Monday, March 7, 2016

Kenapa Takut Sumbang Bantuan Ketenteraan?

Jika kita melihat bantuan atau misi kemanuasiaan di negara-negara umat Islam di Timur Tengah khususnya seperti Palestin, Syria, Jordan, dan sebagainya bantuan yang dihulurkan adalah bersifat keperluan-keperluan asas sahaja seperti makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan sebagainya. Tidak lebih daripada itu.

Namun, sedar atau tidak sedar adakah kita perasan bahawa bantuan ketenteraan untuk negara-negara yang bergolak dengan peperangan ini langsung tidak diberikan? Adakah kita takut dilabelkan sebagai pengganas oleh masyarakat antarabangsa?

Teringat suatu ketika dahulu Kuala Lumpur menafikan memberikan bantuan senjata kepada pejuang-pejuang Palestin. Jika betul sekali sekalipun, adakah kita takut untuk mengakui bentuk bantuan ketenteraan ini?

Jika dilihat negara-negara yang bergolak ini, sudah tentu mereka memerlukan bantuan atau perlindungan ketenteraan untuk menghadapi ancaman-ancaman senjata berat untuk melindungi diri mereka. Jika tiada perlindungan ketenteraan, sudah tentu pihak musuh akan terus-menerus menyerang umat Islam kerana mereka tahu bahawa masyarakat Islam ini adalah terdedah kepada serangan.

Tidak dinafikan terdapat tentera-tentera pengaman dari Malaysia yang dihantar ke luar negara di bawah panji-panji PBB. Namun, mereka dihantar bukanlah untuk berperang dalam erti kata sebenarnya sampai berjuang sehingga mati syahid.

Mengapa kita ingin melabelkan orang-orang Islam dari Malaysia yang mati terbunuh di Syria sebagai pengganas? Bukankah mereka menginfaqkan diri mereka untuk menolong saudara seagama mereka di sana?

Alangkah baik dan indahnya apabila setiap negara umat Islam menghantar bantuan ketenteraan kepada negara-negara Islam yang bergolak. Usah takut dilabel pengganas kerana inilah bantuan yang hakiki berbanding memberi sumbangan dalam bentuk keperluan asas sahaja.

Wallhua’lam.


http://wankamarul701.blogspot.my

Thursday, March 3, 2016

Sampaikan dariku walau satu ayat

 
Hari-hari kita dengar perkara-perkara maksiat berlaku.
 
Dalam pada itu, kita mesti harapkan supaya perkara-perkara maksiat ini tidak berlaku ke atas diri kita atau sesiapa sahaja.
 
Sudah tentu konsep ini salah jika kita mengharapkan nasib tidak baik tidak menyebelahi kita.
 
Sebenarnya, inilah tanggungjawab pendakwah iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Berusahalah untuk amal makruf dan nahi mungkar walau sekecil manapun usaha kita.
 
Kita tentu ingat kisah burung yang hanya mengangkat air dengan paruhnya untuk memadam api yang memadam Nabi Ibrahim a.s. Sesungguhnya Allah s.w.t. melihat usaha hambaNya dan bukannya melihat hasil kejayaan yang dilakukan oleh hambaNya.
 
Seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
 
"Sampai dariKu walaupun satu ayat."Riawayat Bukhari

Mana-mana pun ada krisis

 
Mana-mana pun ada krisis.
 
Parti-parti politik pun ada krisis hatta Parti PAS yang memperjuangkan Islam pun ada krisis.
 
UMNO pun ada krisis. Dalam parti UMNO, mana-mana pihak atau team yang kalah tidak hilang semua. Manakala yang menang pula tidak menang semua. Ini adalah untuk menjaga kestabilan parti.
 
Begitu juga dalam kekeluargaan, ia juga ada krisis. Mungkin antara kita dengan adik-beradik, saudara-mara, dan sebagainya.
 
Krisis ini disifatkan sebagai garam dalam kehidupan kita. Tidak cukup akan membuatkan makanan tidak sedap. Terlebih pula menyebabkan ianya masin.
 
Tanpa krisis, kehidupan kita akan menjadi hambar ataupun bosan.
 
Seelok-eloknya krisis ini biarlah bersifat terkawal. Caranya ialah kita jangan terikut dengan emosi dengan keadaan yang berlaku di sekeliling kita. Jika tidak, kita tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan.

 

Wednesday, March 2, 2016

Pembangkang Usah Terpedaya dengan Langkah Dr. Mahathir


Dua tiga hari ini, Lim Kit Siang mengakui bahawa beliau ada bertemu dengan Dr. Mahathir untuk membincangkan isu-isu nasional selepas Dr. Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO.
 
Tetapi, kita harus ingat bahawa Dr. Mahathir sanggup menggunakan pentas pembangkang untuk menyelamatkan UMNO.
 
Bak kata Chegubad, Dr. Mahathir menggunakan pentas pembangkang suatu ketika dahulu untuk menurunkan Abdullah daripada kerusi Perdana Menteri dan bukannya untuk menyokong pembangkang. Ternyata, Abdullah meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri dan kemudian Dr. Mahathir mendaftar semula ahli UMNO selepas itu.
 
Wayang Dr. Mahathir bermula lagi apabila mengisytiharkan keluar daripada UMNO kerana tidak setuju dengan cara pemerintahan Mohd. Najib.
 
Ada baiknya pembangkang tidak bekerjasama dengan Dr. Mahathir yang kononnya ingin menyelesaikan isu-isu nasional. Hakikatnya, isu-isu nasional ini berpunca daripada pemimpin UMNO yang lemah. Bagi Dr. Mahathir pemimpin yang harus ditukarkan dan bukannya isu-isu nasional yang diutamakan. Apabila pemimpin yang lemah ditukar, secara automatiknya isu-isu nasional ini akan selesai.
 
Secara tidak langsung pembangkang yang bekerja dengan Dr. Mahathir sebenarnya adalah bekerjasama untuk memulihkan dan menguatkan semula UMNO.
 
Seperti biasa, selepas matlamat Dr. Mahathir tercapai, maka pembangkang ditinggalkan semula dan masuk semula dalam barisan kepimpinan UMNO. Maka pembangkang mencari semula isu-isu lain untuk memburukkan kerajaan bagi memenangi PRU seterusnya. Itulah nasib pembangkang.
 

Tuesday, March 1, 2016

Apa Itu Misi dan Visi?


Apa itu visi dan misi? Kita jangan menganggap kedua-dua perkara ini sama sahaja.

Misi ialah perkara apa yang kita perlu lakukan.

Visi ialah perancangan kita lima hingga sepuluh tahun akan datang.

Moyang Robert Kuok Penagih Candu

Sejarah tidak pernah membohongi kita. Kalau sejarah itu bohong, maknanya kita sendiri tidak mahu mengkaji sejarah.

Robert Kuok sekali lagi dinobatkan orang terkaya di Malaysia pada tahun 2015 dengan hartanya adalah 10 bilion dollar. 

Jangan lupa bahawa moyang Robert Kuok adalah Kuok Keng Kang yang berhijrah dari Fujian, China ke Tanah Melayu pada tahun 1909. Harus diingat bahawa moyang Kuok ini adalah berjaya kerana bantuan masyarakat melayu. Ini ditulis dalam buku The Reluctant Politician : Tun Dr Ismail and His Time. Antaranya ditulis begini :

"Ketua keluarganya ialah Kuok Keng Kang, juga dari Foochow, seorang pendatang baru ke Johor Bharu. Yang mendapat persaingan hebat dari puak Teochew. Kuok Keng Kang juga berjaya hasil bantuan yang diterimanya daripada masyarakat melayu. Menjelang 1920, Kuok Keng Kang sudah pun menjadi kaya raya, dan menjadi antara segelintir orang yang mampu memiliki beberapa buah kereta mewah."

Di sini pun kita dapat lihat betapa mewahnya keluarga Kuok kerana telah berjaya memiliki kereta mewah pada era 1920-an. Itupun Jepun belum menawan lagi Tanah Melayu.

Kuok Keng Kang ini mula berniaga beras, gula, dan tepung gandum di Johor Bharu dengan pertolongan pembesar melayu. Menurut akhbar The Star, pembesar melayu Johorlah yang tolong sembuhkan Kuok Keng Kang daripada penagihan candu (Rujuk A Kadir Jasin, Kunta Kinte Original).

Orang-orang cina terkaya di Malaysia ini jangan lupa bahawa masyarakat melayu ini serta kerajaan melayu inilah yang 'menolong' mereka kaya-raya. Orang-orang melayu pula usahlah dengki dengan orang-orang melayu yang mungkin tersenarai 40 terkaya di malaysia dengan menganggap mereka ini naik kerana 'kabel'.

Hukum Karma Buat Mahathir


Buat baik di balas baik. Buat jahat jangan sekali.

Mahathir dulu kick Musa Hitam.

Mahathir dulu kick Ku Li.

Mahahtir dulu Kick Anwar Ibrahim.

Mahathir dulu kick Ghafar Baba.

Sekarang Najib pula kick Mahathir.

Mahathir tidak lagi menjadi ahli UMNO.