Sunday, December 31, 2017

PRU 14

Kemasukan Tun Dr. Mahathir dalam pakatan pembangkang menyebabkan pengundi berusia 50-an ke atas akan swing daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan. Barisan Nasional akan kehilangan undi daripada golongan warga emas yang menjadi penyelamat mereka sebelum ini walaupun tidak mendapat majoriti 2/3 parlimen. Pengundi-pengundi generasi Y memang menjadi pengundi setia pembangkang.

Jika strategi dan pemainan pembangkang pada kali ini adalah betul, maka kerusi parlimen akan memihak 55 kepada pembangkang dan 45 kepada kerajaan (55 : 45) dan pembangkang sekurang-kurangnya akan dapat menawan empat buah negeri pada kali ini berdasarkan situasi semasa.

Sunday, December 24, 2017

Berlakunya Masalah Sosial di Kalangan Kaum India

Semua orang maklum bahawa kemasukan kaum India secara beramai-ramai giat dilaksanakan ketika zaman kolonial British di Tanah Melayu. Kemasukan kaum India ini adalah dibawa masuk melalui suatu sistem yang dikenali sebagai 'indenture'.

Melalui sistem ini, kaum India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu harus bekerja dengan seseorang majikan di sebuah ladang. Mereka harus bekerja secara kontrak dengan tempoh tertentu antara 2 hingga 3 tahun dengan seseorang majikan bagi menebus kos pengangkutan mereka untuk dibawa masuk ke Tanah Melayu. Namun begitu, mereka masih menerima upah apabila bekerja di ladang-ladang dengan jumlah yang kecil.

Berlainan dengan orang-orang Jawa yang dibawa masuk ke Tanah Melayu. Terdapat 2 sistem bagi orang-orang Jawa ini untuk dibawa masuk iaitu sistem Syeikhul Haji dan hamba penebusan. Melalui sistem Syeikhul Haji, orang-orang Jawa ini terlebih dahulu akan dihantar ke Mekah untuk menunaikan haji yang akan dibayar oleh seorang majikan. Sekembalinya mereka pulang, mereka perlu bekerja di Tanah Melayu dengan tempoh tertentu bagi menebus semula kos pembayaran menunaikan haji ini. Manakala sistem hamba penebusan ialah seseorang yang tidak mampu membayar hutang dan perlu bekerja di Tanah Melayu sehingga tempoh tertentu sehinggalah hutangnya habis dilunaskan.

Berbalik kepada kaum India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu ini. Apabila mereka dibawa masuk bekerja diladang-ladang di Tanah Melayu, kemudahan mereka di ladang-ladang ini dilengkapi 3 keperluan utama yang dikenali sebagai 3T iaitu Temple (Kuil), Toddy (Todi), dan Tamil School (Sekolah Tamil).

Apabila negara ini mula berkembang untuk maju dan pesat, secara tidak langsung ini menyebabkan ladang-ladang ini dibuka untuk tujuan pembangunan dan menghapuskan keperluan-keperluan asas kaum India ini. Maka sebab itu, timbul masalah sosial di kalangan masyarakat kaum India apabila mereka berpindah atau dipindahkan ke tempat lain apabila mereka tidak mendapat 3 keperluan asas masyarakat mereka ini. Oleh sebab itu, tidak hairanlah bahawa walaupun jumlah penduduk India di negara ini adalah sekitar 2 juta orang, maka peratus masalah sosial di kalangan kaum ini adalah paling tinggi di dalam negara ini

Pembangunan negara dalam sesebuah masyarakat majmuk haruslah melihat keperluan nilai budaya bagi sesuatu masyarakat bagi mengelak berlakunya masalah sosial dan masalah-masalah lain di belakang hari.

Wallhua'lam.

Tuesday, December 5, 2017

Cuit-Cuit

 
A view of Petronas Twin Towers and the surrounding central business district in Kuala Lumpur, a testament of the Malaysian phenomenal economic evolution under Mahathir's 22-year rule. - Wikipedia.

Saturday, November 18, 2017

PRU : Taktik Halus Pengundi Cina

Orang cina sememangnya terkenal dengan cara membuat kerja halus khususnya dalam perniagaan.

Dalam pilihanraya umum, mereka juga membuat taktik halus untuk memastikan orang-orang mereka boleh menang dalam pilihanraya. Contohnya ialah memindahkan pengundi-pengundi bangsa mereka ke tempat lain dan seterusnya mengundi calon-calon mereka supaya bangsa mereka menang.

Ini yang terjadi di Gelang Patah apabila Lim Kit Siang berjaya menumpaskan Abdul Ghani Othman di parlimen ini. Sebenarnya, kawasan ini didominasi oleh orang-orang melayu. Tetapi, taktik orang cina ialah mereka beramai-ramai mendaftar sebagai pemilih di sini. Akibatnya, Abdul Ghani Othman kalah dan Lim Kit Siang menang. Sebenarnya, cara ini tidak salah dari sudut perlembagaan.

Nisbah Penggunaan Wang RM10 oleh Pelajar Universiti

Mengikut statistik Bank Negara Malaysia, setiap RM10 wang perbelanjaan oleh pelajar-pelajar universiti di Malaysia, RM7 adalah digunakan untuk handphone semata-mata untuk online. Manakala 18 sen sahaja untuk dibelanjakan untuk pembelajaran. Jangan terkejut bahawa mereka sanggup berlapar semata-mata untuk handphone.

Wednesday, November 15, 2017

Graduan Jadi Pemandu Teksi Sudah Wujud pada Tahun 1980-an lagi

Keruncingan ekonomi negara sekarang adalah amat membimbangkan sehinggakan kenaikan harga barang kadang-kadang akan menghakis wang simpanan kita tatkala duit gaji bulanan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian.
 
Pada zaman sekarang graduan-graduan lulusan universiti menjadi pemandu teksi Grab dan Uber menjadi isu besar pada hari ini di mana menunjukkan kegagalan sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat mewujudkan peluang ekonomi yang makmur dan kondusif kepada rakyatnya akibat kepincangan pemimpin-pemimpin negara yang haloba merompak duit negara.

Bagaimana graduan-graduan lulusan universiti ini ingin membayar hutang RM30,000 kepada kerajaan apabila pihak PTPTN menagih hutang walaupun kerja masih belum diperolehi? Suka tidak suka graduan ini terpaksa menjadi pemandu teksi.

Graduan bukan bumiputera sebenarnya mendapat peluang yang lebih baik berbanding dengan graduan bumiputera. Perkara ini disebabkan graduan bukan bumiputera mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik di mana gaji yang ditawarkan adalah lebih tinggi daripada peluang pekerjaan untuk graduan bumiputera. Adakah anda perasan bahawa sesetengah peluang pekerjaan kosong ada meletakkan pemohon-pemohon perlu fasih berbahasa cina sebagai syarat untuk memohon pekerjaan?

Jika trend ini terus berlaku, graduan bukan bumiputera terus mempunyai peluang untuk mengumpul harta yang lebih dari graduan bumiputera. Sampai bila kek ekonomi untuk bumiputera akan terus berkembang jika keadaan ini terus berlaku?

Sebenarnya, graduan-graduan menjadi pemandu teksi sejak 1980-an lagi akibat kebejatan ekonomi yang berlaku ketika itu. Jika sekarang rakyat Malaysia dimomok dengan isu-isu 1MDB maka pada pertengahan tahun 1980-an negara dimomok oleh skandal Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), Mamico, dan sebagainya.

Apakah yang membeza zaman dahulu dan sekarang? Skrip atau jalan ceritanya sama sahaja dan yang berbeza adalah watak-wataknya sahaja.

Percayalah bahawa dengan mengubah pemimpin atau kerajaan sekalipun ia sebenarnya tidak akan berjaya menyelesaikan masalah. Yang perlu diubah adalah struktur masyarakat itu sendiri. Bukankah pemimpin itu adalah cerminan akhlak masyarakat itu sendiri?

Wallhua’lam.