Thursday, January 23, 2025

Rewards Point Kad Kredit – Kad Kredit Hong Leong Bank Sutera vs Kad Kredit HSBC Platinum: Mana Lebih Untung?


Jika anda menggunakan kad kredit, ianya akan memberi pulangan sama ada dalam bentuk cash back ataupun rewards points. Jika cash back, anda akan mendapat potongan ataupun diskaun jika membuat pembelian tertentu. Contohnya, jika anda menggunakan membuat perbelanjaan sebanyak RM1,000 dan mendapat cashback sebanyak 5%, maka anda mendapat pulangan tunai sebanyak RM50 setiap bulan ataupun RM600 setahun... Banyak tu! Jika mendapat ganjaran points, anda boleh menebus barang-barang ataupun baucar oleh pihak pengeluar kad kredit.

Baiklah, pada kali ini saya cuba membuat perbandingan antara kad kredit Hong Leong Bank Sutera dan kad kredit HSBC Platinum kerana kedua-dua kad kredit ini memberi ganjaran points yang menarik juga untuk pengguna. Cuba kita perhatikan dan bandingkan ganjaran points seperti berikut;


Ganjaran Points untuk Hong Leong Bank  Sutera  (Sumber: Ringgit Plus)

Jika kita perhatikan ganjaran points HLB Sutera, ianya memberi ganjaran 8 points bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk pembelian online seperti Shopee dan Grab. Selain itu, ianya memberi ganjaran sebanyak 8 points bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di dining outlets seperti di KFC dan McDonald’s. Jika anda selalu memeri barang-barang dan makan di sini, memang untunglah, berganda-ganda dapat points setiap RM1 dibelanjakan. Akan tetapi, terdapat pengecualian bagi points yang dikenakan oleh HLB Sutera seperti FPX Transactions. Jika anda membayar yuran universiti secara online menggunakan kad kredit secara FPX Transactions, anda tidak akan mendapat points. 

Ganjaran Points HSBC Platinum (Sumber: Ringgit Plus)

Jika kita melihat ganjaran points di atas bagi HSBC Platinum, ianya memberi points maksimum bagi setiap pembelian contactless iaitu sebanyak 8 points bagi setiap RM1 dibelanjakan. Dengan kata lain, kalau mengisi minyak sekali pun, anda masih memperohi 8 points bagi setiap RM1 dibelanjakan. Ini tidak terdapat pada HLB Sutera. Untuk pembelian selain contactless iaitu pembelian secara online, ianya menawarkan sebanyak 5 points bagi setiap RM1 dibelanjakan. Sudah tentu, jika pembelian secara online, HLB Sutera menawarkan points yang lebih menarik. Selain itu, HSBC Platinum ini tiada pengecualian pembelian untuk mendapatkan points sepertimana HLB Sutera.


Annual Fee Waived untuk HLB Sutera  (Sumber: Ringgit Plus)

Untuk mendapatkan annual fee waived atau untuk dikecualikan yuran tahunan kad kredit bagi HLB Sutera sebanyak RM120, anda perlu berbelanja sebanyak RM15,000 dalam tempoh setahun. Banyak juga nak kena maintain jika tidak mahu kena annual fee. 

Annual Fee Waived untuk HSBC Platinum  (Sumber: Ringgit Plus)

Manakala untuk mendapatkan annual fee waived atau untuk dikecualikan yuran tahunan kad kredit bagi HSBC sebanyak RM240, anda perlu berbelanja sebanyak RM2,000 sahaja dalam tempoh setahun dan perlu swipe sekali pada setiap bulan jika menggunakan HSBC Platinum.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa HSBC Platinum memberi ganjaran points yang menarik berbanding HLB Sutera. Selain itu, komitmen tahunan HSBC Platinum lebih rendah iaitu sebanyak RM2,000 sahaja setahun berbanding dengan HLB Sutera iaitu memerlukan pembelian sebanyak RM15,000 untuk mendapatkan annual fee waived. Sudah jika perbelanjaan harian, kita akan banyak membuat pembelian secara contactless berbanding membeli barang-barang secara online. Sudah tentu kelebihan ini akan jatuh kepada HSBC Platinum.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

No comments: