Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Sekiranya saya menjadi Menteri
Pendidikan, saya akan
mewajibkan matapelajaran Bahasa Mandarin sebagai matapelajaran wajib di
sekolah-sekolah khususnya bermula sekolah rendah lagi. Sekiranya saya menjadi
Menteri Besar, saya akan mewajibkan Sekolah-sekolah
Menengah Kerajaan Negeri mempelajari Bahasa Mandarin walaupun saya tidak pernah
mempelajari bahasa tersebut. Ini adalah kerana bangsa ini sudah menguasai
ekonomi Tanah Melayu sejak zaman penjajahan British lagi.
Sudah semestinya bangsa yang
menguasai ekonomi sesebuah negara ataupun menguasai dunia sekalipun, bangsa itu
akan menjadi bangsa yang dihormati oleh bangsa-bangsa lain. Sekiranya dahulu,
bahasa arab menjadi bahasa antarabangsa sehingga tahun 1924 kerana orang-orang
Islam di bawah naungan Khilafah Uthmaniah merupakan kuasa besar dunia. Hari ini
giliran Negara Amerika Syarikat pula yang menjadi kuasa besar dunia. Maka, mahu
tidak mahu semua orang wajib mempelajari Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar
Malaysia yang ingin keluar negara perlu mengambil dahulu peperiksaan khas
Bahasa Inggeris dengan gred yang telah ditetapkan. Sekiranya tidak mencapai
sasaran yang ditetapkan terpaksalah mengambilnya semula sehingga lulus.
Orang Melayu perlu belajar Bahasa
Mandarin. Ini adalah untuk mengelak orang Melayu terus ditipu oleh orang Cina
khususnya dalam perniagaan ataupun dalam jual beli. Memang diakui bahawa orang
Melayu sering tertipu dalam urusan jual beli dengan bangsa ini. Rakan saya
pernah menceritakan sewaktu beliau pergi ke kedai motorsikal bersama sepupunya
yang fasih berbahasa Mandarin. Sewaktu di kedai motorsikal tersebut, rakan saya
bertanyakan kepada taukeh kedai tersebut harga spare-part motorsikal yang ingin dibelinya. Lalu taukeh tersebut
bertanyakan anaknya harga spare-part
tersebut dalam Bahasa Cina. Kemudian, taukeh tersebut memberitahu rakan saya
harga spare-part tersebut. Dalam masa yang sama sepupu rakan saya menyapa, “Anak
kamu beritahu harga lain tetapi taukeh memberitahu harga lebih mahal.” Jelas
cerita ini sudah menjadi bukti bahawa orang Melayu mudah ditipu dalam urusan
jual beli dengan orang Cina sekiranya tidak pandai berbahasa Cina. Mungkin anda
semua lebih sedia maklum mengenai cerita-cerita sebegini di tempat-tempat lain.
Syarat bekerja di syarikat-syarikat
swasta pada hari ini meletakkan syarat bahawa seseorang itu mesti fasih berbahasa
Mandarin. Dengan kata lain bahawa syarikat-syarikat swasta tersebut adalah tidak mahu
mengambil orang Melayu bekerja dengan mereka. Syarat-syarat ini banyak
terpampang di iklan-iklan jawatan kosong-kosong di akhbar-akhbar utama bahasa
Inggeris. Namun apa yang saya musykilkan perkara ini tidak pernah dijadikan isu
ataupun dibincangkan. Mungkin masing-masing sibuk dengan masalah politik yang
semakin bercelaru pada hari ini. Cikgu saya suatu ketika dahulu pernah
menceritakan bahawa sekiranya orang Melayu pandai berbahasa Cina,
syarikat-syarikat kepunyaan orang Cina maka mereka akan wujudkan jawatan khas
untuk orang Melayu dalam syarikat mereka. Saya tidak pasti sama ada perkara ini
benar atau tidak.
Kadang-kadang syarikat-syarikat
Cina ini juga mengambil orang Melayu kerana mengikut kuota yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan dengan peratus tertentu. Rakan saya pernah
menceritakan bahawa beliau pernah bekerja dengan syarikat ini. Malangnya,
setelah berada dalam organisasi tersebut beliau langsung tidak mempunyai kerja
untuk dibuat. Apabila meminta kerja daripada bossnya, bossnya menjawab , “Kamu
cubalah tanya orang itu, kamu cubalah tanya orang itu.” Sehinggakan akhirnya
beliau meletak jawatan kerana tiada kerja untuk dibuat.
Apa yang saya ingin sebutkan di
sini pada kali ini ialah orang Melayu perlulah belajar Bahasa Mandarin ataupun
mungkin disebabkan oleh bangsa ini sudah menguasai ekonomi negara ini sejak
turun-temurun. Setidak-tidaknya ini adalah penting supaya memudahkan orang
Melayu untuk berurusan dengan mereka dalam jual beli dan perniagaan dan tidak
ditipu turun-temurun.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
2 comments:
Pensyarah Bahasa Inggeris Semasa Sy Belajar Di ITM Menyatakan Beliau Acapkali Mendengar Jirannya Dimaki Hamun "Muka Kamu Mcm Ubi" Dlm Mandarin; Akhirnya Dpt Menguasai Mandarin Walaupun Tidak Menjalani Pendidikan Formal Vernakular Cina.
Suatu Hari Beliau Menghantar Kereta Ke Bengkel Cina. Sy Tak Pasti Beliau Menggunakan Bahasa Melayu/Inggeris Ketika Berurusan Dgn Tauke Bengkel; Yang Pasti Bukan Mandarin.
Dia Bertanya Kpd Tauke Bengkel Knp Kereta Tak Boleh Hidup. Tauke Pun Bertanya Kpd Pekerjanya dan Berlaku Perbualan Dlm Mandarin. Tauke Pura2 Tak Tahu Masalah Tersebut Bertanya "Apa Pasat?" Pensyarah Sy Beritahu Bateri Tidak Dicas Sepenuhnya. "Aik? Mana Lu Tau??" "Tadi Pekerja Awak Beritahu Awak Begitu." Al-Kisahnya.
Saudara Tho Ha,
Terima kasih kerana berkongsi cerita.
Post a Comment