Haishhh.. apasal Tok Guru Haji
Hadi tetiba memberikan sokongan kepada Datuk Najib ini lepas berbilion-bilion
hilang. Tok Guru cakap Najib kena selesai sendiri masalah dia.
Agak-agaknya Najib nak selesai
camana kalau dah bertong-tong duit rakyat sudah hilang? Bail-out semua ke 1MDB
yang dah takda duit tu semua dengan duit rakyat etc. dengan duit Tabung Haji ke?
Atau bagaimana?
Mahadei pula suruh Najeb letak
jawatan. Sah-sah Najib tak nak letak jawatan kalau dah jadi orang nombor 1
negara. Apalagi Kak Ros tu dah control Najib sana-sini. Sekali-sekala SNAD tengok
Mahadei macam nyanyuk juga asyik semua orang tak betul. Dia sorang saja yang
betul. Kan gitew?
Lepas sehari Haji Hadi keluar
statement, berbondon-bondonlah akhbar-akhbar utama siarkan statement Haji Hadi
supaya Najib pertahan jawatan. Ada niat apa-apa ke?
Nah, SNAD yakin bahawa Pas
tersempit dalam Pakatan apatah lagi Dap dah sah-sah tolak perjuangan hudud Pas.
Kadang-kadang isu hudud menjadi senjata paling ampuh memecahkan Pakatan. Sudah
tentu dalam konteks demokrasi, sokongan Umno amat-amat diperlukan buat masa ini
buat Pas.
Di pihak Umno pula mereka
terkongtang-kanting kerana sudah berduyun-duyun orang cina masuk sokong Dap.
Apatah lagi harga barang asyik naik sahaja. Sapa nak sokong BN kalau keadaan
macam ni. Betul orang cakap BN = Barang Naik. Ingat gaji kita orang nak buat bayar
beli jet korang ke?
So, sokongan Pas amat
diperlukan oleh Umno buat masa ini. Pegang sahaja Pas, maka penyokong-penyokong
Pas secara otomatik akan sokong Umno. Kalau dah penyokong fanatik Pas, semua
pemimpin Pas buat dikatakan betul. Doa Lim Guan Eng masuk Islam betul, duk kata
Dap telah mengenal Islam, dll.. semua betul... Pemimpin Umno sahaja yang
salah!!!
SNAD mungkin silap.
Kadang-kadang Umno dan Pas perlu bergabung buat masa kini untuk kekuatan orang
melayu sebenarnya. Apatah lagi Umno dan Pas sudah berada dalam keadaan lemah di
pihak pakatan masing-masing. Sejarah pasti akan berulang. Dulu Umno dan Pas
pernah bersatu. Tetapi akhirnya, Pas ditendang keluarkan dari BN.
Harap-harap lah kalau Umno dan Pas
bersatu boleh melemahkan Dap. SNAD sebenarnya tak suka tengok Dap makin lama
makin kuat. Orang-orang melayu duduk melolong duk sokong Dap. Sadisnya!!!
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment