Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
1. Semoga Tuan dan Puan sentiasa dirahmati Allah sentiasa dan dilimpahan kurniaan rezeki setiap masa. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dalam menjalani kehidupan ini. Pekerjaan di luar sana sama ada di sektor kerajaan atau swasta memerlukan 2 perkara iaitu kelulusan ataupun kemahiran softskill yang tinggi.
2. Pekerjaan yang memerlukan kelulusan segulung ijazah adalah pekerjaan yang menuntut seseorang itu pakar atau mahir dalam sesuatu bidang contohnya dalam bidang guaman, perakaunan, pendidikan, teknologi maklumat dan sebagainya. Jika anda tidak mempunyai kelulusan di atas, maka anda tidak boleh menceburi bidang-bidang ini.
Bekerja di syarikat swasta memerlukan kemahiran softskill yang tinggi...
3. Berlainan pula dengan pekerjaan yang memerlukan kemahiran softskill yang tersendiri contohnya kemahiran komunikasi tersendiri. Kebiasaannya, bahagian jualan biasanya menuntut kemahiran softskill yang tinggi terutama bank-bank untuk yang mengeluarkan pinjaman kepada orang ramai. Anda memerlukan kemahiran komunikasi yang tinggi untuk terlibat dalam bidang jualan walaupun anda tidak mempunyai kelulusan yang tinggi. Anda boleh dinaikkan pangkat dengan cepat sekiranya jualan anda melepasi sasaran atau target syarikat dan anda tidak dikenali sebagai pembodek di dalam organisasi kerana semua orang menyanjungi anda.
4. Azizi Ali dalam bukunya Jutawan Ekstrem menyatakan sekiranya anda mencapai 1000% dari target sebenar jualan syarikat, anda dianggap sebagai lagenda. Persoalannya, bolehkah kita mencapai sasaran 1000% daripada sasaran kerja yang ditentukan? Saya mempunyai rakan yang merupakan bekas kakitangan AmBank di bahagian jualan. Dia menyatakan bahawa 3 bulan pertama, sesorang itu perlu mengeluarkan pinjaman sebanyak RM350,000. Pada bulan ke-4 hingga ke-6, seseorang perlu mencapai pinjaman sebanyak RM700,000. Ini adalah untuk lantikan secara kontrak. Sekiranya, anda tidak mencapai sasaran yang ditentukan, bank mengucapkan selamat tinggal kepada anda kerana kontrak anda sudah tidak diperbaharui. Apabila anda melepasi target di atas, anda dilantik secara tetap dan anda perlu mengeluarkan pinjaman sebanyak RM1 juta sebulan.
5. Mungkin untuk mencapai sasaran pinjaman sebanyak RM1 juta sebulan adalah bagi sukar bagi kita semua? Bagaimana pula sekiranya ada orang yang boleh mengeluarkan pinjaman sebanyak RM7-8 juta sebulan? Bukankah itu sudah dianggap lagenda? Menurut rakan saya lagi, memang ada pekerja yang berjaya mencapai sasaran pinjaman sebanyak itu. Ini adalah kerana pekerja tersebut mempunyai kaki-kaki atau networking yang kuat. Networking ini diperolehi daripada pelanggan-pelanggannya yang berada dalam Syarikat MLM yang menjadi lubuk untuk mendapatkan pelanggan. Oleh itu, pinjaman mudah dikeluarkan dengan banyak dan pihak syarikat berbangga dengan beliau.
6. Benar seperimana yang dikatakan oleh Azizi Ali bahawa sekiranya anda mencapai jualan 1000% sasaran syarikat, anda akan dianggap sebagai lagenda. Syaratnya mudah sahaja, iaitu anda perlu mempunyai sistem yang tersendiri. Oleh itu, cuba cipta peluang yang baru di sekeliling anda untuk mencapai sasaran yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Jangan membuat kerja dengan tanpa haluan seperti orang sasau kerana tertekan dengan target yang ditentukan oleh pihak syarikat.
7. Secara keseluruhannya, tidak kira anda berada di mana untuk bekerja sama ada di bahagian yang memerlukan kemahiran profesional atau softskill yang tinggi. Anda perlu mempunyai seni dalam membuat sesuatu kerja. Gunakan akal dengan bijak untuk menyelesaikan masalah kerja di sekeliling kita. InsyaAllah, kerja dapat disiapkan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment