Monday, January 22, 2024

Serangan ke atas Houti – Tindabalas Amerika Syarikat dan Sekutunya ke atas Negara yang Bereaksi dengan Nasib Umat Islam di Gaza

Pada 12 Januari 2024 dunia dikejutkan dengan serangan tindak balas oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom ke atas puak Houti di Yaman kerana melancarkan serangan ke atas kapal-kapal dagang milik Israel dan sekutunya khususnys Amerika Syarikat dan lain-lain sejak Perang Gaza meletus pada 7 Oktober 2023 lepas.

Houti melancarkan 27 serangan ke atas kapal-kapal dagang yang mempunyai kepentingan dengan Amerika Syarikat, United Kingdom, Israel, Jerman, dan Belanda kerana sekutu-sekutu ini melaksanakan pembantaian ke atas umat Islam di Gaza. Serangan Houti menyebabkan 12 peratus kapal perdagangan dunia melalui Laut Merah terjejas. Dengan kata lain, 2,000 buah kapal yangn membawa muatan minyak serta barang-barang komersial terpaksa mengalih laluan daripada melalui Laut Merah bertukar kepada Tanjung Harapan atau Cape Town akibat ancaman puak Houti.

Sekiranya serangan Houti ke atas kapal-kapal dagang ini berterusan, maka harga minyak di United Kingdom akan terjejas terus kerana minyak dieksport dari Arab Saudi yang sebelum ini melalui Laut Merah terpaksa dilencongkan melalui Tanjung Harapan dan jumlah kos bertambah sebanyak 40 peratus.

Serangan ke atas Houti ini melibatkan jet pejuang dari Amerika Syarikat dan United Kingdom. Walau bagaimanapun, negara-negara ini menerima bantuan dari Bahrain dari segi radar, serta bantuan teknikal dari Canada dan Australia.

Amerika Syarikat menggunakan 3 buah kapal pengangkut jet pejuangnya bagi menyerang Houti iaitu USS Gravely dan USS Laboon dari Nortfolk, Virginia dan USS Mason dari Mayport, Florida. Manakala United Kingdom menggunakan jet pejuang dari Cyprus bagi melancarkan serangan ini. Hal ini memungkinkan ketegangan antara Yaman dan Arab Saudi kerana Riyadh membenarkan ruang udaranya digunakan oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom bagi melancarkan serangan ke atas puak Houti.


Dalam serangan ini sebanyak 16 lokasi strategik yang menyimpan tempat simpanan peluru balistik, tempat memantau laluan kapal-kapal di Laut Merah yang digunakan oleh pejuang Houti, dan tempat yang menyimpan drone. Sebanyak 60 buah bom digugurkan dalam serangan ini. Serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom adalah amat strategik tidak membunuh mana-mana orang awam.

Dari satu sudut yang lain, dapat kita lihat bahawa Houti satu-satunya negara umat Islam yang di luar Gaza yang dapat menolong umat Islam di Palestin melalui serangan ekonomi ke atas Amerika Syarikat dan sekutunya. Serangan Houti sebenarnya lebih efisien berbanding boikot umat Islam ke atas barangan Amerika Syarikat dan sekutunya walhal harus kita akui sendiri bahawa kita sendiri pun tidak mampu untuk melancarkan serangan secara nyata ke atas Amerika Syarikat dan sekutunya yang membantu Israel. Tindakan Houti ini menyebabkan harga minyak melambung tinggi di pasaran Eropah.

Walaupun Houti sebuah negara yang amat miskin dan hanya mempunyai 1 jet pejuang sahaja, namun negara ini berpandangan jauh dan strategis dalam menentang musuh Islam berbanding negara-negara Arab yang lain yang kaya-raya dan membisu tidak mampu membuat apa-apa melihat nasib umat Islam di Palestin ditindas oleh Israel dan sekutunya.

Wallhua’lam.             

https://wankamarul701.blogspot.com

No comments: