Duarte Barbosa mencatatkan dalam The Book of
Duarte Barbosa tentang status pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan yang terkaya
di dunia seperti berikut :
Kota Melaka ini adalah pelabuhan yang
terkaya dengan jumlah perdagangan borong yang terbesar dan perkapalan serta
perdagangan yang sungguh banyak yang boleh didapati di seluruh dunia. Emas
mengalir ke sana dengan banyaknya sehinggakan para pedagang yang terkemuka
berurusan dengannya. Mereka tidak menilai harta mereka mahu pun simpanan mereka
melainkan dengan emas yang berjumlah berbahara-bahara yang mana satu bahara
menyamai empat quintal
Damiam De Goes menukilkan dalam The Chronicle
of The Most Happy King Dom Manuel of Glorious Memory seperti berikut :-
Pada masa ini, Melaka dikenali sebagai kota
yang terkaya di dunia kerana para peniaga yang tinggal di situ sangat kaya.
Kekayaan mereka diukur dalam bahar-bahar emas – satu bahar adalah bersamaan
dengan empat “quintal”. Sebahagian peniaga memiliki kekayaan mencecah sepuluh
atau dua belas bahar.
(Quintal adalah ukuran berat bagi Portugis.
Satu quintal bersamaan 100 kilogram. Maka 10 bahar emas bersamaan 4000 kilogram
emas).
Hasil mengalir masuk dari perdagangan.
Sultan mengumpulkan wang dari perkapalan dan cukai. Baginda menjadi begitu kuat
sehingga enggan mengakui kekuasaan Raja Siam, yang mana baginda adalah di bawah
naungannya. Raja Siam tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada Melaka lagi
kerana ia telah menjadi sebuah pelabuhan antarabangsa yang hebat. Ia adalah
pusat perdagangan import dan eksport. Ia adalah pelabuhan yang kaya.
Catatan aspar Correia dalam Lendas da India
pula menyatakan seperti berikut :-
Melaka adalah kota yang paling ramai
penduduk di Kepulauan Hindia dan ianya juga terletak benar-benar di
tengah-tengah semua perdagangan yang kaya di kawasan ini.
Penaklukan istana berakhir hingga larut
malam, dan harta rampasan yang diambil adalah yang terbesar yang pernah diambil
di mana-mana bahagian di dunia dan yang pernah dirampas. Para tentera menjual
barang-barang kepada peniaga-peniaga di tempat itu. Walaupun menjualnya dengan
harga yang murah, para tentera menjadi begitu kaya sehingga mereka hanya
menggunakan wang dalam jumlah tiga atau empat ribu cruzado. Selain daripada
barangan mereka jual, mereka juga memiliki sebahagian barang-barang di atas
kapal.
Gabenor gembira ketika melihat
pegawai-pegawainya dan tentera-tenteranya bergembira dengan apa yang mereka
miliki. Dia sedar sepenuhnya bahawa mereka telah mengambil hanya satu pertiga
daripada harta kekayaan kota ini, banyak yang telah ditanam di dalam bilik
kebal bawah tanah dengan dinding-dinding yang kukuh.
Tome Pires menukilkan dalam Suma Oriental
seperti berikut :-
Sultan mengenakan cukai untuk barang-barang
dagangan, sebagaimana yang akan dijelaskan lebih lanjut nanti. Hal-hal inilah
yang membuatnya sangat dihormati oleh penduduk tempatan mahupun orang asing.
Berkat penghormatan ini, baginda berhasil mendapat kekayaan dan timbunan harta
yang besar. Khabarnya, sultan memiliki 120 kuintal emas dan batu manikam dalam
jumlah besar. Dengan harta ini, baginda memutuskan untuk berziarah (haji) ke
Mekah dengan membawa banyak emas yang diangkut oleh jong yang berdasarkan
perintahnya, dibina di Jawa. Baginda juga membina jong lain berukuran besar di
Pegu; jika penyakit tidak menghalanginya melakukan semua ini, baginda akan
tetap berangkat ke Mekah. Baginda telah menghabiskan banyak perbelanjaan dan
(melibatkan) amai orang demi perjalanan ini.
Wallhua’lam.
Sumber : Menjejak Hubungan Daulah Uthmaniyah
& Kesultanan Melaka.
No comments:
Post a Comment