Wednesday, June 8, 2011

Tun Daim Zainuddin

Gambar Daim oleh Chan Looi Tat untuk Asiaweek

Pada kali ini, saya memasukkan beberapa gambar bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin. Bukan saya ingin memuja beliau seperti mana orang lain memuja artis. Namun saya tertarik dengan gaya pengurusan beliau sama ada dalam perniagaan ataupun semasa di dalam kerajaan. Saya tertarik dengan beliau yang menghargai duit walaupun 5 sen seperti mana yang diceritakan di dalam Daim yang Diam: Sebuah Biografi oleh Fatini Yaacob. Ini adalah kerana beliau terpengaruh dengan gaya jutawan minyak, John Paul Getty yang menghargai duit setiap sen yang diperolehinya. Sikap ini yang diterapkan oleh Daim sehingga beliau menjadi jutawan.Walaupun beliau dikenali sebagai peloket,beliau tahu bila masanya untuk menderma seperti untuk kebajikan, kesihatan dan pendidikan.


Daim Menteri Kewangan terbaik Malaysia sejak merdeka - Utusan Malaysia

Sudah menjadi lumrah alam di dunia ini. Jika sesuatu mudah dapat, maka ia mudah hilang. Begitulah dengan Daim sewaktu menjadi jutawan hartanah. Ada yang mengatakan beliau menjadi jutawan hartanah kerana politik. Ujar beliau ramai yang mendapat tanah ketika itu dan menjualnya kerana tidak berani mengambil risiko. Akan tetapi beliau membangunkan tanah yang diperolehinya untuk dimajukan dan dijual kepada orang ramai. Begitu juga dengan kita, jangan mendidik diri kita dengan membuat pinjaman peribadi dan sebagainya untuk mendapatkan sesuatu dengan cepat. Buat perancangan untuk mendapat sesuatu sama ada secara jangka panjang ataupun pendek.


Tabik Hormat untuk Daim - Utusan Malaysia

Amalan beliau yang suka berjimat cermat walaupun 5 sen perlulah kita contohi. Ini adalah sifat orang melayu yang diutarakan oleh Dr. Mahathir Mohammad (Tun) dalam bukunya Dilema Melayu yang menyatakan orang melayu sukar untuk memiliki budaya jimat-cermat berbanding orang cina yang menghargai setiap sen yang diperolehinya untuk membesarkan perniagaan mereka. Selain itu, kelemahan orang melayu juga ingin memperolehi sesuatu dengan cepat. Inilah sifat-sifat yang perlu kita kikis daripada diri kita. Semoga kita dapat contohi apa-apa yang baik daripada seseorang tokoh itu untuk diterapkan ke dalam diri kita.

Sekian, terima kasih.

No comments: