Perumpamaan orang yang berilmu dan tidak
berilmu ialah seperti tin kosong dan tin yang berisi. Tin kosong apabila
diketuk akan mengeluarkan bunyi yang lebih kuat berbanding tin yang berisi.
Benar bukan? Kenapa? Ini kerana tin kosong tidak mempunyai isi dan hanya
mengeluarkan bunyinya sahaja kerana tiada isi. Begitulah dengan tin yang
berisi, mungkin dia tidak berbunyi atau tidak sekuat berbunyi seperti tin
kosong apabila diketuk. Ini kerana ia mempunyai isi yang padat dan tidak dapat
mengeluarkan bunyi yang kuat apabila diketuk seperti tin sardin.
Begitulah perumpamaan orang yang
berilmu. Orang berilmu ibarat resmi padi. Semakin berisi semakin tunduk dan
tidak berdentum-dentum apabila bercakap seolah-olah dia ini lebih bagus ataupun
sentiasa betul daripada orang lain. Begitulah perumpaan kata Imam as-Syafie
iaitu, “Semakin aku belajar, semakin terserlah kejahilanku.”
Apa yang saya ingin maksudkan di sini
adalah sikap sebahagian daripada rakan sosial saya di Facebook. Memang benar,
saya suka mengepos mengenai politik. Tetapi ada yang tetamu tidak diundang suka
mengepos mesej saya di dinding akaun saya. Apabila berhujah mereka selalunya
gagal menjawab soalan yang ditanya dan biasanya mereka menjawab, “Sila rujuk buku
Tok Guru.” Saya kekadang malas melayan karenah-karenah yang dangkal ini.
Kekadang saya terpaksa membuat semula post saya kerana tidak mahu mengaibkan
sesiapa apabila mereka ini kalah di dalam berhujah.
Ada yang menyuruh saya membaca mengenai ‘tahalluf
siasi’ dan suruh bertanya apabila terdapat kekeliruan. Apabila saya membaca dan
bertanya semula mereka ini gagal menjawab dan memberi jawapan, “Sila baca buku
Tok Guru.” walhal mereka ini yang suruh saya membaca dan bertanya apabila tidak faham . Saya merasa
sinis dengan mereka ini dan mendakwa mereka ini merupakan ahli Usrah PAS namun
gagal menjawab soalan yang dilontarkan. Seolah-olah mereka sahaja yang mengikut
gerakan Islam di tanah air ini. Sedarlah saudara bahawa kita ini bukannya
pandai sangat cuma hanya berlagak pandai.
Saya berasa kelakar juga dengan sikap
ini dengan berdentum-dentum mengutuk kerajaan di dinding (wall) Facebook
contohnya kerajaan rasuah, tidak demokratik dan sebagainya. Tetapi apabila
ditanya mengenai sesuatu isu mereka akan terus menjawab, “Sila rujuk buku Tok
Guru.” Sebab itu, saya mengibaratkan mereka seperti tin kosong yang hanya
pandai mengeluarkan bunyi yang kuat dan lunak sahaja.
Bak kata Tun Dr. Mahathir, “ Tepuk
dulang paku sepih, Mengata orang awak yang lebih.”
Sekian, terima kasih.
2 comments:
Kenapa ni wan kamarul? Maafkan lah dia, bukan bermaksud dia tak berilmu, cuma mungkin dia Malas nak layan, atau Ada Hal ke? Rasanya entri ni macam nak membalas dendam. Kan bagus kalau kita berbaik sangka. Biarlah politik tu ini, yang penting kita tak putus kawan. Lainlah kalo kawan ajak buat dosa ke kan, maafkan lah :)
Betul komen Encik Wan Kamarul tu. Saya pun banyak kali lalui pengalaman yang sama. Demi surah al-asr lebih baik bersangka baik kepada Allah swt dari bersangka baik kepada manusia-manusia yang bodoh sombong.
Post a Comment