Sunday, February 15, 2015

Kenangan Bersama Allyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Saya bukanlah pemimpin politik yang boleh duduk bersama-sama dengan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz untuk makan atau bermesyuarat semeja bersama beliau. Apabila negara meratapi pemergian Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, teringat saya kenangan bersama Tok Guru ketika beliau masih hidup.

Ketika tahun 2003, saya telah menghadiri kursus Bahasa Inggeris di Kusza selepas mengambil peperiksaan SPM. Kebetulan ketika itu saya menghadiri kuliah Maghrib di Masjid Kusza yang disampaikan oleh Tok Guru. Tok Guru tiba di Masjid Kusza dengan menaiki Proton Perdana V6 berwarna hitam. Ketika orang ramai menyambut Tok Guru tiba di masjid, saya mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama dengan yang lain untuk bersalam dan mencium tangan Tok Guru.

Itulah pengalaman saya bersama Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz ketika beliau hidup.    Terasa juga perasaan sedih apabila seorang ilmuwan Islam telah pergi buat selama-lamanya. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. 

Al-fatihah buat Tok Guru...

http://wankamarul701.blogspot.com

No comments: