Alhamdullillah, saya telah habis semester
pertama mengambil master sejarah Malaysia. Apa yang lebih penting ialah saya
telah lulus 2 kursus wajib yang perlu diambil bagi program ini iaitu ‘Falsafah
dan Kaedah Sejarah’ dan ‘Sejarah Malaysia 1800 – 1941’. Kalau buat program
master di UM ini, jika dapat gred B- dan ke bawah alamatnya anda perlu repeat
semula paper tersebut.
Bagi orang yang bekerja macam saya ni nak
sambung belajar pula kalau dah lulus iaitu dapat gred B ke atas dah kira baik.
Yang penting, tak perlu repeat! Tak perlulah anda mengetahui gred dan berapa
pointer yang saya dapat pada semester lepas. Cukuplah saya memberitahu saya
lulus dan tidak perlu lagi repeat mana-mana paper. Lega...
Bagi satu kursus, markah terbahagi kepada
dua bahagian iaitu 50 markah untuk assignment dan 50 markah lagi ialah untuk
peperiksaan akhir. 50 markah untuk assignment ini bergantung kepada lecturer
setiap kursus. Sesetengah kursus ada yang perlu membuat ulasan buku (book
review) dan esei panjang. Sesetengah kursus tidak perlu membuat ulasan buku dan
hanya perlu membuat esei panjang dan esei pendek. Yang lebih penting lagi, ada
pembentangan (presentation). Ini pun kena jaga sebab markah juga akan dikira.
Sebenarnya, terdapat lima kursus yang perlu
diambil bagi peringkat pertama untuk program ijazah sarjana sejarah Malaysia
secara mix-course di UM ini. Dua kursus wajib ialah ‘Falsafah dan Kaedah
Sejarah’ dan ‘Sejarah Malaysia 1800 – 1941’. Manakala 3 kursus lagi kursus
elektif. Tetapi, di UM ada 4 kursus elektif sahaja yang ditawarkan. Oleh itu,
bergantung kepada anda untuk memilih mana-mana 3 kursus elektif yang
ditawarkan. Peringkat kedua nanti anda perlu membuat thesis yang panjangnya
sekitar 30,000 patah perkataan.
Pada setiap semester (Ambilan September dan
Februari setiap tahun), terdapat tiga kursus yang ditawarkan. Oleh kerana saya
mula masuk pada bulan September 2017/2018, maka saya telah mengambil 2 kursus
wajib tetapi subjek elektif pada semester lepas saya tidak ambil. Oleh itu,
untuk semester ini (Februari 2017/2018) saya telah mengambil 3 kursus elektif
iaitu ‘Ekonomi Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua’, ‘Sejarah Malaysia Selepas
Perang Dunia Kedua’, dan ‘Kerajaan dan Politik di Malaysia’.
Kelas pula terdapat 1 kelas pada hari Jumaat
(6.00 – 9.00pm) dan 2 kelas pada hari Sabtu. Mujurlah kelas pukul 6.00 petang
pada hari Jumaat. Kalau kira macam saya ini, mudahlah nak pergi sebab dekat
dengan tempat kerja. Anda jangan terkejut bahawa ada orang ulang-alik dari
Kedah dan Melaka pada setiap minggu untuk menghadiri kelas ini! Ada yang
ulang-alik naik kapal terbang dan ada yang ulang-alik naik kereta api. Kira
cabaran jugalah orang yang duduk jauh ini nak ulang-alik datang kelas. Takpe,
demi sebuah kejayaan.
Kalau dah nama nak buat assignment, maka
anda perlu rajin-rajinkanlah keluarkan duit sedikit untuk fotostat mana-mana
buku untuk membuat assignment. Buku-buku perpustakaan memang ada tetapi anda
perlu memulangkannya selepas tamat tempoh pinjam dan anda hanya dibenarkan
renew semula buku untuk tempoh dua kali sahaja selepas dipinjam. Kalau dah ada
orang booking buku anda sudah pinjam, alamatnya anda tidak boleh renew la buku
tersebut selepas tamat tempoh. Oleh itu, mahu tidak mahu ada baiknya anda
fotostat mana-mana buku untuk rujukan membuat assignment dan lebih penting lagi
kalau nak menghadapi peperiksaan akhir nanti pada hujung semester senang nak
ulang-kaji balik.
Untuk makluman anda, sebagai pelajar master
di UM, anda boleh meminjam buku sehingga 20 buah buku pada satu-satu masa.
Kalau saya ini, tak sampai 10 buah buku pun pinjam pada satu-satu masa. Bukan
apa, buat semak sahaja letak buku perpustakaan dekat rumah kan? Kadang-kadang
saya beli sahaja buku dengan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) melalui online jika ada
buku berkenan di hati yang relate dengan mana-mana nak buat assignment. Mudah.
Tak payah nak pening kepala fotostat buku dan nak pulang balik ke perpustakaan.
Setakat ini dulu perkongsian saya mengenai menyambung
pelajaran master sejarah Malaysia di UM. Saya target boleh lulus ketiga-tiga paper
pada semester ini dan lepas raya nanti boleh relax terus dan fikir buat tesis
pula nanti. Nanti saya akan update semula pengalaman saya dari semasa ke semasa
mengenai menyambung pengajian master sejarah Malaysia di UM nanti kerana saya
tahu tiada mana-mana blog menceritakan pengalaman ini ketika belajar di UM.
Itulah masalah yang dihadapi oleh saya ketika mula-mula nak sambung pengajian
sejarah Malaysia di UM. So,saya cuba menceritakan pengalaman saya di sini untuk panduan anda. Jumpa
lagi...
Wallhua’lam.
Kemaskini: 25 Oktober 2020.
Kemaskini Kali Ke-2: 29 Disember 2021.
Artikel berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Sastera (Sejarah Malaysia). (Klik di Sini)
14 comments:
Tq for sharing
Tq kongsi pengalaman
Utk semster 1 berapa kredit atau subjek yg perlu dftr?
Satu subjek (3 jam kredit) pun boleh.
Bagus encik.. sy nak tanya kalu sy degree bidang lain boleh ker sambung sejarah di um? Skrg sy buat tutor mengajar sejarah spm.. dulu spm sy dapat A+ sejarah
boleh.
Assalamualaikum maaf bertanya. Proposal yang perlu di attach ketika melakukan pendaftaran tu perlu berkait dengan program yang dipohon ke? Act, saya dh ada proposal tapi a bit different sebb ketika degree dlu saya ambil kos (arabic) but saya nak sambung master di um dalam bidang pengajian islam. Mohon pencerahan. Tq
Mix Mode sejarah Malaysia tak perlu hantar proposal. TQ
Assalamualaikum maaf ganggu...saya pelajar form 6 dh amat berminat untuk sambung ijazah sarjana muda sejarah di um..Jadi saya nak tanya selain kurator kerjaya ape lagi yg boleh dipohon? Soalan kedua saya ialah kalau peringkat ijazah sarjana muda ade pratikal ke?
Saya pun pelajar f6. Nak tahu juga jawapan kepada soalan ni...
Saya pun pelajar f6. Nak tahu juga jawapan kepada soalan ni..
Praktikal bagi pelajar peringkat ijazah sarjana muda ada dan biasanya semasa semester terakhir sebelum grad (tahun ke 4)
Saya nak sambung master di UM cgpa minimun berapa ya?
Belajar dalam bahasa Melayu atau English?
Atas pensyarah.
Ada guna Bahasa Melayu dan ada guna Bahasa Inggeris.
Post a Comment