Thursday, February 5, 2015

Jangan terkejut, rujukan di internet boleh menjadikan buku anda menjadi Bestseller!


Saya sekarang sedang membaca buku Rothschild - Yahudi Kepercayaan Dajjal tulisan Ibnuyaacob terbitan Moonmedia. Sambil membaca buku-buku ini, saya mengkaji rujukan-rujukan yang digunakan oleh penulis buku ini. Bukan apa. Saya dapati bahawa buku ini telah terjual sebanyak 30,000 naskah! Kalau penulis dapat komisen 10% = RM2.60 (Buku ini berharga RM26.00) untuk setiap buku, maka royalti yang diperolehi ialah RM78,000! Fuhhh... Ini belum kira lagi buku-buku tulisan Ibnuyaacob yang lain seperti Rahsia Simbol Yahudi (Terjual 50,000 naskah), Rahsia Yahudi Dalam Filem, dan lain-lain lagi.

Sudah tentu buku-buku yang menjadi best-seller menjadi sasaran para penulis apatah lagi penulis yang menerbit sendiri bukunya macam saya. Hehehe...

Cuma saya tertarik dengan rujukan yang digunakan dalam buku ini iaitu 'The Unrevealed History' yang ditulis oleh Count Cherep Spiridovich. Apabila saya cuba google dalam internet, tak semena-mena ada soft-copy buku ini dalam bentuk PDF. Ini snapshot yang saya petik untuk berkongsi dengan anda : 




Nah, mengambil rujukan di internet pun boleh menjadikan buku anda best-seller! Dengan syarat anda pandai mengolah kajian anda dan menulis semula dalam bentuk lebih mudah supaya dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Ini tip penulisan yang boleh dikongsi bersama saya pada kali ini.

Terima kasih.

http://wankamarul701.blogpsot.com 

2 comments:

Izham said...

Saya setuju dengan pendapat tuan. Siapa sangka tajuk yang mengancam dan isi yang berilmiah mampu membawa kepada jualan yang mantap!

Menjadi pengajaran kepada saya untuk turut berusaha menulis buku yang mantap bagi rujukan semua.

wankamarul701 said...

Ok. Semoga anda Berjaya. =)