Sunday, January 6, 2013

Jadikan Bahasa Mandarin Matapelajaran Wajib di Sekolah-sekolah

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Sekiranya saya menjadi Menteri Pendidikan, saya akan mewajibkan matapelajaran Bahasa Mandarin sebagai matapelajaran wajib di sekolah-sekolah khususnya bermula sekolah rendah lagi. Sekiranya saya menjadi Menteri Besar, saya akan mewajibkan Sekolah-sekolah Menengah Kerajaan Negeri mempelajari Bahasa Mandarin walaupun saya tidak pernah mempelajari bahasa tersebut. Ini adalah kerana bangsa ini sudah menguasai ekonomi Tanah Melayu sejak zaman penjajahan British lagi.
 
Sudah semestinya bangsa yang menguasai ekonomi sesebuah negara ataupun menguasai dunia sekalipun, bangsa itu akan menjadi bangsa yang dihormati oleh bangsa-bangsa lain. Sekiranya dahulu, bahasa arab menjadi bahasa antarabangsa sehingga tahun 1924 kerana orang-orang Islam di bawah naungan Khilafah Uthmaniah merupakan kuasa besar dunia. Hari ini giliran Negara Amerika Syarikat pula yang menjadi kuasa besar dunia. Maka, mahu tidak mahu semua orang wajib mempelajari Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar Malaysia yang ingin keluar negara perlu mengambil dahulu peperiksaan khas Bahasa Inggeris dengan gred yang telah ditetapkan. Sekiranya tidak mencapai sasaran yang ditetapkan terpaksalah mengambilnya semula sehingga lulus.
 
Orang Melayu perlu belajar Bahasa Mandarin. Ini adalah untuk mengelak orang Melayu terus ditipu oleh orang Cina khususnya dalam perniagaan ataupun dalam jual beli. Memang diakui bahawa orang Melayu sering tertipu dalam urusan jual beli dengan bangsa ini. Rakan saya pernah menceritakan sewaktu beliau pergi ke kedai motorsikal bersama sepupunya yang fasih berbahasa Mandarin. Sewaktu di kedai motorsikal tersebut, rakan saya bertanyakan kepada taukeh kedai tersebut harga spare-part motorsikal yang ingin dibelinya. Lalu taukeh tersebut bertanyakan anaknya harga spare-part tersebut dalam Bahasa Cina. Kemudian, taukeh tersebut memberitahu rakan saya harga spare-part tersebut. Dalam masa yang sama sepupu rakan saya menyapa, “Anak kamu beritahu harga lain tetapi taukeh memberitahu harga lebih mahal.” Jelas cerita ini sudah menjadi bukti bahawa orang Melayu mudah ditipu dalam urusan jual beli dengan orang Cina sekiranya tidak pandai berbahasa Cina. Mungkin anda semua lebih sedia maklum mengenai cerita-cerita sebegini di tempat-tempat lain.
 
Syarat bekerja di syarikat-syarikat swasta pada hari ini meletakkan syarat bahawa seseorang itu mesti fasih berbahasa Mandarin. Dengan kata lain bahawa syarikat-syarikat swasta tersebut adalah tidak mahu mengambil orang Melayu bekerja dengan mereka. Syarat-syarat ini banyak terpampang di iklan-iklan jawatan kosong-kosong di akhbar-akhbar utama bahasa Inggeris. Namun apa yang saya musykilkan perkara ini tidak pernah dijadikan isu ataupun dibincangkan. Mungkin masing-masing sibuk dengan masalah politik yang semakin bercelaru pada hari ini. Cikgu saya suatu ketika dahulu pernah menceritakan bahawa sekiranya orang Melayu pandai berbahasa Cina, syarikat-syarikat kepunyaan orang Cina maka mereka akan wujudkan jawatan khas untuk orang Melayu dalam syarikat mereka. Saya tidak pasti sama ada perkara ini benar atau tidak.
 
Kadang-kadang syarikat-syarikat Cina ini juga mengambil orang Melayu kerana mengikut kuota yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dengan peratus tertentu. Rakan saya pernah menceritakan bahawa beliau pernah bekerja dengan syarikat ini. Malangnya, setelah berada dalam organisasi tersebut beliau langsung tidak mempunyai kerja untuk dibuat. Apabila meminta kerja daripada bossnya, bossnya menjawab , “Kamu cubalah tanya orang itu, kamu cubalah tanya orang itu.” Sehinggakan akhirnya beliau meletak jawatan kerana tiada kerja untuk dibuat.
 
Apa yang saya ingin sebutkan di sini pada kali ini ialah orang Melayu perlulah belajar Bahasa Mandarin ataupun mungkin disebabkan oleh bangsa ini sudah menguasai ekonomi negara ini sejak turun-temurun. Setidak-tidaknya ini adalah penting supaya memudahkan orang Melayu untuk berurusan dengan mereka dalam jual beli dan perniagaan dan tidak ditipu turun-temurun.
 
Sekian, terima kasih.
 
http://wankamarul701.blogspot.com

2 comments:

Tho Ha said...

Pensyarah Bahasa Inggeris Semasa Sy Belajar Di ITM Menyatakan Beliau Acapkali Mendengar Jirannya Dimaki Hamun "Muka Kamu Mcm Ubi" Dlm Mandarin; Akhirnya Dpt Menguasai Mandarin Walaupun Tidak Menjalani Pendidikan Formal Vernakular Cina.

Suatu Hari Beliau Menghantar Kereta Ke Bengkel Cina. Sy Tak Pasti Beliau Menggunakan Bahasa Melayu/Inggeris Ketika Berurusan Dgn Tauke Bengkel; Yang Pasti Bukan Mandarin.

Dia Bertanya Kpd Tauke Bengkel Knp Kereta Tak Boleh Hidup. Tauke Pun Bertanya Kpd Pekerjanya dan Berlaku Perbualan Dlm Mandarin. Tauke Pura2 Tak Tahu Masalah Tersebut Bertanya "Apa Pasat?" Pensyarah Sy Beritahu Bateri Tidak Dicas Sepenuhnya. "Aik? Mana Lu Tau??" "Tadi Pekerja Awak Beritahu Awak Begitu." Al-Kisahnya.

Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad said...

Saudara Tho Ha,

Terima kasih kerana berkongsi cerita.