Friday, August 30, 2024

Pengeboman Berani Mati di Tel Aviv: Langkah Terakhir Untuk Menghentikan Perang Gaza

 


Peperangan antara Hamas dan Israel masih belum menunjukkan bahawa peperangan ini akan berakhir dalam masa terdekat. Hamas masih bertenaga dalam melancarkan serangan gerila ke atas tentera Israel yang memasuki wilayah Gaza walaupun peperangan ini telah berlarutan selama 10 bulan. Di pihak Israel, mereka telah mengalami kematian anggota tentera antara 16,000 – 17,000 orang.

Walaupun panglima tentera Israel memohon supaya peperangan ini dihentikan, namun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak mahu kerana apabila peperangan ini dihentikan maka kerajaannya akan jatuh apabila beberapa anggota ahli parlimen menarik diri dari kerajaan jika peperangan ini dihentikan. Keadaan ini boleh menyebabkan dirinya boleh didakwa kerana isterinya mempunyai kes rasuah sebanyak USD300 juta. Mahu atau tidak mahu Netanyahu mesti terus berperang sehingga menang ataupun dijatuhkan sendiri oleh rakyatnya.

Dalam masa yang sama rundingan genjatan antara pihak Israel dan Hamas sudah masuk pusingan ke-29. Rundingan ini hanyalah semata-mata kerana pilihanraya persekutuan di Amerika Syarikat akan diadakan pada bulan November 2024 nanti bagi meraih sokongan pengundi Islam. Amerika Syarikat sebagai sekutu kuat Israel buat masa sekarang perlu meredakan ketegangan perang di Gaza bagi meraih undi pengundi Islam khususnya di Illionis yang mempunyai 19 pemilih elektoral. Harus diingat di sini bahawa pilihanraya persekutuan di Amerika Syarikat adalah berdasarkan kepada pemilih elektoral dan bukannya undi popular.

Apabila namanya pun adalah Yahudi, maka pihak Israel mengenakan syarat yang berat sebelah kepada Hamas apabila mereka ingin membuat genjatan senjata. Antara syarat yang dikenakan ialah askar Israel perlu mengawal pintu masuk ‘Philadelphi Corridor’ dan ‘The Netzarim Corridor’. Syarat ini memang berat sebelah bagi Hamas kerana sudah tentu Israel boleh mengawal berapakah jumlah penduduk Gaza yang boleh pulang ke kediaman mereka di sebelah utara Gaza dan jumlah trak yang boleh dibenarkan untuk melintasi dari sempadan Mesir.

Pengeboman Berani Mati di Tel Aviv pada 19 Ogos 2024

Oleh kerana keadaan makin tersepit di mana Israel terus membantai Gaza dan rundingan genjatan senjata tidak menunjukkan ianya boleh diadakan, maka pengeboman berani mati merupakan cara paling ampuh untuk menakutkan Israel dan sekutunya Amerika Syarikat. Terbaru seorang pengebom berani telah membuat pengeboman di Tel Aviv pada 19 Ogos 2024 yang lepas. Walaupun tiada warga Israel yang terkorban, namun ini cukup memberi amaran kepada Israel bahawa pejuang-pejuang Palestin akan menggunakan kaedah kuno mereka untuk bertindak-balas ke atas keganasan yang mereka lakukan ke atas penduduk Palestin.

Sesungguhnya konflik Perang Hamas – Israel masih belum menunjukkan tanda-tanda ianya akan berakhir dalam masa terdekat. Kedua-dua pihak masing-masing akan membayar harga yang tinggi khususnya Israel yang menunjukkan ekonomi negara haram ini terus merosot sejak perang ini meletus sejak 7 Oktober 2023 yang lepas.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Friday, August 23, 2024

Tiada Istilah Serahkan Duit kepada Orang Lain untuk Mendapatkan Keuntungan

 


SUBANG JAYA – Kira-kira 400 pelabur berputih mata selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan mata wang asing (Forex) ditawarkan sebuah syarikat mencecah kerugian sebanyak RM100 juta.

Sindiket tersebut dikesan menawarkan pulangan 2.5 peratus setiap bulan kepada mangsa bagi setiap wang pelaburan yang didepositkan terhadap syarikat yang berpangkalan di luar negara itu.

Seorang wakil mangsa pelaburan yang ingin dikenali sebagai Lee, 32, berkata, dia menyertai pelaburan tersebut hasil pujukan rakannya pada tahun 2016.

“Melihat pulangan yang konsisten, seterusnya saya bawa keluarga untuk mengikuti melabur di dalam skim pelaburan ini sehingga tahun 2022.

“Awal tahun 2023 mula tak dapat duit, mereka mula beri pelbagai alasan untuk berikan pulangan pelaburan, kerugian saya alami cecah RM1 juta,” katanya pada sidang akhbar di One City, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Lee memaklumkan pelbagai alasan diberikan termasuk memerlukan masa memindahkan akaun pelaburan mereka di Indonesia kepada sebuah ‘broker’ di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sementara itu, Ethan, 32, mangsa pelaburan yang sama juga berkata, aktiviti penipuan yang dilakukan sindiket tersebut terbongkar selepas salah seorang dalangnya menghantar satu dokumen penting di kumpulan WhatsApp yang salah.

“Maklumat ini kami peroleh dari salah seorang pekerja di syarikat itu. Dokumen itu memaparkan peratusan pembahagian wang antara tiga dalang utama yang mengoperasi sindiket penipuan ini hasil wang pelaburan yang kami berikan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, skim pelaburan itu tidak sah dari segi undang-undang kerana syarikat tersebut gagal mematuhi undang-undang di negara ini.

“Syarikat ini terang-terangan tidak berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melakukan pelaburan. Pembayaran wang pelaburan juga melalui dua bank ternama di negara ini sebelum ke syarikat di luar negara itu.

“Justeru itu, saya meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sindiket ini didakwa di mahkamah atas kesalahan mereka,” ujarnya. - KOSMO! ONLINE.

Ulasan:

Banyak skim-skim Pak Man Telo pada masa sekarang yang berselindung di sebalik nama pelaburan. Semakin canggih kita sekarang, semakin banyak taktik penipuan sekarang. Kes kerugian sebanyak RM100 juta yang melibatkan 400 orang pelabur baru-baru ini memang menggemparkan negara. Kononnya, dengan memberi wang dengan sejumlah tertentu daripada berita ini, maka seorang pelabur itu akan mendapat 2.5 peratus pada setiap bulan. Maka, jika seseorang pelabur itu melaburkan (atau lebih tepat “Meleburkan”) duitnya sebanyak RM1,000,000, maka dia akan mendapat pada RM25,000 setiap bulan, banyak tu!!!

Akan tetapi, biasalah kalau skim pelaburan maka generasi yang terawal sahaja yang akan mendapat dividen untuk mengaburi mata orang ramai. Tetapi, mengikut kes ini hasil dividen pelaburan memang lama juga iaitu dari tahun 2016 – 2022 dan bermula tahun 2023 dividen mula tidak boleh diberi. Maknanya, ramai yang telah tertipu selama 6 tahun dengan skim pelaburan ini apatah lagi melabur dengan duit mencecah jutaan ringgit. Bersabar sahajalah. Menyesal tidak berguna lagi.

Sebenarnya, tiada istilah bagi duit kepada orang dan terus mendapat keuntungan. Jika kita menjadi ahli tidur sekalipun dengan memberi modal kepada orang lain, apakah mereka akan membayar hasil keuntungan kepada kita sekiranya jika berlaku kes luar jangka atau apa-apa risiko ke atas orang menjalankan modal kita di atas nama untuk menjalankan perniagaan, pelaburan, dan sebagainya? Jika mereka tidak dapat mahu membayar balik modal kita, mereka tidak akan membayar juga.

Begitu juga dengan pembunuhan Cikgu Istiqomah yang dibunuh dipercayai ada kaitan dengan FOREX. Apakah pembunuhan ini disebabkan suspek tidak mendapat pulangan keuntungan hasil daripada pelaburannya? Sukar untuk dikatakan kerana kes ini masih dalam siasatan.

Jika kita ingin mendapat keuntungan ataupun dividen tanpa membuat kerja, ada baiknya kita meletakkan duit kita dalam skim-skim pelaburan yang dijamin oleh kerajaan seperti ASB dan Tabung Haji. Jika kita meletakkan modal kita sebanyak RM1,000,000 di dalam Tabung Haji, maka kita akan mendapat pulangan RM36,000 setahun ataupun RM3,000 sebulan. Untuk mendapatkan duit RM1,000,000 sudah tentu kita perlu berusaha sendiri.

Ingat, tiada istilah memberi duit kepada orang lain untuk mendapat keuntungan. Kita perlu berusaha sendiri. Tiada orang boleh menjaga duit kita melainkan diri kita sendiri.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com    

Wednesday, August 21, 2024

Usah Dikritik Usaha Membantu dan Merawat Rakyat Palestin ke Malaysia


Ketibaan rakyat Palestin di Malaysia pada 16 Ogos 2024 di Lapangan Terbang Subang dengan 2 buah pesawat Airbus A-400 milik TUDM membawa 127 orang rakyat Palestin yang terdiri daripada 41 orang rakyat Palestin yang tercedera yang diiringi 86 orang waris bagi mendapat rawatan di Malaysia harus dipuji sebagai usaha kerajaan bagi membantu rakyat Palestin yang menderita akibat daripada peperangan yang masih belum reda.

Namun begitu, masih terdapat suara-suara sumbang yang mempertikaikan usaha kerajaan ini yang ingin membantu orang-orang Islam yang berada di sana kononnya atas alasan duit bagi membantu rakyat Palestin ini merupakan duit pembayar cukai dan tidak patut dibayar kepada mereka. Beginikah sifat yang perlu ada pada orang yang bergelar Melayu Islam? Ini kerana orang-orang yang mempertikaikan usaha ini adalah datang daripada orang-orang Melayu Islam sendiri dan bukannya orang bukan Islam di Malaysia.

Saya ingin bertanya kepada mereka yang melemparkan suara-suara sumbang ini, jika sehingga saat sekarang lebih 40,000 rakyat Gaza telah terkorban akibat daripada pengeboman berterusan oleh pihak Israel dan sekutunya Amerika Syarikat, berapa sen sangatkah wang yang diperlukan bagi merawat pesakit-pesakit dari Palestin ini yang hanya seramai 41 orang? Ini pun hanya rawatan sahaja dan mereka ini tidak diberi suaka politik untuk terus tinggal di Malaysia dan hanya dengan kata lain mereka akan dihantar pulang ke negara mereka apabila mereka sembuh nanti.

Kita sudah tentu tidak mampu untuk mengangkat senjata untuk berperang bagi membantu saudara seagama kita di Gaza bagi menentang Israel. Jika usaha murni bagi merawat rakyat dikritik oleh sesetengah pihak, apakah sumbangan yang boleh kita berikan lagi kepada mereka atas dasar kemanusiaan?

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Friday, August 2, 2024

Membeli XP Pen 15.6

Untuk anda yang masih belum mengetahui fungsi XP Pen, ianya merupakan sebuah gajet untuk anda melukis untuk disambungkan terus ke desktop ataupun laptop anda. Tetapi saya gunakannya untuk menulis simbol-simbol matematik kerana kita boleh menulisnya terus di atas skrin XP Pen ini dan disambungkan terus ke desktop ataupun laptop. Ianya amat menarik untuk digunakan. Anda boleh dapatkannya di pasaran.