Wednesday, February 26, 2025

Untuk Podcaster-Podcaster yang Menjemput Tun Dr. Mahathir sebagai Tetamu Jemputan

 


Pada masa sekarang banyak podcast disiarkan di Youtube dengan pihak penganjur menjemput tetamu-tetamu undangan mereka dan tidak kurang juga yang menjemput tetamu bertaraf VVIP untuk meminta pandangan mereka berkenaan dengan sesuatu isu semasa, berkongsi pandangan mengenai kepakaran atau minat mereka dan sebagainya. Namun, apa yang saya berasa skeptikal apabila pihak penganjur menjemput negarawan negara kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam siaran podcast mereka.

Apabila melihat podcast-podcast yang baru disiarkan dalam Youtube dengan tetamu undangan ialah Tun Dr. Mahathir Mohammad, saya berasa skeptikal dalam siaran podcast ini kerana soalan-soalan yang ditujukan kepada Tun Dr. Mahathir adalah isu-isu lama atau basi yang sudah biasa kita dengar.

Soalan-soalan yang biasa ditanya oleh podcaster-podcaster ialah penyelesaian ekonomi oleh beliau ketika kegawatan ekonomi Asia 1997/98 dan langkah-langkah kawalan modal yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan masalah ekonomi negara, hubungan Tun Dr. Mahathir dengan Tun Daim Zainuddin, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pandang ke Timur, dan boleh dikatakan semua soalan ini telah diceritakan oleh Tun Dr. Mahathir dalam buku memoir beliau yang bertajuk Doktor Umum.

Untuk podcaster-podcaster yang berada di luar sana jika ingin menjemput Tun Dr. Mahathir sebagai tetamu undangan mereka, cubalah tanya soalan-soalan kepada beliau mengenai isu-isu yang masih belum didengar ataupun tidak diketahui oleh penonton bagi mengetahui pandangan daripada beliau yang masih belum didengar. Para penonton memang mengalu-alukan para podcaster untuk membuat siaran bersama Tun Dr. Mahathir tetapi janganlah semata-mata menjemput negarawan ini sekadar untuk menaikkan bilangan subscriber untuk channel mereka dengan bertanyakan soalan-soalan yang orang awam sudah tahu dan maklum mengenai negarawan ini.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Saturday, February 15, 2025

Apa-Apa pun Solat Berjemaah di Awal Waktu Merupakan Tulang Belakang Utama untuk Kita Murah Rezeki

 


Zaman sekarang merupakan zaman media sosial. Segala apa yang baik dan buruk itu segala-galanya dikongsi dalam media sosial pada zaman sekarang.

Dari satu sudut yang lain, ada pengguna-pengguna media sosial berkongsi mengenai amalan-amalan murah rezeki yang kadang-kadang kita tidak biasa dengarnya sebelum ini. Antaranya ialah membaca Surah al-Kauthar 1,000 kali sehari setiap hari, membaca selawat jibril antara 1,000 – 3,000 kali sehari, dan sebagainya.

Saya tidak nafikan amalan-amalan murah rezeki yang dianjurkan oleh agama. Akan tetapi, amalan murah rezeki yang paling utama bagi kita ialah menunaikan solat berjemaah. Saya tertarik dengan buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ tulisan Ustaz Fathuri Salehuddin yang berkongsi tip untuk kita murah rezeki. Antara poin utama dalam buku ini untuk kita murah rezeki ialah menunaikan solat berjemaah di awal waktu selain daripada berkongsi dengan tip-tip lain seperti bersedekah, mengamalkan solat sunat tasbih, dan sebagainya.

Beliau menceritakan pengalamannya yang hanya bekerja di peringkat bawahan pada mulanya. Setelah dia menjaga solat 5 waktu secara berjemaah pada setiap hari, akhirnya dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus dengan mendapat elaun minyak percuma.

Pengalaman peribadi saya sendiri merasakan apabila kita menjaga solat 5 waktu setiap hari secara berjemaah, ianya akan memberi aura tersendiri dalam kehidupan kita. Sudah tentu Allah s.w.t. yang memberi aura tersebut kepada kita. Apabila kita  menunaikan solat berjemaah di masjid, sudah tentu kita membawa pulang rahmat dari masjid ataupun rumah Allah s.w.t. pulang ke rumah kita.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Sunday, February 9, 2025

Rahsia Mempunyai Anak yang Ramai Walaupun Menghidapi Penyakit Jantung Berlubang

 


Ada seorang jiran di kampung saya yang merupakan seorang wanita. Mulanya, pada awal perkahwinan dia, dia dinasihatkan oleh doktor supaya tidak bersalin ataupun melahirkan anak kerana dia menghidapi masalah penyakit jantung berlubang. Lalu dia bertanya dirinya, “Apakah hikmah perkahwinan jika dia berkahwin tetapi tidak melahirkan anak?”

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t., dia dikurniakan dengan 5 orang anak selepas itu. Namun, apakah rahsianya masih boleh melahirkan 5 orang anak walaupun menghadapi masalah jantung berlubang? Rahsianya ialah dia sentiasa membaca al-Quran. Setiap kali selepas menunaikan solat fardhu, dia akan membaca 1 – 2 juzuk al-Quran. Kiranya dalam sebulan, dia akan berjaya mengkhatamkan al-Quran sebanyak 3 – 4 kali! Hebat bukan? Oleh itu, tidak hairanlah dia masih boleh melahirkan anak dan dikurniakan umur yang panjang walaupun menghidapi penyakit jantung berlubang.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Thursday, February 6, 2025

Ingatkan Panas Hingga ke Petang, Rupa-Rupanya di Kencing pada Waktu Tengahari!

 


Tempoh genjatan senjata antara pejuang Hamas dan Israel baru-baru ini yang dijangkakan berlangsung selama 52 hari rupa-rupanya hujan di tengah siang. Genjatan senjata yang dimeterai antara pejuang Hamas dan Israel baru-baru ini sudah tentu disebabkan pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Pembebasan tebusan-tebusan Israel oleh Hamas dalam keadaan selamat dan siap diberikan cenderahati oleh pejuang pembebasan Palestin ini atas nama genjatan senjata rupa-rupanya telah dikencing oleh Donald Trump dan Benjamin Nentanyahu. Terbaru Donald Trump mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan mengambil Semenanjung Gaza dan melaksanakan usaha pembangunan semula Gaza serta tentera Amerika Syarikat akan ditempatkan di sini sejurus pertemuannya dengan Benjamin Nentanyahu.

Sudah tentu keadaan ini mencetuskan kemarahan umat Islam. Di manakah maruah penduduk Gaza khususnya dan umat Islam amnya apabila kenyataaan ini dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat? Menurut Trump lagi, negara-negara umat Islam yang lain perlu menerima pelarian penduduk Gaza nanti apabila usaha ‘ethnic cleansing’ akan dibuat nanti. Seolah-olah penduduk Gaza ini tiada nilai apabila diminta untuk meninggalkan tanah air mereka nanti.

Sebab itu saya berasa pelik bantuan-bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk secara beramai-ramai untuk membantu penduduk Gaza tanpa ada sekatan oleh penduduk Israel setelah perjanjian genjatan senjata ditemeterai. Jika sebelum ini, penduduk Israel bersifat kebinatangan apabila merosakkan makanan yang dibawa masuk oleh trak-trak bantuan kemanusiaan untuk membantu penduduk Gaza. Rupa-rupanya ada niat tersembunyi oleh negara-negara musuh Islam ini membiarkan sahaja bantuan-bantuan ini masuk ke Gaza terlebih dahulu.

Sudah tentu walaupun kenyataan Trump ini bersifat retorik dan sekiranya ianya benar-benar berhasrat untuk menghalau penduduk Gaza, sudah tentu pejuang-pejuang Palestin khususnya Hamas akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan tanah air mereka selepas ini. Tidak perlulah kita mengadakan genjatan senjata dengan Israel ataupun apa-apa perjanjian sekalipun. Ada baik kita renungi ayat al-Quran berikut;

Sekali-kali tidak akan REDHA orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikuti jalan-jalan hidup mereka. al-Baqarah, 120.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Saturday, February 1, 2025

Berapakah Komisen Menjadi Agen Hartanah?

 


Sudah tentu kita akan tertanya-tanya, berapakah komisen menjadi agen hartanah? Sememangnya menjual itu mendatangkan pendapatan yang lumayan. Berikut adalah bacaan rambang saya komisen yang diperolehi untuk rumah yang dapat dijual;

Rumah berharga RM200,000 – Komisen RM6,000.

Rumah berharga RM300,000 – Komisen RM9,000.

Rumah berharga RM400,000 – Komisen RM12,000.

Rumah berharga RM500,000 – Komisen RM15,000.

Rumah berharga RM600,000 – Komisen RM18,000.

Rumah berharga RM1 juta     - Komisen RM30,000.

Banyak tu! Akan tetapi, menjual itu memang susah. Kalau benda ini senang ramailah orang yang menjadi agen hartanah untuk menjual rumah. Sekali dapat, memang berbaloi-baloi makan komisen! Anda ada berani untuk menceburi bidang hartanah?

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com