Saturday, October 26, 2013

Makan-makan di Radix Fried Chicken (RFC)

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Petang ini saya tidak tahu hendak makan di mana. Al-maklumlah pergi ke Popular di The Curve sebelah pagi tadi tiada buku-buku baru yang menarik hendak dibeli. Buku di rumah pun belum habis baca. So, saya tidak membeli apa-apa buku. Oleh itu, saya cuba pergi berjalan-jalan di luar untuk makan petang. Apabila sedang membawa motosikal, saya ternampak Radix Fried Chicken (RFC) bukan Kentucky Fried Chicken (KFC). 

Saya cuba masuk ke kedai tersebut. Menunya ala-ala KFC. Boleh dikatakan menarik juga. Saya cuba makan Delight A. Kalau di KFC, delight A ini adalah sama dengan Snack Plate di mana ada 2 ketul ayam, cole slaw, dan mashed potato. Rasa-rasanya pun macam KFC. Ayam goreng dia boleh dikatakan mengalahkan KFC tetapi kalau cole slaw dan mashed potato itu boleh dikatakan 'kalah' dengan KFC. Diharap pihak RFC boleh membaiki kualiti 2 makanan ini. 


Menu RFC

Ada juga saya melihat kelibat wanita cina perempuan bersama dengan 2 orang anaknya. Kata orang kalau orang cina datang ke kedai melayu ini, kedai melayu ini memang berkualiti. Tak taula kalau kedatangan orang cina ini boleh menjadi suatu benchmark sesuatu kedai melayu. Sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan. 

Saya juga sempat juga cashier,"Ini bawah HPA ke?" Cashier jawab memang ya. Nampaknya HPA terus berkembang selepas ia ditubuhkan. Jika dahulu ia produknya yang paling terkenal ialah Kopi Radix iaitu terkenal dengan trademarknya "Maila Secawan", sekarang pihak HPA boleh membuka rangkaian makanan segeranya pula. Saya tumpang juga walau tidak boleh tumpang tuah kerana orang melayu boleh membuka rangkaian makanannya sendiri setaraf dengan KFC dan McDonald's (Tidak tahulah kalau saya perasan).

Tuan-tuan dan puan-puan yang belum pernah mencuba di kedai RFC ini, bolehlah mencuba makan di kedai ini bersama keluarga. Sekurang-kurangnya boleh juga tolong orang melayu. Kalau ada blog-blog yang suka mengatakan kedai ini hidup segan tak mahu baik diam sahajalah melainkan anda sudah ada kedai yang boleh mengalahkan kedai RFC ini.

Sekian, terima kasih.


http://wankamarul701.blogspot.com

5 comments:

asrul said...

saya ke RFC di kuala terengganu (belakang stadium ismail) dah ditutup sementara, dibuka semula sehingga 'further notis'.

Saya ingat sebab lokasi tak sesuai.

asrul said...

saya ke RFC di kuala terengganu (belakang stadium ismail) dah ditutup sementara, dibuka semula sehingga 'further notis'.

Saya ingat sebab lokasi tak sesuai.

wankamarul701 said...

Renovate la tu. Nama pun 'ditutup sementara'. Kalau pindah dah letak notis 'sudah berpindah ke tempat bla3...' Kan? =)

Anonymous said...

Rasanya dh bnkrap kot. Lokasi dia krg sesuai,n rmai yg x thu ada RFC kt c2. Dh lama sgt ttup. Kalau bt renovation,mest ada pkrja sdg bt kerja,tp sunyi sepi. Frust. RFC best.

ramlah said...

Assalamualaikum semua. Lebih baik kita doakan saudara usahawan kita tu dengan doa yang baik2 saja. Doa yang baik Allah akan makbulkan aamiin.