Kita merancang dan Allah s.w.t. juga merancang dan Allah s.w.t. adalah sebaik-baik perancang.
Ayat-ayat ini sesuai ditujukan kepada Anwar
Ibrahim yang bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri sejak tahun 1998 lagi
iaitu sewaktu pemerintahan Dr. Mahathir. Walaupun telah dihumban ke dalam
penjara selama 7 tahun oleh Dr. Mahathir sendiri, namun Anwar Ibrahim masih
memaafkan musuh politiknya untuk bekerjasama dengan Dr. Mahathir bagi
menjatuhkan Najib Abdul Razak dalam PRU-14 pada tahun 2018.
Dan sekali lagi Anwar Ibrahim seolah-olah
dikencing oleh Dr. Mahathir apabila Dr. Mahathir meletakkan jawatan yang
menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (bukan Pakatan Hancing) jatuh serta-merta.
Pendedahan buku oleh bekas Peguam Negara,
Tommy Thomas yang bertajuk My Story:
Justice in the Wilderness yang menceritakan peranan Dr. Mahathir yang
menyebabkan kerajaan PH jatuh diulas oleh ramai pihak walaupun dinafikan oleh
Dr. Mahathir sendiri. Ada juga benarnya perkara yang menyebabkan Dr. Mahathir
meletak jawatan adalah kerana kerajaan PH sendiri sudah terbubar kerana Parti
Bersatu telah keluar daripada PH dan bukannya Dr. Mahathir meletak jawatan
dahulu tanpa berbincang dengan pemimpin PH yang menyebabkan kerajaan PH jatuh.
Namun apa pun yang berlaku boleh dikatakan
perkara yang menyebabkan jatuhnya kerajaan PH adalah kerana pengkhianatan Dr.
Mahathir sendiri.
Saya berpendapat bahawa tujuan utama Dr.
Mahathir ialah untuk menyelamatkan Umno yang sedang menuju kehancuran di bawah
pimpinan Najib Abdul Razak. Dan bukannya Dr. Mahathir ingin menyelamatkan Parti
DAP ataupun ingin mengangkat Anwar Ibrahim ingin menjadi Perdana Menteri.
Memang benar Dr. Mahathir menubuhkan Parti
Bersatu dengan tujuannya untuk menjadi pengganti Parti Umno tetapi ini gagal. Apa
yang lebih penting ialah Dr. Mahathir ini sangat licik menggunakan lawannya
sendiri untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak. Mungkin orang-orang yang bodoh
atau tidak fikir panjang sahaja ingin bekerjasama dengan Dr. Mahathir.
Harapan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana
Menteri kian malap selepas ini kerana orang-orang Melayu khususnya sudah tahu
niat sebenar tembelang pemimpin-pemimpin Parti DAP apabila mereka telah berkuasa
di peringkat persekutuan. Agama dihina dengan mudah dalam media sosial oleh orang-orang
bukan Islam sewaktu kerajaan PH sedang berkuasa.
Apakah harapan Anwar Ibrahim untuk menjadi
Perdana Menteri selepas ini selain daripada mengharapkan sokongan Parti DAP
bagi memperolehi sokongan orang-orang Melayu?
Daripada perjalanan politik Anwar Ibrahim,
dapat difahami bahawa liku-liku politiknya adalah amat panjang walaupun cita-citanya
untuk Perdana Menteri masih tidak kesampaian. Beliau boleh masih boleh
memaafkan musuh-musuh politiknya walaupun dia dihina sepanjang masa. Oleh itu,
bagi saya keluhuran budi Anwar Ibrahim perlulah disanjung tinggi.
Wallahua’lam.
Wan Kamarul Ariffin bin Wan Ahmad (8/2/2021)
No comments:
Post a Comment