Thursday, June 2, 2011

Minyak Enjin dan Oil Filter Tiruan

Adakah anda pernah melihat iklan servis tukar minyak enjin termasuk oil filter dengan harga RM38 oleh syarikat automobil tempatan? Jika anda pernah melihat, hati-hati bahawa minyak enjin serta oil filter tersebut adalah barangan tiruan.

Adakah anda tahu bahawa sekarang ini lambakan minyak enjin serta oil filter adalah tiruan di pasaran? Untuk pengetahuan anda, sebenarnya minyak enjin yang dijual di Malaysia adalah minyak enjin yang dikitar semula untuk semua pengguna kenderaan. Kos 1 liter untuk minyak tersebut adalah RM2.80 seliter dan kosnya adalah RM11.20 untuk 1 tong (4 liter). Bayangkan keuntungan yang diraih oleh peniaga yang menjualnya sehingga RM80 untuk setong. Minyak enjin ini akan menyebabkan enjin tidak dapat bertahan lama untuk tempoh jangka masa yang panjang.


Minyak enjin asli dapat dkenal pasti melalui bau...

Itulah tips yang diajar oleh tauke cina yang dikenali sebagai 'Cikgu' kepada saya. Sebenarnya minyak enjin asli adalah berbau wangi. Saya telah cuba bandingkan bau minyak enjin daripada Australia dan Malaysia dan didapati bau enjin dari Australia berbau wangi berbanding Malaysia yang berbau hapak. Ini adalah kerana minyak enjin di Malaysia adalah dikitar semula. Apa yang lebih buruk lagi ialah minyak enjin di Malaysia adalah dicampur dengan diesel. Ini menyebabkan minyak enjin akan tinggal 2 liter setengah selepas beberapa tempoh berbanding dengan sukatan sebenar yang diperlukan iaitu 4 liter.

Begitu juga dengan oil filter tiruan. Perbezaan antara oil filter tiruan dan asli ialah apabila kita menggunakan oil filter tiruan, minyak akan masuk ke enjin pada saat ke-11 berbanding dengan oil filter asli di mana minyak masuk ke dalam enjin pada saat ke-3. Bayangkan apabila minyak masuk ke enjin pada saat-11? Ini menyebabkan piston telah bergerak beribu rpm dalam masa beberapa saat walhal minyak belum masuk ke dalam enjin dan ini menyebabkan piston mudah rosak untuk tempoh jangka masa yang pendek.

Oil filter asli dapat dikenal pasti melalui tanda pelekat pengeluar di atasnya...

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya kita dapat melihat kereta baru akan buat 'hal' selepas 4-5 tahun digunakan disebabkan menggunakan barangan tiruan ini kerana ia akan merosakkan enjin. Cuba kita perhatikan kereta zaman 70-an yang masih bergerak di atas jalan raya. Mengapa ia masih boleh digunakan walaupun sudah mencecah usia 30 tahun? Ini adalah disebabkan barangan tiruan ini masih belum ada di pasaran pada era 70 dan 80-an.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

Peniaga bangsa apakah yangseludup barang dan bagi rasuah nak cepat kaya

wankamarul701 said...

Bangsa Moroco kot..