Adalah pelik apabila pendakwaan ke atas Zahid Hamidi gagal disabitkan kerana bukti yang lemah dikemukakan oleh pihak pendakwa. Memetik Malaysiakini antara lain menyatakan bahawa:
“Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dikemukakan di mahkamah, pemandu tidak dipanggil, pengawal tidak dipanggil, anggota polis tidak dipanggil, slip transaksi Touch and Go tidak dikemukakan, log panggilan telefon dan mesej dengan Zahid juga tidak dikeluarkan," katanya (Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam).
Selain itu, pihak pendakwa juga tidak membuktikan sampel sampul surat yang digunakan sebagai bukti untuk menunjukkan kejadian rasuah tersebut memang betul-betul berlaku. Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam menyatakan seperti berikut;
"Saya tidak boleh bayangkan saiz sampul apa yang boleh memuatkan wang tunai SGD600,000 yang bersamaan dengan sekitar RM1.6 juta pada masa itu."
Namun, mengikut carian Wikipedia, sebenarnya wang not Singapore Dollar (SGD) terdapat sehingga SGD10,000. Ini bermakna jika SGD600,000 digunakan bermakna hanya 60 keping wang not SGD10,000 digunakan dan ini adalah muat untuk dimasukkan dalam sampul surat. Berbanding wang not kertas Ringgit Malaysia (RM) di mana ianya adalah sehingga RM100 sahaja. Jika RM600,000 diperlukan, maka wang not RM100 sebanyak 60,000 keping diperlukan untuk mencukupkan jumlah ini. Sudah tentu ini tidak cukup untuk dimuatkan dalam beberapa keping sampul surat sahaja.
Tambahan pula 2 orang pengurup wang yang diambil keterangan tidak dipanggil untuk menjadi saksi untuk menyokong kes pendakwaan.
Malah 3 orang saksi utama yang dipanggil untuk kes pendakwaan ini dikatakan tidak mempunyai kredibiliti. Ada kemungkinan juga duit yang dikatakan diberikan kepada Zahid Hamidi ini sebenarnya digunakan oleh ketiga-tiga orang saksi ini kerana mereka hidup mewah. etiap mereka mempunyai satu unit hartanah di Pavilion, Wan Quoris juga memiliki sebuah rumah banglo di Putrajaya dan sebuah rumah berkembar di Cyberjaya, dua Range Rover, motosikal mewah dan bayaran cukai berjuta-juta.
Namun begitu, Zahid Hamidi masih tidak boleh bernafas lega lagi kerana pihak pendakwa mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung kes ini.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment