Berikut adalah sebahagian
petikan yang dipetik daripada Wikipedia :
“Menurut Sejarah Melayu,
selepas kejatuhan Empayar Srivijaya di Palembang pada abad ke-14, keluarga
Diraja Srivijaya yang terselamat telah melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya
yang masih percaya kepada Srivijaya.
Pada 1324, seorang putera
Srivijaya bernama Sang Nila Utama menawan Temasek dan membunuh gabenor yang
dilantik Kerajaan Ayuthaya, Temagi. Kemudian, Baginda mengasaskan Kerajaan
Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan menerima pengiktirafan
daripada Kerajaan China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sang
Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud “Yang
Dipertuan Kepada Tiga Dunia” melambangkan kekuasaannya ke atas Palembang,
Bintan dan Temasek.
Baginda mangkat pada tahun 1372
dan digantikan oleh anaknya, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372-1386), dan
cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386-1399).
Pada 1399, cicit Sang Nila
Utama, Dharmaraja menaiki takhta Kerajaan Singapura dengan gelaran Paduka Sri
Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, baginda melarikan diri dari Singapura
selepas diserang oleh tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang
belot.
Parameswara melarikan diri ke
Semenanjung Tanah Melayu untuk mendirikan penempatan baru. Di Muar, Parameswara
berhasrat mendirikan Kerajaan barunya sama ada di Biawak Buruk atau Kota Buruk.
Bagaimanapun, baginda mendapatati Muar adalah tidak sesuai. Baginda membatalkan
hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Di tengah perjalanannya, baginda
dikatakan singgah di Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong), sebelum sampai ke
sebuah kampung nelayan di muara Sungai Bertam (nama lama Sungai Melaka). Di
sini, baginda mendirikan ibu kota baru untuk negerinya dan bernama Melaka.
Menurut catatan Sejarah Melayu, di sinilah baginda melihat seekor kancil
menendang seekor anjing ketika baginda berehat di bawah pohon Melaka.
Menganggapnya sebagai tanda tuah, baginda menamakan negeri itu Melaka.
Negeri Melaka kemudian
meneruskan warisan Srivijaya sebagai sebuah entiti Melayu di kepulauan Melayu.”
Daripada petikan di atas dapat
kita fahami bahawa pengasas Kesultanan Melayu Melaka iaitu Parameswara adalah
keturunan daripada keluarga Diraja Srivijaya. Setelah Empayar Srivijaya
berakhir, salah seorang putera Srivijaya yang bernama Sang Nila Utama telah mendirikan
Kerajaan Singapura. Setelah Sang Nila Utama mangkat, takhta Singapura diwarisi
oleh anaknya, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372-1386), dan cucunya, Paduka
Seri Rana Wira Kerma (1386-1399). Namun begitu, semasa cicit Sang Nila Utama,
Dharmaraja atau gelarannya Paduka Sri Maharaja Parameswara memerintah
Singapura, baginda telah diserang oleh Majapahit dan akhirnya baginda membina
Kerajaan sendiri di Melaka dan dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka.
Persoalan di sini adakah Kesultanan Melayu Melaka boleh
dibanggakan? Sekiranya kita melihat asal-usul keturunan pengasas Kesultanan
Melayu Melaka, Parameswara, baginda bukanlah berasal daripada Tanah Melayu
Semenanjung sebenar. Memang benar, rumpun bangsa Melayu ketika dahulu adalah
sangat besar di mana Kepulauan Melayu adalah meliputi Sulawesi, Jawa, Sumatera,
Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan lain-lain lagi. Dalam bahasa Inggeris
gugusan Kepulauan Melayu ini dikenali sebagai Malay Archipelago.
Akan tetapi, jika kita melihat geografi pada hari ini,
asal-usul Parameswara adalah dari Indonesia iaitu dari tanah seberang dan
bukannya Semenanjung Tanah Melayu atau Malaysia pada hari ini. Baginda
mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka dan bertahan selama 110 tahun dari tahun
1401-1511. Walaupun Kesultanan Melayu Melaka telah lama berakhir, Negeri Melaka
tersebut masih wujud dan kekal sehingga ke hari ini. Persoalannya bolehkah kita
berbangga dengan Kesultanan tersebut kerana ia sebenarnya diasaskan oleh ‘orang
luar’ atau lebih tepatnya orang Indonesia?
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment