Melakukan kesilapan kecil itu
memalukan. Sekiranya kita melakukan kerja dengan ada satu sahaja kesilapan,
maka kerja yang dibuat oleh kita itu adalah tidak berkualiti. Kita sudah tentu
biasa mendengar pepatah yang mengatakan bahawa sekiranya 10 kebaikan yang kita
buat dan ada 1 keburukan yang kita buat, maka orang akan melihat keburukan yang
kita buat dan bukannya memandang kebaikan yang kita lakukan. Begitulah
sebaliknya.
Biasanya sesuatu perniagaan tidak
kira sama ada perniagaan menjual produk ataupun menyediakan perkhidmatan yang
disediakan oleh orang melayu berbanding bangsa asing yang lain mempunyai
kelainan yang tersendiri. Sekiranya orang melihat kedai melayu, sudah tentu ada
orang yang teragak-agak adakah mereka ini akan membeli kedai melayu? Mengapa?
Sudah tentu kerana perkhidmatan atau servis yang disediakan oleh orang melayu
kebiasaannya tidak berkualiti melainkan ia merupakan kedai makan. Berbanding
dengan kedai cina, walaupun bangsa ini terkenal dengan amalan penipuan dalam
perniagaan, kebanyakan orang terutamanya orang melayu itu sendiri pun akan
membeli di kedai-kedai mereka. Ini adalah kerana perkhidmatan yang disediakan
di kedai-kedai cina adalah lebih berkualiti.
Saya masih teringat lagi ketika
belajar di matrikulasi suatu ketika dahulu di mana kebanyakan buku-buku rujukan
ditulis oleh guru-guru melayu. Namun begitu, amat menyedihkan sekali apabila
melihat buku teks matematik kerana ada juga kesilapan-kesilapan kecil dalam
membuat pengiraan sehinggakan ada rakan saya mengatakan bagaimana ingin
membantu perniagaan melayu kerana buku rujukan matematik pun boleh melakukan
kesilapan dalam pengiraan. Namun begitu, terdapat juga buku-buku rujukan
Matematik Tambahan yang ditulis oleh guru-guru cina yang mempunyai kesilapan
dalam membuat pengiraan. Saya juga kadang-kadang melakukan latihan Matematik
Tambahan apabila kelapangan untuk refresh
balik pembelajaran ilmu Matematik Tambahan saya dan saya dapati ada kesilapan buku yang
ditulis oleh guru-guru cina ini. Saya boleh tunjukkan kepada anda.
Saya juga kerap memerhatikan
kesilapan ejaan apabila membaca sesebuah buku. Ini adalah untuk menilai kualiti
bagi sesebuah buku. Kebiasaannya, buku-buku yang saya baca tiada yang tidak
melakukan kesilapan dan ada sahaja ejaan-ejaan yang salah. Ini membuktikan
bahawa editor buku terbabit tidak menyemak buku tersebut betul-betul sebelum ia
diterbitkan. Saya berharap agar mana-mana editor menyunting sesebuah buku
dengan rapi sebelum ia diterbitkan dan dijual kepada orang ramai. Sungguh
memalukan sekiranya banyak ejaan yang salah serta susunan ayat yang tidak
berapa tepat terdapat dalam sesebuah buku.
Dalam urusan kerja saya, saya
bertanggungjawab untuk membuat bonus bagi setiap kakitangan. Sudah tentu ia
amat memeningkan kerana saya terpaksa mengira pencapaian semua kakitangan bagi
seluruh Malaysia. Saya tidak boleh melakukan kesilapan kerana sekiranya saya
melakukan kesilapan sudah tentu ia akan memalukan saya. Saya terpaksa memeriksa
satu demi satu nombor, pencapaian dan butiran kakitangan supaya tidak silap.
Saya berpuas hati apabila ada rakan saya mengatakan saya tidak pernah membuat
kesilapan dalam mengira bonus untuk kakitangan.
Apa yang penting ialah kita perlu
memastikan segala urusan kerja itu bebas dari kesilapan kerana itu adalah tahap
kualiti kerja kita yang lakukan. Memang benar bahawa setiap manusia tidak bebas
dari melakukan kesilapan. Namun begitu, kerja kita perlulah disemak
berulang-kali agar ia betul-betul tiada kesilapan. Apabila kita membuat kerja
kita dengan penuh kualiti, orang sekeliling kita akan menghormati dan memberi
pandangan imej yang baik kepada kita.
Sekian, terima kasih.
3 comments:
Sy dipertanggungjawabkan (skrg tidak lagi) utk memastikan penyata imbangan penyelia dan penyata imbangan teller adalah seimbang dgn dua lagi data yg digenerate setiap hari bagi 17 cawangan bank termasuk mesin-mesin ATM. Semuanya mestilah seimbang kecuali bank di Taiping sejak dulu yg lari 40sen. Setiap mesin-mesin ATM ada kod yg tersendiri. Salah satu bank cawangan tersilap menekan kod mesin ATM. Sy telefon bank berkenaan dan bertanyakan hal tersebut. Penyelia bank berkenaan bermatian-matian menyatakan bahawa akaun bank cawangan tersebut adalah adalah seperti yg dihantar yg ternyata berbeza dgn data yg digenerate setiap hari. Sy tanya kenapa kodnya berbeza. Sy dapat mendengar dgn jelas dalam telefon tersebut penyelia tersebut menarik nafas lega kerana menyedari kekhilafannya.
Tuan Tho Ha: Terima kasih kerana anda sentiasa berkongsi cerita di blog ini dari semasa ke semasa.
Kesilapan jugak boleh mematangkan fikiran
Post a Comment