Kemaskini (21 Ogos 2013)
Artikel Asal
Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
Faktor Ekonomi
Tambahan pula pembangkang di Mesir memainkan isu ekonomi dengan mendakwa tempoh enam bulan di bawah pemerintahan Morsi, ekonomi negara itu semakin buruk dan rakyat semakin menderita. Sesuatu yang amat malang bagi pemerintah Mesir apabila mereka terpaksa berhadapan dengan puak yang tidak sabar seumpama itu. Ini memberi modal kepada Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) yang mendesak supaya revolusi kedua dilancarkan bagi memberi tekanan kepada kerajaan Morsi memenuhi tuntutan mereka dan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh Mesir. Sudah tentu ini tidak adil bagi Morsi yang baru mewarisi negaranya dalam keadaan kucar-kucar di bawah pemerintahan Husni Mubarak selama 30 tahun.
Di peringkat domestik, Morsi boleh mendakwa bahawa pembangkang tidak memberikan masa yang cukup kepada kerajaannya untuk menyegerakan proses pembaharuan yang akan memulihkan ekonomi Mesir, mengembalikan undang-undang dan ketenteraman dan memperbaiki kehidupan rakyat Mesir selepas 6 bulan memerintah Mesir. Hakikatnya, reformasi ekonomi yang ingin dijalankan itu digubal di bawah naungan IMF yang menetapkan bahawa kerajaan Mesir perlu menyemak kembali agenda ekonominya untuk melayakkan dirinya mendapat pinjaman sebanyak $4.9 bilion.
Artikel terbaru bekas Ketua Pengarang NST, Dato' A Kadir Jasin menyatakan bahawa gerakan Ikhwanul Muslimin mempunyai pengalaman politik tetapi lemah dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Natijahnya, ekonomi yang lemah kini menjadi kaku dan menyebabkan rakyat tawar hati dengan pentadbiran gerakan Islam tersebut. Kekacauan yang berlaku juga menyebabkan industri pelancongan yang menjadi sumber ekonomi utama Mesir lumpuh.
Artikel Asal
Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
Hari ini 4 Julai 2013 – Khamis (Waktu
Malaysia), Presiden Mesir iaitu Mohamed Morsi telah dijatuhkan oleh pihak
tentera sejak kebangkitan rakyat bermula beberapa hari yang lalu. Tempoh pemerintahannya
adalah boleh dikira genap setahun selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden
Mesir pada 30 Jun 2012 selepas kejatuhan rejim Husni Mubarak yang memerintah Mesir
lebih daripada 30 tahun. Dimanakah silapnya kejatuhan Presiden ini yang
merupakan ahli sayap gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang diharapkan membawa
sinar baru dengan agenda Islam untuk memerintah Mesir?
Sememangnya terdapat 3 kuasa yang
dapat menjatuhkan Kerajaan bagi sesebuah negara iaitu i. pelajar sepertimana
yang berlaku di Indonesia yang menjatuhkan rejim Suharto ii. rakyat sepertimana
yang berlaku di Mesir yang menjatuhkan rejim rejim Husni Mubarak dan iii.
Tentera sepertimana yang berlaku di Pakistan di mana Nawaz Syarif dijatuhkan
oleh pihak tentera. Pada kali ini, kes (iii) berlaku kepada Mohamed Morsi iaitu
apabila beliau digulingkan oleh tentera walaupun beliau sebelum ini mengatakan
beliau akan mempertahankan jawatan beliau yang dipilih melalui demokrasi.
Sudah tentu apa yang pasti kejatuhan
Morsi pada kali ini sememangnya dimainkan oleh negara-negara barat khususnya
Amerika Syarikat walaupun ia adalah sukar untuk dibuktikan melalui hitam dan
putih. Sewajarnya umat Islam perlu berhati-hati dengan agenda Barat yang
sentiasa meniupkan api permusuhan di kalangan umat Islam. Sememangnya
musuh-musuh Islam ingin melihat kejatuhan Islam tetapi kita sebagai umat Islam
janganlah tertipu dengan propaganda Barat. Begitulah juga yang berlaku di
Mesir. Adalah lebih elok kita menganalisa dengan lebih terperinci sebab-sebab kejatuhan
Morsi ini berbanding dengan menyalahkan Barat semata-mata.
Penyokong
Mubarak Sendiri dalam Kerajaan Morsi
Pada Pertengahan tahun 2012 ketika Morsi diisytiharkan menang dan di awal kemenangannya, Ikhwanul Muslimin pernah ditempelak kerana masih mengekalkan sebahagian penyokong Mubarak dan kelompok liberal dalam mempengaruhi pentadbirannya, termasuk cadangan pindaan perlembagaan. Kumpulan liberal, sekular dan pembangkang berhaluan kiri melihat Morsi adalah seorang pemimpin yang gagal, kerana tidak mampu menyusun sebuah sistem pentadbiran yang cekap.
Pada Pertengahan tahun 2012 ketika Morsi diisytiharkan menang dan di awal kemenangannya, Ikhwanul Muslimin pernah ditempelak kerana masih mengekalkan sebahagian penyokong Mubarak dan kelompok liberal dalam mempengaruhi pentadbirannya, termasuk cadangan pindaan perlembagaan. Kumpulan liberal, sekular dan pembangkang berhaluan kiri melihat Morsi adalah seorang pemimpin yang gagal, kerana tidak mampu menyusun sebuah sistem pentadbiran yang cekap.
Tindakan
yang Dilihat Pro-Amerika
Presiden Morsi juga telah menutup
ratusan terowong yang menghubungkan Palestin dengan Mesir sewaktu serangan
Sinai yang menjadi sumber kehidupan penduduk Gaza untuk mendapatkan bekalan
makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. Terowong tersebutlah yang selama ini
membekalkan segala keperluan, dari makanan dan ubat-ubatan hinggalah kepada
simen dan besi, yang merangkumi sehingga 75% barangan kepada 1.6 juta penduduk
Gaza.
Air digunakan untuk
menutup terowong dengan meningkatkan aras air dari salah satu telaga. “Mungkin
sudah 150 atau 200 terowong telah ditutup sejak serangan Sinai. Ini semua
berlaku di era pemerintahan Morsi,” dakwa Pegawai Keselamatan yang menjaga di
Sinai.
Faktor Ekonomi
Mohamed Morsi yang memiliki ijazah
sarjana dari Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha mengatur semula Mesir dalam
pelbagai bidang khususnya politik dan ekonomi. Namun, pembaharuan yang ingin
dilaksanakan oleh beliau mempunyai halangannya tersendiri kerana beliau
mewarisi negara daripada Hosni Mubarak yang ekonominya diselaputi 1,001 masalah
akibat sikap tidak amanah para pemimpinnya terdahulu.
Jika pemimpinnya amanah betapa besar
kekayaan yang dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang
menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Cukai dari terusan
tersebut jika diuruskan dengan betul menjadi sumber yang amat besar untuk
negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir.
Mesir juga ada gas tetapi Mubarak
salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah
dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara
bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari
luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan. Dilaporkan lebih 42
peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan.
Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak sebelum itu hanyalah
menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika.
Gerakan Ikhwan Muslimin dan Parti
Keadilan dan Kebebasan (FJP) pemerintah Mesir telah melancarkan kempen 'Bersama
bangunkan Mesir' yang menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma, memulihkan
sekitar 2,000 buah sekolah dan mewujudkan pasar murah bagi mengurangkan beban
rakyat berikutan kenaikan harga barang.
Malangnya, beliau gagal menguruskan
ekonomi yang sebenarnya berpunca daripada sumber kewangan yang tidak mencukupi.
Apabila gagal mendapat pinjaman, bantuan kewangan daripada dana pemegang tabung
antarabangsa, ia telah membantut proses pemulihan ekonomi. Bantuan kewangan
daripada tabung kewangan yang dikawal oleh Amerika Syarikat diperlukan bagi
memulihkan negara itu yang musnah dalam rusuhan besar selama beberapa bulan
terakhir semasa pentadbiran Mubarak. Kesannya, proses menjana kekayaan telah
gagal, maka menyebabkan jumlah rakyat miskin semakin besar dan setiap hari
dikatakan bertambah. .
Tambahan pula pembangkang di Mesir memainkan isu ekonomi dengan mendakwa tempoh enam bulan di bawah pemerintahan Morsi, ekonomi negara itu semakin buruk dan rakyat semakin menderita. Sesuatu yang amat malang bagi pemerintah Mesir apabila mereka terpaksa berhadapan dengan puak yang tidak sabar seumpama itu. Ini memberi modal kepada Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF) yang mendesak supaya revolusi kedua dilancarkan bagi memberi tekanan kepada kerajaan Morsi memenuhi tuntutan mereka dan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh Mesir. Sudah tentu ini tidak adil bagi Morsi yang baru mewarisi negaranya dalam keadaan kucar-kucar di bawah pemerintahan Husni Mubarak selama 30 tahun.
Masalah ekonomi Mesir,
sebagaimana masalah di dunia Islam lainnya, ialah, ia dikawal oleh sekumpulan
kecil golongan elit (para Kapitalis). Apabila golongan elit mengawal ekonomi,
mereka menggunakan kuasa mereka untuk mewujudkan monopoli dan menyekat
kemasukan orang-orang baru dan syarikat-syarikat baru. Inilah hakikat keadaan
ekonomi Mesir sejak tiga dekad berada di bawah Hosni Mubarak. Ikatan besar
ekonomi dipegang oleh kerajaan dan pihak tentera – dianggarkan sebanyak 40%.
Walaupun mereka melakukan liberalisasi ekonomi, mereka menswastakan pula
sebahagian besar sektor ekonomi kepada kroni-kroni Mubarak dan anaknya, Jamal.
Ahli-ahli perniagaan besar semuanya sangat rapat dengan rejim, seperti Ahmed
Ezz (bidang besi dan keluli), keluarga Sawiris (bidang multimedia, minuman dan
telekomunikasi) dan Mohammed Nosseir (bidang minuman dan telekomunikasi).
Mereka bukan sahaja mendapat perlindungan daripada kerajaan, malah mendapat
banyak kontrak kerajaan dan pinjaman bank dengan jumlah yang besar. Secara
bersamaan, para Kapitalis raksasa ini dengan kekuatan ekonomi luar biasa yang
mereka miliki, telah memberikan keuntungan yang tidak pernah putus kepada rejim
dari dalam dan dalam masa yang sama menyekat peluang sebahagian besar rakyat
untuk keluar dari kemiskinan. Sedangkan keluarga Mubarak berseronok dengan
himpunan kekayaan mencecah sehingga $70 billion.
Meminta
Bantuan IMF
Di peringkat domestik, Morsi boleh mendakwa bahawa pembangkang tidak memberikan masa yang cukup kepada kerajaannya untuk menyegerakan proses pembaharuan yang akan memulihkan ekonomi Mesir, mengembalikan undang-undang dan ketenteraman dan memperbaiki kehidupan rakyat Mesir selepas 6 bulan memerintah Mesir. Hakikatnya, reformasi ekonomi yang ingin dijalankan itu digubal di bawah naungan IMF yang menetapkan bahawa kerajaan Mesir perlu menyemak kembali agenda ekonominya untuk melayakkan dirinya mendapat pinjaman sebanyak $4.9 bilion.
Strategi Morsi untuk
menyelesaikan masalah ekonomi ialah dengan mengambil pinjaman IMF sebanyak $4.9
billion! Perdana Menteri Mesir, HeshamQandil menggambarkan pinjaman yang kena
dilangsaikan dalam masa 5 tahun dengan faedah (riba) sebanyak 1.1% itu sebagai
“good deal for the country” (urusan yang baik untuk negara)! Walau
bagaimanapun, beliau tidak dapat menyembunyikan kebenaran dan dalam kenyataan
berikutnya nampak jelas pertentangannya di mana terdedahnya salah satu syarat
yang dikenakan oleh IMF, yakni memaksa kerajaan Morsi untuk mengurangkan
perbelanjaan yang terkait dengan menjaga hal ehwal rakyat Mesir. Hesham
berkata, “Ia adalah satu program kerajaan Mesir, yang akan memotong
(mengurangkan) perbelanjaan dan mengambil langkah-langkah perlu yang lain.”
Suatu yang maklum bahawa
langkah-langkah lain yang dimaksudkan adalah menaikkan cukai, menaikkan harga
barang-barang keperluan utama dan mengambil pinjaman selanjutnya dari
institusi-institusi lain, yang kesemua ini akan membuat rakyat semakin
menderita dan menambahkan lagi kesengsaraan mereka.Akhbar Financial Times telah
mengesahkan langkah-langkah ini. Pada 22 Ogos 2012, akhbar itu menyebut, “IMF
mahu Mesir menggariskan rancangan untuk mengurangkan defisit belanjawan dengan
mengukuhkan cukai dan memotong belanja sektor awam yang mahal, termasuk subsidi
bahan bakar dan subsidi makanan.Mesir juga perlu mendapatkan pinjaman daripada
institusi kewangan yang lain sebagai sebahagian daripada terma pinjaman.”
Penutup
Dapat diperhatikan bahawa
faktor utama kejatuhan utama Kerajaan pimpinan Morsi adalah disebabkan oleh
faktor ekonomi apatah lagi ingin meminta bantuan IMF yang hakikatnya menjerut
Mesir itu sendiri yang ditanggung oleh rakyatnya.
Apakah nasib Mesir selepas
ini selepas kejatuhan Hosni Mubarak dan Mohamed Morsi? Adakah semakin baik atau
semakin buruk? Baik kita renungi kata-kata Saidinia Ali r.a. iaitu :
“Sekiranya hari ini lebih
baik daripada semalam maka berbahagilah orang itu. Sekiranya hari ini sama
dengan hari semalam maka sia-sialah orang itu. Sekiranya hari ini lebih buruk
daripada semalam maka celaka orang itu.”
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogpsot.com
Rujukan.
1. www.drmaza.com
3. www.utusan.com.my
4 comments:
umm.. x brp nk percaya la kat artikel ni bile UTUSAN dijadikan sbg sumber rujukan..
sah2 in a world trap..trap trap..
Bro kau kena banyak buat homework lagi ni. Guna sumber yang betul
Homework saudara camana? Nak tengok boleh? Nak tengok homework saudara buat camana? Nak banding sumber mana yang boleh pakai. Kalau tak buat homework nanti cikgu marah.
sebab utamanya ialah morsi tu sunni... syiah nak pegang kuasa la bro...
Post a Comment