Monday, November 24, 2025

3 Jenis Hukum Menipu Menurut Ustaz Azhar Idrus.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, terdapat 3 jenis hukum menipu iaitu;

i. Haram dan berdosa besar - Hukum ini adalah apabila membuat tuduhan palsu dan memudaratkan orang lain seperti menjadi saksi palsu untuk mendakwa orang dan sebagainya.

ii. Berdosa kecil - Menyebabkan mudarat kecil kepada orang seperti untuk berjanji berjumpa dengan orang pada pukul sekian-sekian sedangkan dia sendiri tidak bertemu dengan orang tersebut dan menyebabkan orang tersebut tertunggu-tunggu.

iii. Makruh - Menipu jenis adalah tidak menimbulkan mudarat orang ramai. Contohnya, seseorang itu menceritakan dia mempunyai rumah agam yang besar bernilai RM2 juta walhal dia sendiri tidak memiliki rumah tersebut.

Wallahua'lam.