Otak
kiri dan otak kanan sebenarnya memainkan peranan penting dalam kita membuat
keputusan.
Saya
cuba ringkaskan di sini bahawa otak kiri lebih kepada matematik dan otak kanan
lebih kepada sastera. Atau dengan bahasa lebih mudah otak kiri berfungsi ‘true’
dan ‘false’ manakala otak kanan penting dalam membuat pertimbangan.
Saya
bagi contoh macam ini. Seorang Pengarah GLC dihukum penjara lima tahun kerana
didakwa atas kesalahan rasuah. Tetapi, akan pertimbangan pihak hakim, hukuman
penjara selama lima tahun ini dikurangkan kepada tiga tahun atas sebab
kesihatan.
Jika
kita melihat dalam contoh ini, pengarah ini adalah benar melakukan kesalahan.
Melalui undang-undang, ia dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Ketika ini,
konsep ‘true’ dan ‘false’ adalah sedang berjalan. Akan tetapi, pertimbangan
atas faktor kesihatan menyebabkan hukuman 5 tahun dikurangkan kepada 3 tahun.
Dapatkah anda lihat peranan otak kiri dan otak kanan di sini?
Konteks
ini adalah amat berguna bagi dalam menjalani dalam kehidupan seharian khususnya
di tempat kerja. Contohnya, ada seorang si A yang datang meminta anda membuat
sesuatu. Kemudian, datang pula si B yang meminta anda membuat kerja lain tetapi
harus diselesaikan dengan segera. Jika anda ikut giliran, sudah tentu kerja
yang diminta oleh si A ini perlu disiapkan terlebih dahulu. Oleh kerana si B
yang datang lewat tetapi hendak segera tugasan tersebut, maka atas faktor
pertimbangan, tugasan si B perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Pokoknya,
jika anda terlalu mengikut otak kiri anda dalam melakukan urusan kerja, anda
tidak akan disukai ramai dan mungkin anda tidak popular di tempat kerja anda
kerana terlalu mengikut peraturan. Dengan pertimbangan, anda akan mudah memberi
kerjasama dengan semua pihak dan semua pihak akan menghormati anda.
Wallhua’lam.
No comments:
Post a Comment