Apakah perasaan anda apabila
pemimpin-pemimpin DAP memuji-muji pemimpin PAS ataupun orang-orang Cina
memuja-muja bendera PAS? Adakah anda merasa bangga atau berasa curiga? Tahniah
sekiranya anda berasa curiga kerana anda seorang yang berhati-hati dengan
permainan politik kaum Cina. Sekiranya anda berasa bangga, anda perlulah
muhasabah diri anda dan kaji semula faktor-faktor yang membentuk landskap politik
negara pada hari ini.
Orang-orang cina sebenarnya lebih
memahami minda melayu daripada orang melayu memahami minda mereka. Orang melayu
sebenarnya suka apabila dipuji, dipuja, diuli dan dirai. Oleh itu, tidak
hairanlah apabila penyokong-penyokong pembangkang berasa kagum dan takjub
apabila Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng mengatakan ingin
mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz suatu ketika dahulu. Namun orang
yang ingin mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz ini membuat kenyataan terbuka
supaya penggunaan kalimah Allah dibenarkan di dalam Bible berbahasa melayu yang
seterusnya menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Saya sudah lama
curiga kenyataan ingin mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz tersebut dan ia
hanya gula-gula untuk mengambil hati orang melayu.
Sebenarnya, orang-orang Cina memerlukan
sokongan PAS untuk menguatkan DAP. DAP tidak boleh berdiri dengan sendirinya
tanpa sokongan PAS dan PKR. Seperti yang sedia maklum bahawa orang Cina ini
telah menguasai ekonomi dan pelajaran di Malaysia ini sejak sekian lama. Akan
tetapi, bangsa ini masih belum dapat menguasai politik negara ini kerana parti
cina seperti MCA dan Gerakan di dalam Barisan Nasional (BN) kerana ia masih
didominasi oleh UMNO. Oleh itu, bagi menguasai politik Malaysia,
pertubuhan-pertubuhan politik cina tidak boleh berada di dalam Barisan Nasional
dan perlu membina pakatan politiknya yang tersendiri sekiranya ingin menguasai
politik negara. Pakatan politik tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah
Pakatan Rakyat (PR) di mana ia jelas menunjukkan bahawa pakatan tersebut
didominasi oleh DAP. DAP tidak boleh berdiri secara tunggal dalam pakatan
tersebut dan ia masih memerlukan sokongan PAS dan PKR dalam pakatan tersebut.
Oleh itu, usahlah mudah teruja apabila pemimpin-pemimpin DAP yang mendakwa
mereka telah mengenal Islam sejak bekerjasama dengan PAS. Hakikatnya, mereka
masih memerlukan sokongan orang-orang melayu dalam pakatan tersebut.
Setelah lebih 50 tahun mencengkam
ekonomi Tanah Melayu di bawah Barisan Nasional, kedudukan ekonomi orang cina
sekarang sudah kukuh sekiranya mereka bertindak meninggalkan Barisan Nasional.
Orang-orang cina sebenarnya berpura-pura menyokong MCA dan Gerakan apabila
melihat orang-orang melayu bersatu-padu di bawah Barisan Nasional. Apabila
kedudukan hegemoni UMNO-BN terjejas teruk selepas PRU-12 pada tahun 2008,
orang-orang cina menunjukkan sokongan terbuka terhadap DAP. Ini dapat dilihat
dalam pilihan raya Negeri Sarawak pada 16 April 2011 di mana orang-orang cina
memberi sokongan terbuka kepada DAP. Natijahnya, DAP yang sebelum itu kelihatan
terumbang-ambing di Sarawak dapat menambah daripada 6 kerusi kepada 12 kerusi.
Penambahan ini disebabkan oleh kawasan-kawasan majoriti cina. Jika aliran ini
tidak berubah, maka DAP boleh menambah kerusi parlimen mereka daripada 2 kepada
5 atau 7 kerusi parlimen.
Perubahan sokongan terbuka orang cina
ini daripada BN kepada PR merupakan serampang dua mata bangsa ini untuk
menguasai ekonomi dan politik Malaysia. Ada para penganalisis politik
berpendapat bahawa penghijrahan orang cina daripada BN kepada PR akan
menghasilkan tindakbalas orang-orang melayu untuk kembali semula kepada BN kerana
bimbang kehilangan kuasa politik kepada orang cina. Ini adalah disebabkan oleh
isu-isu mutakhir yang terjadi kebelakangan ini khususnya selepas tahun 2008
yang menunjukkan bahawa kedudukan orang-orang melayu goyah selepas kehilangan
2/3 majoriti UMNO-BN di dalam Dewan Rakyat. Wallhua’lam.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
Diadaptasi dari:
A Kadir Jasin, 2012, Kunta Kinte Original : Catatan Kopitiam A Kadir
Jasin.
No comments:
Post a Comment