Betul
dalam bisnes perbukuan buku bahawa istilah Don’t
Judge The Book From Its Cover tidak boleh digunapakai. Pada mulanya,
apabila melihat cover buku ini saya pun berasa terpana melihatnya. Saya fikir
jika melihat tajuknya sahaja pun ‘Tun M Inilah
Perjuangan Temu Bual Eksklusif Sabaruddin Bersama Tun Dr. Mahathir”
menjanjikan sesuatu yang baru kepada pembaca-pembacanya.
Malangnya,
tiada sesuatu yang baru melainkan apa yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir dalam
bukunya “Doktor Umum : Memoir Tun Dr. Mahathir” turut disebut dalam buku ini. Apatah lagi interview ini
sudah dibuat pada tahun 2007 dan diterbitkan pula pada tahun ini (2016).
Isu-isu
yang diperbincangkan pula ialah isu-isu basi seperti masalah melayu, cina, dan
india. Kepimpinan melayu yang lemah dan sebagainya. Maklumlah isu sekarang
merupakan isu 1MDB dan bukannya isu Pak Lah selalu tidur dalam majlis rasmi
negara. Bab-bab buku ini pula penuh dengan simpulan bahasa.
Lebih
malang lagi buku ini merupakan pengalaman penulis menginterview Dr. Mahathir
untuk dimuatkan ke dalam bukunya sebelum ini yang bertajuk “Selagi Hayat
Dikandung Badan : Lembaran Perjuangan”. Dengan kata lain, pengalamannya membuat
buku dibuku pula dalam buku ini. Saya pun tidak faham yang penulis telah ada
syarikat penerbitan sendiri terbit pula buku ini dengan PTS.
Buku
ini pun kelihatan tebal disebabkan oleh dua perkara. Pertamanya barisnya agak jarak
antara satu sama-lain dan kemudian banyak gambar-gambar Dr. Mahathir.
Ia
tidak lebih seperti pengalaman penulis Sabarudin yang syok sendiri yang
kononnya dapat berpeluk dengan Dr. Mahathir di depan orang ramai selepas
menunaikan solat Jumaat.
Selepas
itu, penulis menceritakan yang kononnya bermimpi bertemu Dr. Mahathir Mohammad
daripada sudut yang sama sebelum bertemu dengan beliau. Puncanya ialah kerana
penulis tertinggal laktop dalam kereta dan kemudia masuk lewat ke dalam bilik
dan duduk di sudut yang sama melihat Dr. Mahathir dalam mimpinya.
Penulis
juga menceritakan pengalamannya kerana berjaya mengekjas Dr. Mahathir untuk
datang merasmikan program rasmi sekolah isterinya tetapi tidak dapat datang
kerana menghadiri majlis solat hajat anaknya.
Tak
kurang daripada itu penulis menceritakan isteri Dr. Mahathir mengatakan namanya
seperti mee Jepun kerana dipanggil ‘soba’. Penulis juga menceritakan hadirin
yang sedikit ketika perasmian bukunya “Selagi Hayat Dikandung Badan : Lembaran
Perjuangan” oleh Dr. Mahathir di dewan Universiti Malaya.
Pendek
kata, buku ini seolah-olah ingin menipu pembaca dan tiada apa-apa yang baru dan
sesuai dijadikan tajuk lain. Saya lebih suka dengan buku-buku lain di pasaran
yang khusus menemu-bual Dr. Mahathir yang sesuai dengan tajuknya.
Meluat
juga baca buku ini.
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.my
No comments:
Post a Comment