangan ideologi antara satu sama lain.
Baiklah, berbalik tajuk di atas iaitu ‘Pasca PRU-13 :
Kedudukan MP Melayu Islam dalam Pakatan Rakyat Membimbangkan’. Saya ingin
membuat analisis kedudukan MP (Member of Parliament) atau ahli parlimen dalam
Pakatan Rakyat (Barisan Alternatif) dari tahun 2004 sehingga 2013.
Kedudukan MP
Barisan Alternatif Pasca PRU-11 2004
Pada tahun 2004, bilangan MP Barisan Alternatif amat
sedikit dalam Dewan Rakyat amat sedikit iaitu seramai 21 orang. Saat ini
Barisan Nasional (BN) adalah amat kuat di mana ketika ini rakyat menyambut
Perdana Menteri baru dengan perlantikan Dato’ Seri Abdullah sebagai Perdana
Menteri ke-5 menggantikan Tun Dr. Mahathir. Walaupun bilangan bukan melayu
ketika ini lebih ramai daripada melayu tetapi secara keseluruhannya bilangan MP
pembangkang amat sedikit dan tuntutan melampau kaum minoriti pada masa ini
tidak berlaku.
Kedudukan MP
Pakatan Rakyat Pasca PRU-12 2008
Dalam dunia ini, jika mudah dapat sesuatu maka ia akan
mudah hilang. Isu dalam negara yang berlaku sepanjang kepimpinan Abdullah amat menjerut
kehidupan rakyat. Harga barang utama khususnya minyak dan tol naik
melambung-lambung apatah lagi ditambah dengan kritikan lantang Dr. Mahathir
terhadap kepimpinan Abdullah yang lemah dengan membatalkan projek-projek mega
yang direncanakan di akhir pemerintahan beliau.
Kesannya BN hilang 2/3 majoriti parlimen pada PRU-12 pada
tahun 2008. Bilangan ahli parlimen pembangkang dari naik mendadak 21 orang
kepada 85 orang. Walaupun bilangan MP Melayu Islam lebih ramai daripada MP
bukan Islam dalam PR iaitu seramai 44 orang (51.8%) berbanding 41 orang
(48.2%), namun jurang ini amat rapat iaitu boleh dikatakan 50-50.
Walaupun bilangan MP melayu Islam lebih ramai daripada MP
bukan Islam dalam PR ketika ini, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah
ketidakseimbangan antara kaum. Bagi mereka tidak mengapa jika masalah ini
berlaku jika pentadbiran mereka adalah bersih daripada rasuah. Namun dari satu
segi, ia akan membawa masalah tidak puas hati bagi kaum yang ketinggalan jika
satu kaum lagi meninggalkan jauh mereka di belakang bagi kesan jangka panjang
dalam pembahagian kekayaan ekonomi negara.
Kedudukan MP Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Pasca PRU-13 2013
Pasca PRU-13 menunjukkan jurang bilangan MP dalam Pakatan
Rakyat antara Islam dan bukan Islam yang rapat sebelum ini (tahun 2008) kini
berbeza di mana bilangan MP bukan Islam lebih ramai daripada bukan Islam iaitu
sebanyak 52 (58.4%) kerusi berbanding 37 kerusi (41.6%) iaitu berbeza sebanyak
15 kerusi. Walaupun PR berjaya menambah bilangan kerusi daripada 85 kerusi
kepada 89 kerusi iaitu peningkatan sebanyak 4 kerusi, namun hakikatnya bilangan
MP bukan Islam semakin bertambah dalam PR.
Berbanding dengan MP Islam dalam Barisan Nasional di mana
bilangan mereka ialah 112 kerusi (84.2%) berbanding MP bukan Islam iaitu
sebanyak 21 kerusi (15.8%) di mana jurangnya adalah sangat besar iaitu sebanyak
91 kerusi.
Pembangkang sering menguar-uarkan bahawa mereka dapat
menafikan undi popular BN dalam sejarah PRU Malaysia di mana Mohd. Najib
merupakan Perdana Menteri minoriti dalam sejarah Malaysia di mana undi popular
BN ialah 46.53% berbanding PR yang lebih banyak iaitu sebanyak 49.96% dan
selebihnya pergi kepada calon bebas.
Jika kita perhalusi undi popular Pakatan Rakyat berjumlah
49.96% adalah majoritinya datang daripada pengundi bukan Islam iaitu sebanyak
60.21% berbanding pengundi Islam iaitu sebanyak 39.79%. Manakala undi popular
BN sebanyak 46.53% banyak disumbang oleh pengundi Islam iaitu sebanyak 68.45%
dan pengundi bukan Islam sebanyak 31.55%.
PAS Perlu Kekal
Sebagai Parti Tunggal
Dapat dilihat bahawa walaupun Pakatan Rakyat boleh
menambah kerusi mereka dari semasa ke semasa sepanjang PRU-11 sehingga PRU-13
tetapi yang menguntungkannya ialah orang-orang bukan Islam. Ini sudah tentu
menyedihkan. Orang-orang melayu dalam Pakatan kuat berkempen dari semasa ke
semasa dengan harapan dapat menguatkan PKR dan PAS khususnya tetapi yang
untungnya ialah orang-orang bukan Islam. Ini sudah tentu menyedihkan. Ibarat
menang sorak kampung tergadai.
Daripada
89 kerusi parlimen Pakatan, DAP muncul parti terkuat dengan 38 kerusi diikuti
PKR sebanyak 30 kerusi dan PAS sebanyak 21 kerusi. Akan tetapi,
penyokong-penyokong taksub PAS tetap mengatakan bahawa PAS tetap beristiqamah
dengan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam walaupun tinggal 1 kerusi parlimen dalam PR
kerana kita perlu berusaha walaupun dengan usaha sebesar zarah.
Menurut Datuk A Kadir Jasin, PAS merupakan parti paling
malang sekali dalam PR di mana ia bukan sahaja ditolak oleh
penyokong-penyokongnya sendiri malah ditolak oleh DAP serta kehilangan negeri
Kedah. Telahan ini mungkin benar kerana majoriti undi popular Barisan Nasional
adalah daripada undi orang-orang Islam.
Malah isu-isu semasa yang berlaku menunjukkan bahawa PAS
berada dalam keadaan lemah dalam PR. Contohnya isu terbaru iaitu saman yang
melibatkan pemimpin utama Pas oleh orang Pakatan sendiri. Penyertaan PAS dalam
Pakatan juga hanya menguntungkan DAP dan terus melemahkan BN. Dengan ini, kaum
minoriti berani bersuara menyatakan kehendak yang sebelum ini tidak pernah
disuarakan ketika BN masih kuat.
Walauapapun terjadi, tiada lagi pakatan politik yang boleh
menggantikan Barisan Nasional untuk mentadbir negara mempunyai masyarakat majmuk
ini apatah lagi menyentuh isu-isu agama. Selemah-lemah Umno sekalipun kerana
terpalit dengan rasuah, tiada yang berani untuk mencabar kesucian agama Islam
sebelum PRU-12 tahun 2008 dalam negara mahupun dalam negeri-negeri di bawah pentadbiran
Barisan Nasional pada hari ini.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment