Salam Kamarul.
Apabila bincang kenapa hutang negara banyak. Kamu tidak mahu tanya pembangkang
sebab pembangkang tiada pengalaman mentadbir ekonomi. Kamu mengatakan kerajaan ada
banyak pengalaman ekonomi. Kalau kerajaan tu ada banyak pengalaman, kerajaan
tidak akan mentadbir ekonomi sampai hutang banyak itu. Berikan maklumat
ketirisan ekonomi dan kesan rasuah kepada hutang negara. Sila rujuk Laporan Ketua
Audit Negara kalau dapat untuk bandingkan pentadbiran ekonomi negeri di bawah
pembangkang dan kerajaan terutama sekali dari segi nilai hutang negara. Berikan
maklumat lengkap dan dari sumber yang sahih untuk rujukan saya.
- Anonymous 11.12.2012
Wassalam. Saya
sebenarnya mendapat maklumbalas daripada artikel saya sebelum ini mengenai
kadar hutang negara yang naik sebanyak RM200 bilion dalam tempoh 4 tahun iaitu
antara tahun 2008 – 2012 (Klik di Sini). Baiklah, saya akan cuba menjawab satu
persatu daripada pertanyaan atau maklumbalas di atas:
Sebenarnya saya
tidak mengatakan bahawa pembangkang tiada pengalaman mentadbir ekonomi. Apa
yang saya katakan bahawa pembangkang tidak mempunyai pengalaman mentadbir
ekonomi negara. Ya, pembangkang tidak pernah mentadbir negara sejak merdeka
kerana pembangkang sehingga ke hari ini belum pernah memenangi pilihanraya
bukan sekadar 2/3 parlimen tetapi juga memenangi majoriti mudah di dalam parlimen.
Pakatan Rakyat yang mentadbir hari ini hakikatnya mewarisi negeri-negeri yang
kaya sejak dahulu lagi di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) contohnya
Selangor dan Pulau Pinang. Apa yang ingin saya katakan di sini ialah mentadbir
ekonomi negara adalah tidak sama mentadbir ekonomi negeri.
Seterusnya Saudara
Anonymous mengatakan bahawa kalau Kerajaan banyak pengalaman, Kerajaan tidak
akan mentadbir ekonomi sampai hutang banyak itu. Saya sudah terangkan sebelum
ini bahawa hutang negara yang banyak berjumlah RM200 bilion diperlukan sebagai
tindakbalas kepada krisis kewangan global yang melanda pada penghujung tahun
2008. Hutang ini diperlukan bagi menampung kenaikan harga makanan dan sumber
tenaga pada penghujung tahun tersebut. Sekiranya tidak disubsidikan, sudah
tentu harga barang makin melonjak naik dari yang sepatutnya. Sehingga ke hari
ini, Malaysia belum lagi diisytiharkan bangkrap seperti mana negara Greece dan
boleh membayar hutang seperti mana yang dijadualkan.
Kemudian, mengenai
maklumat ketirisan ekonomi dan kesan rasuah kepada hutang negara. Tidak
dinafikan bahawa rasuah juga memberi kesan kepada hutang negara. Apa yang boleh
dilakukan ialah mengurangkan rasuah dari semasa ke semasa. Sekiranya kita
tengok di dunia pada hari ini pun, tiada Kerajaan yang sifar daripada rasuah.
Sekiranya kita tengok kedudukan ranking Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah
(CPI) yang dilaporkan oleh badan bebas antarabangsa iaitu Transparency
International, kedudukan Malaysia adalah naik dari tangga ke-60 ke tangga ke-56 pada tahun ini berbanding tahun dahulu (2011). Ini adalah suatu usaha yang baik dalam mengurangkan
rasuah di negara ini.
Seterusnya
Saudara meminta saya membandingkan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri Pembangkang. Ini sudah tentu berat sebelah kerana Kerajaan Persekutuan
menjaga semua negeri di Malaysia manakala manakala Pembangkang menjaga negeri
yang merangkumi daerah-daerahnya sahaja. Baiklah saya memberikan sumber yang
lengkap mengenai negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang dari sumber yang
sahih untuk rujukan Saudara iaitu Laporan Ketua Audit Negara 2011. Berikut
adalah laporan yang dilaporkan oleh Laporan Audit Negara 2011:
Kelantan
1. Sehingga
bulan November 2011, Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan Kerajaan PAS
Kelantan telahpun menyerah hak milik tanah seluas 716.8 ekar secara pajakan 99
tahun yang bernilai RM318.29 juta kepada syarikat swasta tersebut tanpa melalui
prosedur yang betul.
2. Pada 8 Julai
2003, Kerajaan PAS Kelantan secara rasminya telah memeterai perjanjian dengan
syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2
bilion bagi melaksanakan projek PTSK di Lembah Sireh, Kota Bharu. Melalui
perjanjian yang dimeterai ini juga, Kerajaan PAS Kelantan perlu menyerahkan
kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat serta
balasannya, Liziz Standaco Sdn Bhd perlu memberi sumbangan dalam bentuk
kewangan dan pembangunan fizikal yang bernilai lebih RM350 juta. Menteri Besar
Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya adalah antara pemimpin negeri yang
menghadiri majlis pemeteraian perjanjian projek tersebut.
3. Hampir 10 tahun sudahpun berlalu, timbul
persoalan sama ada benar tidak wujud unsur pembaziran, rasuah ataupun
penyelewengan disebalik kelulusan projek ini? 10 tahun berlalu, tapi sebahagian
besar projek masih tak terlaksana namun tanah sudah berpindah milik. Apa sudah
terjadi? Selain itu, sehingga kini juga beberapa projek pembangunan fizikal
yang sepatutnya dilaksanakan oleh Liziz Standaco seperti sengaja tidak
dilakukan konon atas alasan kenaikan kos bahan mentah dan sebagainya, sedangkan
tanah seluas 716.8 ekar sudah menjadi hak milik syarikat swasta tersebut.
4. Projek
pembinaan masjid yang bernilai bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150
juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta yang sepatutnya sudah siap
dibina sehingga kini bayang pun tidak kelihatan, sedangkan ia adalah antara
syarat penting yang perlu dipatuhi selepas Kerajaan PAS Kelantan menyerahkan
tanah seluas 716.8 ekar itu. Hatta, syarat sumbangan kewangan RM15 juta oleh
syarikat itu untuk Tabung Skim Perumahan Kos Rendah yang sepatutnya telah
selesai dibayar pada Mac 2006, hingga kini cuma RM3 juta sahaja yang baru
diperolehi.
5. Laporan Ketua
Audit Negara 2011 menegur kelemahan kerajaan Pas Kelantan dalam projek membina
Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) biarpun diberi peruntukkan sebanyak RM19 juta di
bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Melalui peruntukan itu kerajaan
negeri merancang membina tujuh projek RAKR melibatkan 838 unit rumah. Daripada
peruntukkan tersebut sebanyak RM8.33 juta telah dibelanjakan sehingga akhir
tahun lalu tetapi projek RAKR masih tidak berjalan sepenuhnya.
Kedah
1. Laporan Ketua
Audit Negara 2011 baru-baru ini mendedahkan kerajaan PAS Kedah dikesan membuat
pembayaran sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar
dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan
tujuh perumahan awam kos rendah sepanjang 2010 hingga 2011.
2. Namun, apa
yang lebih mengejutkan dari laporan audit Kedah ialah apabila terdedahnya
bagaimana Kerajaan PAS Kedah telah membayar RM2.55 juta kepada 5 kontraktor
yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan projek
Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat
simpang Kuala, Flat tongakng Yard dan Taman Kota Nelayan.
2. Kegagalan
pelaksanaan beberapa projek utama oleh anak syarikat dibawah Perbadanan Menteri
Besar Kedah (PMBKed) merupakan salah satu punca kerajaan negeri mencatat
kerugian. Projek-projek seperti pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea,
Projek 99 East di Lankawi serta projek udang kerpan, tanaman getah dan kelapa
sawit semuanya mencatatkan kerugian dengan nota audit yang menyatakan kelemahan
dari segi perlaksanaan, perjanjian dan pemantauan.
Pulau Pinang
1. Laporan Audit
2011 yang menunjukkan penurunan hutang negeri tersebut antara 94 – 97%. Penurunan
hutang ini dibantu kerajaan pusat melalui pengambilalihan pinjaman Projek
Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air
Berhad (PAAB) – organisasi dibawah Suruhajaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
2. Tiga anak
syarikat kerajaan negeri di bawah Perbadanan Pulau Pinang iaitu Penang Global
Tourism Sdn. Bhd. (PGTSB), PDC Nusabina Sdn. Bhd. (PDCN) dan PDC Homes Sdn.
Bhd. (PDCH) didapati telah mencatat kerugian sebelum cukai pada tahun kewangan
2008 hingga 2010. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati, kerugian terkumpul
sehingga 2010 bagi ketiga-tiga syarikat itu berjumlah lebih RM6.8 juta iaitu
masing-masing RM1.09 juta, RM5.16 juta dan RM583,035.
3. Sejumlah
RM33.36 juta Akaun Amanah Perumahan Bumiputera telah tidak dibelanja. Jumlah
ini adalah bersamaan dengan peningkatan 58% dari tahun sebelumnya iaitu RM21.11
juta.
4. Beberapa
projek yang dibina juga, terbukti hanya membazirkan wang rakyat kerana tidak
dapat digunakan sehingga kini. Antaranya Kompleks Makanan Mutiara Height di
Jelutung dan Kompleks Makanan Gold Coast yang terletak di Bayan Baru yang bukan
setakat terbiar begitu sahaja, bahkan kerana kurangnya aktiviti pemantauan
keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan, telah menyebabkan banyak kemudahan
asas yang disediakan di kompleks ini telah hilang atau dirosakkan.
Selangor
1. Laporan Audit
Ketua Negara mendapati Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) yang
mengendalikan Universiti Selangor (Unisel) mengalami kerugian sebelum cukai
sebanyak 198.1 peratus kepada RM37.63 juta berbanding RM12.62 juta pada tahun
2009.
2. Bagi Skim
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Kerajaan Neeri hanya meluluskan 19.4%
daripada 313,706 anak kelahiran Selangor dari tahun 2008 hingga 2011 untuk
mendapat faedah TAWAS.
3. Laporan Ketua
Audit Negara turut merekodkan bahawa kerajaan persekutuan memberikan RM375.9
juta kepada kerajaan Selangor bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri
sepanjang 16,013 kilometer, tetapi kerajaan negeri didakwa hanya membelanjakan
RM218.15 juta sahaja iaitu 58.1 peratus dari keseluruhan peruntukan.
4. Menteri Besar
Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan bahawa memberikan tanah seluas 18.51 ekar di
Klang, milik Yayasan Selangor kepada Exco Selangor, Elizabeth Wong, untuk
dibina pusat kebudayaan Cina Selangor.
Dapat kita lihat
bahawa Negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang mempunyai kelemahan dan
ketirisannya tersendiri jika ingin dibandingkan dengan Kerajaan Persekutuan.
Kita sering melihat bahawa Kerajaan pada hari ini terlalu teruk dengan isu-isu
tertentu khususnya rasuah seolah-olah pembangkang langsung tidak mempunyai
kelemahannya. Semoga Laporan Ketua Audit Negara 2011 ini boleh menjadi rujukan
kepada Saudara Anonymous.
Sekian, terima
kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com