Tuesday, October 31, 2017

Menyambung Master Sejarah Malaysia di Universiti Malaya

Saya masih teringat bagaimana first degree dulu saya tersilap daftar untuk memasuki Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kerana tersilap klik sebanyak 3 kali untuk pendaftaran online. Tetapi, saya tidak kisah kerana mungkin rezeki saya di UMT agaknya dahulu pada tahun 2004 dahulu.
 
 
Tetapi, untuk peringkat master saya baru sahaja menyambung di Universiti Malaya (UM) untuk kursus Sejarah Malaysia. Saya sengaja memasukkan entri ini supaya menjadi panduan kepada sesiapa sahaja ingin menyambung master sejarah di UM memandangkan saya tidak jumpa entri seperti ini ketika mula-mula ingin mendaftar dahulu di universiti ini.
 
 
Syarat untuk menyertai program master Sejarah Malaysia ini adalah bebas. Ya, anda adalah bebas dari latar belakang akademik di peringkat ijazah peringkat pertama dahulu. Saya ingatkan dahulu seseorang perlulah mempunyai latar belakang akademik sejarah jika ingin menyambung master sejarah. Sangkaan saya meleset sama sekali. Semua orang boleh belajar master sejarah di UM tidak kira latar belakang apa sekalipun asalkan mempunyai ijazah.
 
 
Baiklah, struktur master sejarah ini mempunyai 2 fasa utama iaitu kelas dan disertasi. Untuk fasa pertama (kelas) ini, ada perlu lulus final exam bagi 5 kursus. Daripada 5 kursus ini, terdapat 2 kursus wajib yang perlu diambil iaitu Histiriografi & Metodologi Sejarah dan Sejarah Malaysia 1800-1941. Manakala terdapat 3 kursus elektif lagi yang perlu diambil.
 
 
Antara subjek elektif yang ditawarkan ialah Malaysian History to 18th Century, Malaysia Economic and Trade Development to The Second World War, Malaysian History After The Second World War, dan Government and Politics in Malaysia.
 
 
Setiap kursus ini terdapat 2 bahagian iaitu 50 peratus final exam dan 50 peratus lagi assignment. Assignment ini biasanya kena buat esei, pembentangan, ulasan buku, dan sebagainya bergantung kepada pensyarah masing-masing.
 
 
Bagi fasa kedua, anda perlu menyiapkan tesis iaitu mempunyai 30,000 patah perkataan. Tajuknya adalah bebas selagi mana ia berkait dengan sejarah Malaysia.
 
 
Anda bagaimana? Berminat ke nak sambung di UM?
 

Sunday, October 29, 2017

Benarkah Tanah Melayu Merdeka kerana Perjuangan Umno?

Benarkah Tanah Melayu merdeka kerana perjuangan Umno yang kononnya rombongan Tunku Abdul Rahman ke London untuk memohon kemerdekaan dari British?

Sebenarnya, Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 selepas Perang Dunia Kedua (PD II). Menurut pengkaji sejarah, kemerdekaan Tanah Melayu ini bukanlah kerana perjuangan Umno tetapi disebabkan pihak British sendiri yang tidak mampu lagi menjaga wilayah-wilayah jajahannya pasca PD II kerana ekonominya sama sekali telah meleset dan belanja bagi mengurus wilayah-wilayah jajahannya adalah sangat besar dan British tidak lagi mampu untuk menampung belanja ini. Oleh itu, ada baiknya diberikan sahaja kemerdekaan Tanah Melayu.

Adakah pihak British ingin membebaskan Tanah Melayu jika ekonomi mereka masih kuat dan stabil dengan begitu sahaja?

Mengapakah Wilayah Patani tidak dimasukkan ke dalam Persekutuan Malaysia?

Sebenarnya, kesultanan Patani dan Kelantan mempunyai pertalian darah diraja yang kuat antara satu sama lain. Kesultanan Patani yang memerintah dari tahun 1688-1729 merupakan keturunan kesultanan Kelantan. Manakala Kesultanan Kelantan yang diperintah oleh Long Yunus pada tahun 1766 merupakan keturunan Patani.

Selepas Tengku Mahmud Mahyideen yang merupakan waris terakhir Kesultanan Patani meninggal dunia pada tahun 1954, banyak gerakan pembebasan Patani yang ditubuhkan bagi membebaskan wilayah mereka dari Siam. Antaranya ialah Barisan Pembebasan Patani (BNPP), Barisan Revolusi Nasional (BRN) pada tahun 1963, Patani United Liberation Organization (PULO), dan Barisan Bersatu Mujahidin Patani pada tahun 1985.

Setelah Kelantan dikuasai oleh PAS pada tahun 1957, sokongan terhadap gerakan pembebasan ini terus diberikan. Dr. Burhanuddin Helmi yang merupakan Presiden PAS telah mendesak Kerajaan Siam agar memberikan status autonomi kepada wilayah-wilayah Patani.Profesor Zulkifli yang merupakan Timbalan Presiden PAS telah mendesak Kerajaan Malaysia agar menggabungkan wilayah-wilayah Patani di bawah pentadbiran Malaysia.

Malangnya, desakan ini tidak dilayan kerana Umno di bawah pimpinan Dato' Onn Jaafar sehinggalah Tunku Abdul Rahman enggan memberikan sokongan kepada gerakan pembebasan ini semata-mata ingin menjaga hubungan dengan Siam.

Monday, October 23, 2017

Cuit-Cuit : Pelajar Negro Kuat Meniru?

Saya berkesempatan untuk makan pagi bersama pensyarah koleh swasta pada hari ini. Beliau menjawab kebanyakan Negro ini dating dari Nigeria dan Afrika serta ramai beragama Kristian. Apabila ditanya adakah pelajar-pelajar Negro ini okay sebenarnya belajar di Malaysia?
 
Beliau menjawab pelajar-pelajar Negro ini biasanya kuat meniru dalam peperiksaan. Apabila ingin mengambil kertas nota yang dibawa masuk dalam dewan peperiksaan, mereka akan sanggup makan kertas nota tersebut manakala pelajar perempuan pula memasukkan nota mereka dalam baju.
 
P.S. : Pelajar Negro nakal.

Saturday, October 21, 2017

Cuit-Cuit : Statistik Anak Luar Nikah di Hospital Kerajaan

Info ini saya dapat daripada kuliah pensyarah saya sewaktu kelas pagi hari ini.

Jangan terkejut, bahawa anak luar nikah yang dilahirkan di hospital kerajaan di Lembah Klang adalah seramai 300 - 400 orang sebulan.

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita pada hari ini? Adakah ini sudah menjadi budaya masyarakat kita?

Wallhua'lam.

Friday, October 20, 2017

Ceramah Tun Dr. Mahathir Hambar

 
 
Ceramah anti-kleptokrasi atau anti-klepek yang dianjurkan oleh Pakatan Harapan hambar sekalipun dihadiri oleh Tun Dr. Mahathir. Malaysiakini menganggarkan paling tinggi hadirin yang datang adalah sekitar 8,000 orang sahaja yang datang.
 
Jika keadaan ini menunjukkan trend pengundi dalam PRU akan datang, boleh disimpulkan pengaruh Tun Dr. Mahathir sudah semakin pudar dan hilang sejak beliau meletakkan jawatannya. Jika Tun Dr. Mahathir dapat menewaskan Najib dalam PRU akan datang, beliau sememangnya benar-benar dewa dan pengaruh politiknya tidak mungkin ditelan zaman seperti Ku Li dan Musa Hitam.
 
Wallhua'lam.

Thursday, October 19, 2017

Tahap-Tahap Ilmu Sejarah

Sebenarnya, ilmu sejarah ini terbahagi kepada empat pengkelasan utama iaitu mitos, lagenda, memori sosial, dan fakta sejarah. Mari kita berbincang mengenai empat perkara ini.

Mitos

Ini adalah pengkelasan ilmu sejarah yang paling rendah. Mitos ini adalah cerita yang diada-adakan sahaja. Contohnya, sultan di sebuah negeri mempunyai kuasa untuk terbang. Dari segi logik akal, cerita ini langsung tidak boleh diterima apatah lagi ingin dijadikan fakta sejarah.

Lagenda

Dari segi ilmu sejarah, taraf lagenda adalah ianya cerita sebenar yang ditokok tambah. Contohnya, semua orang tahu Parameswara adalah pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Maka, ini adalah fakta. Sekiranya, masyarakat menokok-tambah yang kononnya Paramewara mempunyai kuasa boleh terbang dan berdarah putih di mana fakta ini di luar logik akal manusia, maka perkara ini sudah menjadi lagenda walaupun benar Parameswara itu memang wujud.

Memori Sosial

Memori sosial adalah fakta sejarah yang tidak diuji akan kebenarannya walaupun fakta itu memang berlegar di dalam masyarakat. Contohnya, askar Jepun memang benar pernah datang menawan dan menakluki Tanah Melayu.

Tetapi sejauh manakah kebenaran bahawa askar-askar Jepun ini merogol wanita-wanita di Tanah Melayu walaupun cerita ini diturunkan dari generasi ke generasi yang lain? Adakah kajian pernah dilakukan oleh mana-mana pihak mengenai mangsa rogol askar-askar Jepun ini? Jika tiada kajian dilakukan, maka fakta ini hanya sekadar menjadi memori soial walaupun benar tentera Jepun pernah menawan dan menakluki Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Fakta Sejarah

Fakta sejarah merupakan hierarki tertinggi dalam pengkelasan ilmu sejarah. Fakta-fakta yang ada telah dikaji dan diuji kebenarannya sehingga ianya menjadi fakta yang rasmi dan diangkat menjadi fakta sejarah. Contohnya, wanita-wanita di Tanah Melayu yang dikatakan dirogol oleh tentera Jepun dicari dan temu bual dibuat. Ataupun saksi-saksi ketika perang ini dicari dan ditemu-bual. Maka, memori sosial ini boleh diangkat menjadi fakta sejarah kerana fakta ini telah diuji kesahihannya.

Wallhua’lam.

Tuesday, October 17, 2017

Kita Hanya Ada 24 Jam Sehari, 2 Tangan dan 2 Kaki

Apabila kita masih kecil, kita mempunyai masa dan tenaga tetapi tidak mempunyai wang.

Apabila kita di zaman muda, kita mempunyai tenaga dan wang tetapi tidak mempunyai masa.

Apabila kita di waktu tua, kita mempunyai masa dan wang tetapi kita tidak mempunyai tenaga.

Itulah aturan kehidupan ini. Yang kita harus menerima hakikatnya.

Saya masih teringat ketika berusia 18 tahun sewaktu ceramah maghrib. Ada seorang pelajar USM yang menyatakan bahawa masa prime kita ada sewaktu berusia 18 tahun sehingga 25 tahun. Dan selepas itu tiada prime time lagi kerana kita sudah berkahwin. Ini kerana ini adalah tempoh prime time kita adalah sewaktu kita bujang yang boleh membolehkan kita melakukan apa sahaja.

Apabila kita sudah berkahwin, maka komitmen kita makin bertambah untuk keluarga. Masa kita seharusnya dibelanjakan untuk keluarga kita. Masa 24 jam sehari masih kekal dan tidak bertambah walaupun selepas berkahwin.

Sebagai manusia biasa, kita juga mempunyai matlamat dan cita-cita yang ingin dicapai setiap detik kehidupan kita. Masalahnya kita tidak boleh mengejar matlamat yang banyak dalam satu-satu masa. Kita hanya ada 24 jam sehari, 2 tangan dan 2 kaki.Jika kita ingin membuat banyak perkara dalam satu-satu masa, dibimbangi untuk mengejar sesuatu tak dapat dan yang dikendong keciciran.

Contohnya, kerana ingin kita kejarkan duit yang lebih maka kita bekerja 2 pekerjaan sehari. Siang sudah bekerja, malam pun bekerja lagi. Akibatnya produktiviti kerja waktu siang terganggu kerana kita sudah bekerja di malam hari sebelum itu. Lebih malang lagi jika kesihatan kita akan terjejas kerana itu.

Dalam penulisan begitu juga. Usah kita kejar untuk membuat semua genre buku. Jika menulis banyak genre buku, ia akan membelanjakan masa yang panjang kerana kita akan perlu mempelajari benda baru dari semasa ke semasa untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baru lagi. Bukankah ini merugikan masa kita?

Ironinya, kita harus mempunyai matlamat yang jelas dalam kehidupan ini. Adalah mustahil jika kita ingin meletak dunia di dalam poket kita.

Wallahua'alam.