Friday, May 27, 2016

Singgah Zamnewsroom Cafe


Alhamdullilah, setelah hanya melihat cafe milik Tokoh Wartawan Negara dalam blog beliau, saya berkesempatan untuk singgah di café beliau - Zamnewsroom Café di Putrajaya hari ini.
 
Saya mengambil kesempatan ini untuk membeli buku beliau iaitu 'Mahathir Bukan Kawan Saya' yang berserta dengan autograph beliau sekali.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tercapai juga melihat café ini secara live sepertimana dalam blog Zamkata
 

Saturday, May 21, 2016

Komen Pembaca 'Rahsia Simbol Yahudi'


"Buku paling teruk pernah aku baca.seolah-olah ditulis oleh orang Islam yang paranoid dengan Yahudi.perlu diketahui ada perbezaan antara Yahudi dan Zionis.jangan pukul rata.Apa motif penulis menulis buku ini?bagi aku kita tak perlu takut dengan simbol-simbol mereka baik benar atau hanya spekulasi.akan tetapi yang benar-benar membuatkan aku memberi satu bintang ialah sumber rujukan penulis.tak pernah sepanjang aku membaca buku penulis memberi sumber bab demi bab semuanya daripada internet.bukan perkecil kesahihan internet tetapi kalau 90% daripada wikipedia apa guna ditulis buku?walau mungkin wujud kebenaran dalam perkara yang ditulis tetap aku kecewa dengan kesungguhan penulis menulis buku." Eimad, goodreads.com

Komen Saya :

Saya pernah terjumpa buku ini di kedai buku tetapi tidak membelinya. Saya hanya membelek-belek sahaja buku ini. Dan apa yang melucukan ialah apabila melihat bahagian rujukan buku ini yang rata-ratanya berpandukan sumber daripada wikipedia semata-mata. Dalam penulisan sebenarnya, kita tidak boleh mengambil sumber rujukan melebihi sebanyak 30 peratus sebagai penulisan kita. Memang benar kata-kata komen ini kerana lebih 90 peratus diambil oleh Ibnu Yaacob untuk menulis buku ini bersumberkan Wikipedia. Sudah tentu ia menjadikan penulisan buku kurang berkualiti dari segi ilmiahnya.

Sekadar Renungan


Ingin bahagia - Sembahyang awal waktu

Ingin sihat - Berpuasa

Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah al-Quran

Ingin wajah berseri - Dirikan solat tahajud

Ingin kaya - Amalkan Solat dhuha

Apabila dihimpit masalah - Beristighfarlah

Apabila berdukacita - Berdoalah

Apabila inginkan keberkatan - Berselawatlah


Friday, May 20, 2016

Mutiara Kata


"Dr. Mahathir tetap menjaga kepentingan golongan peniaga walaupun iklim politik sentiasa bergelora pada zamannya."
 
Shahbudin Hussin

Tuesday, May 17, 2016

Wahyu daripada Allah, Wahyu daripada Syaitan

Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang dalam hidup kita berlaku keajaiban yang melampaui sempadan akal fikiran kita. Saya rasa anda juga pernah merasakan perkara ini hidup sepanjang hidup anda.
 
Jika nabi dan rasul, ia dikenali sebagai mukjizat. Mustahil mukjizat boleh berlaku pada zaman ini kerana nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan kita sejak 1,400 tahun yang lepas.

Perkara ini juga sinonim dengan perkara-perkara seperti keramat, wali, dan sebagainya. Persoalannya bagaimanakah kita ingin mengetahui sesuatu yang terjadi itu memang sebenarnya perkara yang benar dan bebas daripada pengaruh syaitan, sihir, dan sebagainya?

Haruslah kita fahami bahawa perkara-perkara keajaiban ini berlaku tanpa ada sebarang usaha. Ianya tiada sebarang ikhtiar seperti bomoh-bomoh atau pawang-pawang yang membaca jampi serapah untuk melakukan sesuatu perkara. Dengan kata lain, wahyu dari Allah s.w.t. ini adalah di luar ikhtiar kita sendiri.

Seterusnya, wahyu dari Allah s.w.t. ini juga datang kadang-kadang. Ianya tidak akan datang secara waktu tertentu secara khusus sama ada setiap minggu, bulan, atau sebagainya.

Jika ada tanda-tanda seperti ini, yakinlah bahawa wahyu tersebut adalah dari Allah s.w.t. apabila ia menjelma dalam hidup kita.

Wallhua’lam.

 

http://wankamarul701.blogspot.my
 

Mutiara Kata

 
 
"Dr. Mahathir merupakan ketua oligarki yang mempunyai kekuatan yang luar biasa."
Zaid Ibrahim

Friday, May 13, 2016

Design Kulit Buku DBP Kurang Menarik?

"Jangan ikut kulit-kulit buku DBP yang muram, malap dan compang-camping itu. Buku-buku DBP, apabila disusun, design dan warna kulit-kulitnya akan memalapkan suasana dalam kedai buku."
 
ainonmohd.blogspot.com