Thursday, February 12, 2015

Apakah Rahsia Sebenar Solat Berjemaah Sebenarnya?


Jika al-Quran menyatakan prinsip-prinsip ilmu kepada umat manusia, begitu juga dengan hadis di mana ia juga menyatakan prinsip-prinsip ilmu yang mengandungi 1,001 hikmah untuk menyinari hidup seseorang insan.

Apakah kelebihan dan rahsia solat berjemaah sebenarnya? Mari kita renungi hadis nabi berikut:

“Sekiranya manusia mengetahui kelebihan pergi ke masjid untuk solat Zohor pada waktu panas tengah hari, maka pasti mereka berlari-lari untuk pergi. Sekiranya mereka mengetahui kelebihan solat Isyak dan Subuh pasti mereka akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat itu walaupun dengan merangkak (disebabkan oleh sesuatu penyakit).” Hadis Riwayat Bukhari

Nah, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis ini bahawa seseorang itu sanggup berlari-lari ke masjid di waktu terik tengah hari untuk menunaikan solat Zohor berjemaah? Jika kita bekerja di pejabat di sekalipun, pada waktu ini merupakan waktu untuk kita rehat makan tengah hari. Tidak kurang daripada itu, ramai umat manusia yang sedang lepak di kedai-kedai makan ketika ini.

Seterusnya, seseorang itu akan sanggup merangkak untuk menunaikan solat berjemaah di masjid untuk solat Isyak dan Subuh walaupun mereka sakit jika mereka mengetahui kelebihan menunaikan di masjid untuk kedua-kedua solat ini.

Apakah kelebihan kedua-dua solat ini sebenarnya sehinggakan mereka sanggup merangkak ke masjid? Sedangkan ramai orang yang sihat walaifiat sekalipun masih leka dengan urusan masing-masing apatah lagi ramai manusia sedang ramai tidur ketika waktu Subuh.

Jika hadis ini menyebut jika seseorang itu menunaikan solat Isyak, Subuh, ataupun Zohor di masjid, maka apabila dia pulang ke rumah selepas itu, dia akan mendapati wang RM1,000 di dalam laci rumahnya, maka berduyung-duyunglah orang akan menunaikan solat jemaah di masjid. Benar bukan?

Apakah rahsia menunaikan solat di masjid sebenarnya khususnya untuk Solat Isyak, Subuh dan Zohor di sebalik hadis ini?

Wallhua’lam.

http://wankamarul701.blogspot.com

No comments: