Sunday, October 29, 2017

Mengapakah Wilayah Patani tidak dimasukkan ke dalam Persekutuan Malaysia?

Sebenarnya, kesultanan Patani dan Kelantan mempunyai pertalian darah diraja yang kuat antara satu sama lain. Kesultanan Patani yang memerintah dari tahun 1688-1729 merupakan keturunan kesultanan Kelantan. Manakala Kesultanan Kelantan yang diperintah oleh Long Yunus pada tahun 1766 merupakan keturunan Patani.

Selepas Tengku Mahmud Mahyideen yang merupakan waris terakhir Kesultanan Patani meninggal dunia pada tahun 1954, banyak gerakan pembebasan Patani yang ditubuhkan bagi membebaskan wilayah mereka dari Siam. Antaranya ialah Barisan Pembebasan Patani (BNPP), Barisan Revolusi Nasional (BRN) pada tahun 1963, Patani United Liberation Organization (PULO), dan Barisan Bersatu Mujahidin Patani pada tahun 1985.

Setelah Kelantan dikuasai oleh PAS pada tahun 1957, sokongan terhadap gerakan pembebasan ini terus diberikan. Dr. Burhanuddin Helmi yang merupakan Presiden PAS telah mendesak Kerajaan Siam agar memberikan status autonomi kepada wilayah-wilayah Patani.Profesor Zulkifli yang merupakan Timbalan Presiden PAS telah mendesak Kerajaan Malaysia agar menggabungkan wilayah-wilayah Patani di bawah pentadbiran Malaysia.

Malangnya, desakan ini tidak dilayan kerana Umno di bawah pimpinan Dato' Onn Jaafar sehinggalah Tunku Abdul Rahman enggan memberikan sokongan kepada gerakan pembebasan ini semata-mata ingin menjaga hubungan dengan Siam.

No comments: