Monday, October 14, 2013

ASB 2 Khusus Untuk Golongan Kelas Menengah Melayu Atasan?


Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) yang bakal dilancarkan bakal menguntungkan golongan bumiputera khususnya kaum melayu. Mana tidaknya saiz tabung yang dilancarkan ini mempunyai saiz 10 bilion unit saham atau RM10 bilion. Apa yang menariknya ialah ia tidak mempunyai had simpanan untuk setiap individu di mana ia tidak seperti ASB 1 di mana had maksimum yang dibenarkan adalah sehingga RM250,000.

Saya difahamkan oleh kenalan saya yang pernah berkhidmat di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebenarnya ASB 2 ini dilancarkan khusus untuk golongan kelas melayu atasan yang telah mempunyai simpanan maksimum di ASB 1 iaitu berjumlah RM250,000. Ini menyebabkan sesiapa yang mempunyai simpanan maksimum di ASB 1 sebelum ini akan beralih ke instrumen-instrumen pelaburan yang lain seperti Tabung Haji dan sebagainya. Ini sudah tentu merugikan PNB sendiri kerana ASB merupakan tabung yang memberikan dividen yang tertinggi kepada pelabur-pelaburnya berbanding tabung-tabung lain yang disediakan oleh PNB.

Oleh itu, ASB 2 wajar dibuka untuk sesiapa yang sudah mempunyai simpanan maksimum di ASB 1 apatah lagi ASB 2 tidak mempunyai had simpanan yang maksimum sepertimana ASB 1. Pendek kata, ASB 2 ini adalah untuk golongan kelas melayu atasan yang mempunyai modal yang sangat besar untuk melabur.

Sekian, terima kasih.


http://wankamarul701.blogspot.com

No comments: