Di
dalam al-Quran ada Allah s.w.t. menyebut mengenai perintah makanlah makanan
yang halal lagi baik. Jika kita hayati balik perintah ini, banyak makanan yang
halal lagi baik yang terdapat di sekeliling kita yang boleh dimakan.
Namun,
dari satu sudut jika kita melihat orang-orang yang sakit sudah tentu ada
makanan yang perlu mereka elakkan. Sekiranya seseorang itu berpenyakit kencing
manis, sudah tentu dianya perlu mengelak daripada makan makanan yang manis. Di
satu sudut lain pula, orang yang sihat pula boleh makan makanan yang bergula
selagi mana yang sihat. Ini yang dikatakan baik untuk orang lain belum tentu
baik untuk kita.
Dalam
pengurusan kewangan peribadi, hal yang sama kita boleh terapkan dalam apa yang
telah disebutkan di dalam al-Quran. Jika orang lain telah membeli rumah, tidak
semestinya kita perlu membeli rumah. Mungkin orang lain tiada matlamat lain
seperti kita yang membolehkan mereka membeli rumah terlebih dahulu. Mungkin
kita ingin menggunakan wang kita untuk matlamat lain seperti membuat
perniagaan, ingin memfokuskan membayar hutang-hutang lain terlebih dahulu, dan
sebagainya.
Begitu
juga dengan kereta, apabila keluarnya model kereta baru, ramai pula yang sibuk
menukar kereta lain walhal kereta sedia ada masih boleh dipakai kerana ingin
mengikut rakan-rakan sepejabat yang menukar kereta lain. Akibatnya, diri
sendiri yang rugi kerana terpaksa menanggung rugi membayar kadar faedah kepada
pihak bank.
Di
dalam buku saya iaitu Biar Sedikit, Asal Diberkati (BSAD), saya ada menyebut
bahawa kita usah terikut-ikut dengan trend masyarakat. Sebagai contohnya tahun
2011 dahulu (saya masih ingat sehingga hari ini) kononnya ramai orang yang
berbondong-bondong yang membeli emas kerana kononnya ketika itu harga emas naik
secara menggila. Tetapi, ramai yang silap ketika itu kerana ketika harga emas
naik, ketika inilah emas perlu dijual kerana keuntungan boleh dibuat ketika ini
dan bukannya dibeli. Natijahnya, ramai yang menggaru kepala selepas harga emas
jatuh tidak beberapa lama ketika selepas itu.
Malangnya,
kita sibuk menggunakan duit kita untuk berlumba-lumba untuk menunjukkan
kekayaan masing-masing. Akibatnya, kita kadang-kadang terperangkap dalam
perlumbaan ini yang kadang-kala membuatkan duit kita bocor tanpa disedari. Ada
pembaca buku BSAD yang mengatakan hutang mereka tidak berkurang selepas membaca
buku ini. Tetapi, apabila mereka ditanya adakah mereka mengikut Rukun ke-4
iaitu jangan membuat hutang lagi, ramai yang terdiam 1,001 bahasa.
Baik
untuk orang lain, belum tentu baik untuk kita boleh kita terjemahkan dalam
aplikasi untuk menjana kekayaan kita. Sesetengah orang percaya bahawa kita
perlu berhutang untuk menjana kekayaan kita. Sesetengah orang juga percaya kita
tidak perlu hutang untuk menjana kekayaan kita. Bagi saya ada baiknya kita
tidak perlu berhutang untuk menjana kekayaan kerana inilah jalan paling selamat
dan mudah untuk menjana wang kita.
Ironinya,
pengurusan kewangan adalah bergantung dengan strategi kewangan kita sendiri.
Wang yang banyak tidak menjamin kejayaan kita dalam usaha menguruskan wang
kita. Dengan iltizam, keazaman, dan matlamat kewangan untuk mencapai sesuatu,
ianya menghasilkan sesuatu yang baik untuk kita.
Adakah
anda sudah memiliki buku BSAD? Jika belum (klik di sini).
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.my