Wednesday, January 29, 2025

Daripada 50 Pasang Kasut, Hanya 2 Pasang Kasut Sahaja Tidak Makan oleh Anai-Anai!

 


Kasut First Lady Filipina, Imelda Marcos Sebanyak 3,000 Pasang yang Dimakan oleh Anai-Anai.

Teringat saya suatu ketika dahulu sewaktu mengikuti ceramah Tumbuk Rusuk oleh penceramah yang bernama Mohd. Firdaus bin Ramlan. Ceramah ini adalah cerita mengenai beliau yang pernah dimasukkan ke dalam penjara kerana mengambil rasuah di mana beliau ketika itu merupakan seorang hakim. Dalam ceramah beliau banyak yang boleh dikatakan banyak peristiwa-peristiwa ajaib atau pelik yang berlaku ke atas beliau yang makan duit haram iaitu duit rasuah. 

Antara kisah menarik yang saya ingat sehingga sekarang ialah kisah kasut-kasut beliau yang ada beliau beli sebanyak 50 pasang. Ditakdirkan selepas beliau keluar dari penjara dan pulang ke rumah, dia mendapati daripada 50 pasang kasut di rumah, hanya 2 pasang kasut sahaja yang terselamat daripada dimakan oleh anai-anai! 48 pasang kasut lagi rosak kerana dimakan oleh anai-anai! 

Menurut beliau 2 pasang kasut ini ialah kasut yang dibeli menggunakan duit bulan gaji pertama beliau sewaktu mula-mula bekerja dan 1 pasang lagi merupakan kasut hantaran perkahwinan beliau. Subhanallah, mudah sahaja Allah s.w.t. menunjukkan kuasanya kepada kita semua amnya apabila kita membeli, makan, dan minum menggunakan duit sumber yang haram. Daripada kisah teladan ini, marilah kita bersama-sama mencari sumber pendapatan kita yang halal. Cepat atau lambat, Allah s.w.t. pasti akan membalasnya jua.

Wallhua'lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Friday, January 24, 2025

Pembiayaan Bank Islam dan Pinjaman Bank Konvensional – Nampak Sama tetapi Sebenarnya Tidak Serupa

 


Jika kita melihat pembiayaan Bank Islam dan pinjaman yang disediakan oleh bank-bank konvensional, boleh dikatakan Bank Islam ini sebenarnya sama sahaja dengan bank konvensional kerana ianya tetap mengambil keuntungan ke atas setiap pinjaman yang dikeluarkan kepada peminjam mereka.

Sebenarnya, ianya berbeza apabila kita perhalusi perkara ini. Apa yang membezakan pembiayaan Islamik dan pinjaman konvensional ialah lafaz akad apabila pembiayaan ataupun pinjaman ini diberikan.

Saya berikan contoh mudah. Katakan Ali ingin meminjam motor Abu dan Abu mensyaratkan agar Ali perlu memulangkan motor yang dipinjamnya dalam keadaan minyak motor penuh walhal minyak asal motor ialah separuh sahaja. Di sini, wujud unsur riba kerana Ali perlu memulangkan motor tersebut dalam keadaan lebih dari nilai asal motor tersebut.

Bagi mengelak wujudnya unsur riba dalam kes pinjaman motor ini, Abu perlu menyewakan motornya itu kepada Ali dengan nilai sewaan Ali perlu mengembalikan minyak motor tersebut adalah penuh walhal minyak asal motor tersebut adalah tinggal separuh.

Inilah contoh mudah untuk membezakan antara pembiayaan Islamik dan pinjaman konvensional. Apa yang penting ialah lafaz akad tersebut antara pemberi pinjaman dan pinjaman. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai pembiayaan-pembiayaan Islamik yang banyak disediakan di luar sana. Memadailah kita memahami contoh asas apa yang berlaku dalam pembiayaan Islamik berbanding pinjaman konvensional.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Thursday, January 23, 2025

Rewards Point Kad Kredit – Kad Kredit Hong Leong Bank Sutera vs Kad Kredit HSBC Platinum: Mana Lebih Untung?


Jika anda menggunakan kad kredit, ianya akan memberi pulangan sama ada dalam bentuk cash back ataupun rewards points. Jika cash back, anda akan mendapat potongan ataupun diskaun jika membuat pembelian tertentu. Contohnya, jika anda menggunakan membuat perbelanjaan sebanyak RM1,000 dan mendapat cashback sebanyak 5%, maka anda mendapat pulangan tunai sebanyak RM50 setiap bulan ataupun RM600 setahun... Banyak tu! Jika mendapat ganjaran points, anda boleh menebus barang-barang ataupun baucar oleh pihak pengeluar kad kredit.

Baiklah, pada kali ini saya cuba membuat perbandingan antara kad kredit Hong Leong Bank Sutera dan kad kredit HSBC Platinum kerana kedua-dua kad kredit ini memberi ganjaran points yang menarik juga untuk pengguna. Cuba kita perhatikan dan bandingkan ganjaran points seperti berikut;


Ganjaran Points untuk Hong Leong Bank  Sutera  (Sumber: Ringgit Plus)

Jika kita perhatikan ganjaran points HLB Sutera, ianya memberi ganjaran 8 points bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk pembelian online seperti Shopee dan Grab. Selain itu, ianya memberi ganjaran sebanyak 8 points bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di dining outlets seperti di KFC dan McDonald’s. Jika anda selalu memeri barang-barang dan makan di sini, memang untunglah, berganda-ganda dapat points setiap RM1 dibelanjakan. Akan tetapi, terdapat pengecualian bagi points yang dikenakan oleh HLB Sutera seperti FPX Transactions. Jika anda membayar yuran universiti secara online menggunakan kad kredit secara FPX Transactions, anda tidak akan mendapat points. 

Ganjaran Points HSBC Platinum (Sumber: Ringgit Plus)

Jika kita melihat ganjaran points di atas bagi HSBC Platinum, ianya memberi points maksimum bagi setiap pembelian contactless iaitu sebanyak 8 points bagi setiap RM1 dibelanjakan. Dengan kata lain, kalau mengisi minyak sekali pun, anda masih memperohi 8 points bagi setiap RM1 dibelanjakan. Ini tidak terdapat pada HLB Sutera. Untuk pembelian selain contactless iaitu pembelian secara online, ianya menawarkan sebanyak 5 points bagi setiap RM1 dibelanjakan. Sudah tentu, jika pembelian secara online, HLB Sutera menawarkan points yang lebih menarik. Selain itu, HSBC Platinum ini tiada pengecualian pembelian untuk mendapatkan points sepertimana HLB Sutera.


Annual Fee Waived untuk HLB Sutera  (Sumber: Ringgit Plus)

Untuk mendapatkan annual fee waived atau untuk dikecualikan yuran tahunan kad kredit bagi HLB Sutera sebanyak RM120, anda perlu berbelanja sebanyak RM15,000 dalam tempoh setahun. Banyak juga nak kena maintain jika tidak mahu kena annual fee. 

Annual Fee Waived untuk HSBC Platinum  (Sumber: Ringgit Plus)

Manakala untuk mendapatkan annual fee waived atau untuk dikecualikan yuran tahunan kad kredit bagi HSBC sebanyak RM240, anda perlu berbelanja sebanyak RM2,000 sahaja dalam tempoh setahun dan perlu swipe sekali pada setiap bulan jika menggunakan HSBC Platinum.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa HSBC Platinum memberi ganjaran points yang menarik berbanding HLB Sutera. Selain itu, komitmen tahunan HSBC Platinum lebih rendah iaitu sebanyak RM2,000 sahaja setahun berbanding dengan HLB Sutera iaitu memerlukan pembelian sebanyak RM15,000 untuk mendapatkan annual fee waived. Sudah jika perbelanjaan harian, kita akan banyak membuat pembelian secara contactless berbanding membeli barang-barang secara online. Sudah tentu kelebihan ini akan jatuh kepada HSBC Platinum.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Tuesday, January 21, 2025

Bayangan Burung Ababil Membakar Los Angeles?

 


Para saintis Amerika Syarikat yang mencari punca kebakaran besar hutan atau wild fire yang berlaku di Los Angeles adalah disebabkan daripada burung-burung gagak (Falcon) yang membawa ranting-ranting yang berapi yang menjatuhkannya di hutan di kawasan ini. Akan tetapi, para saintis tidak mengetahui dari manakah burung-burung ini datang. Adakah ini bayangan burung Ababil yang dikirim oleh Allah s.w.t. untuk menghancurkan Amerika Syarikat?

Wallhua'lam.

Wajah Gaza selepas 15 Bulan Dibom Israel Laknatullah


 

Friday, January 17, 2025

Adakah Sesuai Kita Menggunakan Istilah ‘Bodoh Macam Lembu’? Apa yang al-Quran Cakap Mengenai Lembu?

 


Istilah Melayu sinonim dengan kata-kata “Bodoh macam lembu.” Akan tetapi, dalam al-Quran ada menyebut mengenai Surah al-Baqarah iaitu Surah ‘Lembu’. Mengapa kita tidak memandang lembu itu sebagai sesuatu yang mempunyai nilai ekonomi pada kita? Padahal lembu merupakan nilai industri yang mempunyai nilai multi-bilion ringgit yang boleh memberi sumbangan kepada kita ataupun negara kita.

Lihat sahaja FGV Holdings Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya FGV Dairy Farm Sdn Bhd (FGVDF) yang meletakkan sasaran untuk mengeluarkan sebanyak 30,000 liter sehari susu lembu untuk suku pertama tahun 2021 suatu ketika dahulu. Lembu yang diperlukan ini adalah sebanyak 258 ekor. Susu lembu ini diperlukan bagi memenuhi permintaan tempatan, terutama oleh segmen pasar HORECA (Hotel, Restaurant and Cafe).

Begitu juga bisnes kulit lembu pun boleh meraih pendapatan sebanyak RM7,000 sebulan. Kulit lembu ini dijual dengan harga RM30 – RM40 bagi satu kulit lembu bagi seekor lembu. Kulit lembu ini boleh dijadikan menu masakan seperti masak lemak cili padi, taucu dan sambal goreng.

Pengusaha lembu akan memperolehi pendapatan berlipat kali ganda apabila menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha. Harga seekor lembu adalah sekitar RM4,900 hingga RM6,020 bergantung kepada saiz lembu tersebut. Sekiranya lembu tersebut dijadikan lembu korban, purata satu bahagian lembu (1/7) adalah antara RM700 hingga RM860. Para pengusaha lembu ini akan memperolehi keuntungan RM300 – RM400 bagi setiap ekor lembu yang dapat dijual. Di Malaysia, terdapat 24,000 buah masjid dan surau. Jika secara purata 10 ekor lembu diperlukan untuk menyambut perayaan korban dengan harga seekor bernilai RM6,000, sudah tentu nilai ekonomi sebanyak RM1.4 bilion sudah berada di sini sahaja semata-mata untuk menyambut perayaan korban.

Dalam al-Quran secara umumnya terdapat 3 perkara yang boleh memberi kekayaan kepada kita iaitu binatang ternakan, pertanian, dan emas. Ketiga-tiga perkara ini sememangnya dikenakan zakat dengan mengikut jumlah tertentu apabila cukup syarat. Sebagai orang yang bekerja makan gaji, kita kadang-kadang tidak mengetahui atau perasan mengenai perkara ini. Kita harus ambil peluang ini untuk menambah nilai kekayaan kita.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Tuesday, January 14, 2025

Apabila Tentera Allah s.w.t. Membakar Los Angeles

KEMASKINI 21 JANUARI 2025


Saintis Amerika Syarikat yang menyiasat punca kebakaran di Los Angeles (LA) ini mendapati terdapat burung gagak (Falcon) yang membawa ranting-ranting kayu yang berapi ke LA ini yang menyebabkan kebakaran besar berlaku. Adakah burung ini bayangan burung Ababil yang disebutkan dalam al-Quran yang memusnahkan tentera Abrahah?



Kebakaran yang amat dahsyat yang melanda Los Angeles mengingatkan saya dengan lirik lagu Raihan mengenai burung Ababil yang dihantar oleh Allah s.w.t. bagi menghancurkan tentera Abrahah di mana tentera ini berhasrat untuk memusnahkan kota Mekah ketika itu. Malangnya, orang-orang mukmin yang ketika itu tidak mampu membuat apa-apa dan hanya berserah dan berdoa kepada Allah s.w.t. lalu Allah s.w.t. menghantar burung Ababil yang membawa batu api dari neraka untuk menghancurkan tentera Abrahah ini.

Hadis riwayat Imam Ahmad yang berbunyi, “Imam (Khalifah) adalah laksana perisai yang di belakangnya kamu berperang dan mendapat perlindungan.”Nabi Muhammad s.a.w. menyanjung tinggi dengan adanya pemimpin umat Islam di dunia ini sebagai pelindung mereka. Malangnya, imam atau khalifah ini sudah tiada apabila Mustafa Kamal Attaturk memansuhkan sistem pemerintahan berkhalifah secara rasminya pada tahun 1924. Umat Islam pada hari ini ibarat anak-anak ayam yang dikejar musang tanpa ibunya.

Kawasan yang Terlibat dengan Kebakaran Hutan di Los Angeles

Selepas meletusnya Perang Gaza pada 7 Oktober 2023 dunia Islam dilihat seolah-olah membisu bagi menyelamatkan nyawa umat Islam yang dibunuh pada setiap hari di Gaza. Negara-negara umat Islam yang berjiran dengan Palestin seperti Syria, Jordan, dan Mesir yang sepatutnya menjadi fardhu ain ke atas diri mereka untuk membantu umat Islam di Gaza senyap seribu bahasa tanpa membuat apa-apa untuk melindungi saudara seagama mereka dibom dan dibunuh oleh tentera Israel. Saya percaya umat Islam di seluruh dunia berdoa ke atas kesejahteraan saudara seagama mereka di Gaza ini walaupun mereka termasuk Malaysia tidak mampu menghantar tentera untuk menentang tentera pengganas Israel.

Doa umat Islam ini seolah-olah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. apabila Los Angeles yang merupakan bandar kedua terbesar mengalami kebakaran yang amat dahsyat selepas 2 hari Donald Trump mengeluarkan kenyataan biadap yang mengatakan pada 8 Januari 2025 bahawa Timur Tengah dan Gaza akan menjadi neraka sekiranya tebusan Israel tidak dibebaskan oleh Hamas sebelum dia mengangkat sumpah jawatan presiden pada 20 Januari 2025. Allah Maha Mendengar. Apa yang terjadi ialah Los Angeles yang menjadi ‘neraka’ apabila mengalami kebakaran hutan pada 10 Januari 2025 iaitu selepas 2 hari Trump mengeluarkan kenyataan biadap tersebut. Kebakaran ini memusnahkan 12,000 struktur binaan dan Los Angeles mengalami kerugian sebanyak 150 bilion Dollar.


Kawasan Utara Gaza yang Dikepung oleh Tentera Israel Seluas 160 km persegi.

Apa yang lebih menarik lagi ialah kebakaran Los Angeles adalah melibatkan kebakaran seluas 160 km persegi iaitu sama dengan keluasan utara Gaza dan Gaza City yang telah dikepung oleh Israel dengan bantuan Amerika Syarikat dengan seluas 160 km persegi juga di samping seramai 400,000 penduduk Gaza terperangkap dengan kebuluran di sini. Selain itu, kebakaran hutan yang biasanya berlaku pada musim panas berlaku pada bulan Jun – Julai pada setiap tahun berlaku pada bulan Januari yang merupakan musim sejuk di Los Angeles. Kebakaran ini juga merupakan kebakaran sebesar 40 kali ganda lebih besar berbanding yang terjadi sebelum ini. Adakah ini merupakan kebetulan ataupun suratan? Antara logik sains dan hukum karma Allah s.w.t. ke atas Amerika Syarikat bersubahat membunuh umat Islam tidak dapat ditolak dalam bencana ini.

Kejadian yang berlaku ini menggambarkan bahawa peristiwa yang berlaku dahulu seperti apa yang berlaku kepada tentera Abrahah tidak mustahil berlaku kepada musuh Allah s.w.t. kerana umat Islam sekarang amat lemah dan kebergantungan mereka hanyalah kepada Allah s.w.t. semata-mata.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com