Bebaskan kewangan anda dari unsur riba...
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Semoga Tuan dan Puan sentiasa dimurahkan rezeki selalu dan dikurniakan dengan kebaikanyang mendadak daripada pagi sehingga ke petang hendaknya. Setiap orang mempunyai perancangan tersendiri pendapatan yang diperolehinya sama ada bekerja sendiri ataupun makan gaji. Beza kedua-dua sumber pendapatan ini adalah sangat besar. Sekiranya saudara bekerja sendiri, setiap titik peluh saudara akan dibayar serta saudara boleh memperolehi pendapatan tanpa had. Berbeza pula dengan pula dengan bekerja makan gaji, saudara akan dibayar setiap bulan selagi saudara bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang selama 5 hari seminggu dengan majikan saudara. Namun begitu, saudara dibayar gaji tetap sama ada saudara kuat berkerja ataupun malas bekerja.
Persoalannya, ke manakah duit kita yang dibelanjakan? Rezeki yang baik adalah rezeki yang terdapat di hadapan mata kita. Ada sahabat saya yang bekerja suatu ketika dahulu bekerja di Jabatan Perangkaan. Dia menceritakan bahawa dia suka membuat tuntutan (claim) walaupun dia malas bekerja. Walaupun mendapat tuntutan yang tinggi, dia tidak tahu ke manakah wangnya dibelanjakan. Oleh itu, sebagai pekerja makan gaji kita perlulah menilai setiap sen duit kita yang diperolehi sama ada adakah kita melakukan kerja dengan baik ataupun tidak.
Perkara yang paling penting sekali ialah adakah kewangan kita adalah bebas daripada riba? Adakah kewangan kita bebas daripada pinjaman bank, kad kredit dan sebagainya? Hukumnya adalah haram menurut Islam. Ramai berpendapat sekiranya saya tidak membuat pinjaman bank, sampai bilakah saya akan kaya? Baiklah, saya ingin menceritakan bahawa ada seorang peniaga (dirahsiakan identitinya) yang telah membeli bangunan berharga RM80 juta secara tunai. Apabila ditanya apakah rahsianya berjaya dalam perniagaan, dia menjawab,"Saya tidak membuat pinjaman bank, kerana semua pinjaman bank adalah riba..." Melalui cerita ini, adakah kita tidak yakin dengan janji Allah untuk menolong kita sekiranya kita berpegang teguh dengan hukum Allah? Tepuk dada, tanya hati masing-masing.
Seterusnya, lengkapkan diri kita dengan membuat banyak pembacaan mengenai pengurusan kewangan kerana banyak godaan dan perangkap di luar sana yang sentiasa menanti untuk membaham duit kita. Bak ungkapan kata Saidina Ali," Ilmu itu menjaga engkau, dan engkau pula menjaga harta..."Apabila ilmu sudah banyak di dada, tiada siapa yang berupaya untuk memperbodohkan kita untuk mendapatkan duit kita.
Seterusnya, lengkapkan diri kita dengan membuat banyak pembacaan mengenai pengurusan kewangan kerana banyak godaan dan perangkap di luar sana yang sentiasa menanti untuk membaham duit kita. Bak ungkapan kata Saidina Ali," Ilmu itu menjaga engkau, dan engkau pula menjaga harta..."Apabila ilmu sudah banyak di dada, tiada siapa yang berupaya untuk memperbodohkan kita untuk mendapatkan duit kita.
Moga-moga kita terus memastikan pengurusan kewangan kita adalah seimbang antara rohani dan jasmani. Pengurusan secara rohani adalah penting supaya kita boleh mendapatkan pertolongan Allah apabila kita berada dalam kesukaran. Pengurusan secara jasmani pula diperolehi melalui pembacaan buku-buku kewangan dan pergaulan kita dengan orang yang berpengalaman dalam pengurusan kewangan. InsyaAllah, hidup kita selamat di dunia dan akhirat. Wallahua'lam.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment