Sultan Muhammad al-Fateh telah memanggil semua bala tenteranya apabila baginda ingin memilih imam Masjid Agia Sophia setelah berjaya menakluki Kota Konstatinaple daripada tentera Rom. Beliau bertanya soalan dan meminta agar semua duduk sekiranya pernah meninggalkan solat yang ditanya. Soalan pertama yang ditanya," Siapakah yang tidak pernah meninggalkan Solat Fardhu sejak baligh?" Didapati tiada seorang pun duduk kerana tidak pernah meninggalkan Solat Fardu. Seterusnya baginda bertanya," Siapakah tidak pernah meninggalkan Solat Rawatib sejak baligh?" Didapati separuh daripada tenteranya duduk. Dan soalah terakhir yang ditanya, "Siapakah yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh?" Didapati Baginda sahaja yang berdiri dan kesemua tenteranya duduk. Inilah sebaik-baik pemimpin yang digelar oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu:
"Sebaik-baik penakluk dan tentera penakluk ialah mereka yang dapat membuka Kota Konstatinaple"
Gereja Agia Sofia yang dijadikan Masjid oleh al-Fateh.
Itulah sikap sebaik-baik pemimpin yang disebut-sebut oleh Nabi Muhammad S.A.W. Saya yakin jika ditanya soalan pertama kepada kita semua pada zaman sekarang, saya pasti semua di antara kita akan duduk. Namun begitu, saya bukanlah ingin melontarkan soalan Sultan Muhammad al-Fateh kepada anda semua kerana saya bukanlah manusia sehebat beliau. Saya juga bukan pemuja al-Fateh sehingga 'perasan' menjadi seperti al-Fateh. Perkara yang ingin saya lontarkan di sini adalah sikap Sultan itu sendiri yang mewajibkan amalan Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud ke atas diri kita sendiri. Apa yang saya ingin sebut di sini ialah amalan solat sunat lain yang perlu kita amalkan. Solat sunat yang maksudkan ini ialah Solat Dhuha. Wajibkan diri kita untuk melaksanakan solat tersebut setiap hari dan setiap pagi kerana solat ini solat yang dapat memperluaskan pintu rezeki kita semua.
Bagaimanakah Solat ini dapat memperluaskan pintu rezeki kita?
Rezeki di alam ini adalah ibarat 'isyarat pemancar'. Andaikan kita mempunyai telefon bimbit. Cuba bayangkan sekiranya telefon bimbit itu semakin jauh dari pemancar tersebut. Ya, isyarat telefon bimbit tersebut akan menjadi semakin lemah sekiranya ia semakin jauh daripada pemancar tersebut bukan? Sekiranya kita inginkan isyarat yang kuat untuk telefon bimbit kita, kita hendaklah semakin dekat dengan isyarat pemancar tersebut. Begitulah perumpamaan antara seorang Hamba dan Penciptanya. Jika ia semakin dekat dengan Penciptanya, maka semakin dipermudahkan rezeki untuknya. Antara cara untuk mendekatkan antara dan Penciptanya adalah melalui Solat Dhuha.
Antara fadhilat dan kekuatan spiritual Solat Dhuha adalah seperti berikut:
a. Dapat menghindarkan diri daripada kemiskinan.
b. Dapat mengubah kesusahan menjadi kesenangan dalam mencari rezeki.
c. Allah membina istana di syurga
d. Allah menghapuskan segala dosa
e. Allah mencukupkan segala keperluan
f. Allah memberikan pintu khusus untuk masuk syurga
Doa Solat Dhuha
Usahawan-usahawan Islam yang sejati tidak akan meninggalkan Solat Dhuha ini kerana ia adalah pintu rezeki. Contohnya Faiza Bawumi yang merupakan pemilik Syarikat Faiza yang terkenal dengan beras Faiza sering melaksanakan Solat Dhuha, Solat Tahajud dan membaca Surah al-Waqiah dalam menjalani kehidupan beliau untuk mendapat keberkatan dan kemurahan rezeki. Malah, beliau bercita-cita untuk menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini!
Rakan saya pernah menceritakan kepada saya mengenai emak saudaranya yang sekarang ini sudah bersara dan tidak lagi bekerja dan sentiasa mengamalkan Solat Dhuha setiap hari. Beliau menceritakan emak saudaranya itu tidak pernah putus rezeki dalam menjalani kehidupan beliau setiap hari. Bagitulah mustajabnya solat Dhuha sekiranya kita lakukan secara berterusan setiap hari.
Anda bagaimana? Jika sudah mengamalkan Solat Dhuha setiap hari sekarang, teruskan amalan anda itu. Sekiranya belum, bermualalah sekarang. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki oleh-Nya.Insya-Allah.
Sekian, terima kasih.
Rujukan
1. Magnet Rezeki Dengan Solat Dhuha,Muhammad Mokhtar,2009, PTS Millenia.
2. Kuasa Kepemimpinan al-Fateh, Muhammad Syaari Abdul Rahman, 2011, PTS Millenia.
3. http://bliblah.com/tag/beras-faiza/
No comments:
Post a Comment