Wednesday, March 1, 2017

Cara Memohon Nombor ISBN dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Jika anda berhasrat untuk menerbitkan sendiri buku anda, sudah tentu anda perlu mempunyai nombor ISBN untuk ditampalkan di bahagian belakang buku anda. Dari sudut bisnes buku, nombor ISBN ini adalah penting untuk anda untuk memasarkan buku anda di kedai-kedai. Tidak kiralah sama ada di kedai buku elit, indie, atau tradisional kerana buku yang anda terbitkan ini akan dirujuk dengan nombor ISBN.
 
Di Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) adalah badan yang bertanggungjawab yang menyelia mengeluarkan nombor ISBN kepada mana-mana buku yang diterbitkan di Malaysia. Selain itu, ISBN ini penting bagi melindungi buku yang kita terbitkan daripada dicetak rompak.
Baiklah, jika ini kali pertama anda memohon nombor ISBN, anda perlu mengisi borang berikut :
i. PNM.PK.PBN (O).02(B1) : Borang permohonan menyertai program ISBN.
ii. PNM.PK.PBN (O).02(B2) : Borang permohonan nombor ISBN.
Borang-borang ini boleh didapati di laman rasmi PNM. Sebelum itu, anda diingatkan supaya manuskrip buku anda telah siap ditulis dan diedit. Dengan kata lain, hanya tunggu masa nak design sahaja dalam Adobe InDesign. Jangan anda memohon nombor ISBN ini jika manuskrip belum siap.
Di sini, saya inginkan tekankan bahawa terdapat 2 cara untuk menyertai program ISBN ini iaitu secara atas nama syarikat atau secara atas nama anda sendiri.
Jika atas nama anda sahaja untuk mendaftar program ISBN, anda perlu memberi salinan kad pengenalan sahaja dalam permohonan ini.
Jika anda berhasrat untuk membuka atas nama syarikat, anda perlu mendaftar dahulu syarikat anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berdekatan tempat tinggal anda. Kalau macam pengalaman saya, saya hanya mendaftar di SSM UTC Pudu.
Kos pendaftaran adalah sekitar RM80. Ini adalah penting bagi anda untuk mendapatkan nombor pendaftaran syarikat untuk mengisi borang permohonan menyertai program ISBN ini.
Anda juga perlu mempunyai cop syarikat (bentuk bulat dan petak) anda bagi mengisi borang permohonan PNM ini.
Seterusnya, anda boleh menghantar borang (i) dan (ii) ini setelah lengkap diisi. Perlu diingatkan antara dokumen yang perlu dilampirkan sekali ialah :
i. Salinan SSM.
ii. Contoh cover kulit dalam bentuk PDF yang telah siap design.
iii. Mukasurat hakcipta seperti “Hak cipta terpelihara...” Boleh rujuk buku mukasurat hakcipta buku di rumah anda. (Dalam Microsoft Word pun boleh)
Kemudian, anda boleh hantar e-mail kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di alamat e-mail isbn@pnm.gov.my . Kebiasaannya nombor ISBN diberi kepada anda dalam tempoh 2-3 hari sahaja.
Anda perlu menelefon pihak PNM untuk mengetahui status permohonan anda sama ada telah diproses atau tidak kerana bimbang e-mail yang kita hantar tidak diterima oleh pihak mereka ataupun kita tidak menerima e-mail bagi nombor ISBN yang telah siap diproses dan dihantar oleh pihak mereka kepada kita.
Setelah anda telah menerima nombor ISBN daripada pihak PNM, anda boleh janakan barkod nombor ISBN ini di website berikut :
Saya cadangkan website ini kerana ianya free dan gambarnya tajam sebelum kita design buku untuk peringkat seterusnya. Ini adalah contoh barkod ISBN yang telah dijana oleh website ini :
 
Kemudian, barkod ini anda boleh berikan kepada designer buku anda untuk menyiapkan lay out keseluruhan buku anda.
Selain ISBN, anda boleh memohon Pengkatalogan Dalam Penerbitan (PDP). Ini boleh kata sunat saje. Kalau tiada pun tak ape untuk diletakkan dalam mukasurat hakcipta buku anda. Ada eloknya diletakkan PDP dalam mukasurat hak cipta buku anda supaya ianya kelihatan kemas dan menarik.
Rupa PDP ini macam ini. Ini adalah contoh PDP buku pertama saya, Biar Sedikit Asal Diberkati :
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad, 1985-
Biar SEDIKIT Asal DIBERKATI / WAN KAMARUL ARIFFIN BIN WAN AHMAD.
ISBN 978-967-12841-0-0
1. Finance, Personal. 2. Saving and investment.
I. Judul.
332.024
Bagi pemohonan PDP, anda dikehendaki mengisi borang PNM.PK(0)PBN.02(B4) yang boleh didapati laman web PNM. Dokumen yang diperlukan bagi permohonan PDP ini ialah :
i. Isi kandungan buku (Microsoft Word)
ii. Prakata (Microsoft Word)
iii. Sinopsis (Microsoft Word)
PDP boleh dipohon sekali bersama dengan nombor ISBN dan PNM akan hantar sekali dengan ISBN apabila kedua-duanya siap diproses.
Setelah siap design dan cetak buku anda, anda dikehendaki menghantar 5 naskah kepada pihak PNM bagi setiap judul yang dipohon dalam tempoh 1 – 3 bulan. Anda boleh menghantar secara by hand ataupun melalui pos. Jika saya dahulu, saya hantar by hand di PNM. Bukan apa, saje cari pengalaman pergi pusat ISBN di PNM.
Jika anda tidak berbuat demikian, anda boleh didenda sebanyak RM3,000 dan syarikat anda atau nama anda boleh diblack list untuk memohon nombor ISBN bagi buku-buku akan datang.
Jika anda tidak jadi menerbitkan buku anda walaupun nombor ISBN dan PDP telah dipohon dan diterima, anda boleh menulis surat kepada pihak PNM untuk membatalkan permohonan ISBN dan PDP yang telah diberikan kepada anda.
Selamat berjaya!!!
http://wankamarul701.blogspot.my

38 comments:

Anonymous said...

Assalam Tuan,

Bolehkah Tuan memberikan sedikit panduan bagaimana untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbitan buku?

Adakah syarikit penerbitan perlu mendaftar dibawah Akta Mesin Cetak dan sebagainya? Adakah perlu mendaftar dengan mana-mana kementerian seperti kementerian dalam negeri ata cukup sekadar mendaftar dengan SSM?

Terima kasih

wankamarul701 said...

Wassalam.

Cukup sekadar mendaftar dengan SSM sahaja.

Terima kasih.

Unknown said...

salam tuan. perlu ke buat no isbn untuk buat conference? sebab kami bakal mencetak satu buku hasil dari abstrak peserta
terima kasih.

Anonymous said...

assalamualaikum tuan,

Untuk terbit dan print sendiri adakah wajib dinyatakan nama kedai printing dalam buku berkenaan. stk.

wankamarul701 said...

Tak perlu letak pun tak apa nama kilang pencetak.

wankamarul701 said...

Nor Izzaidah, nak letak pun tak apa.

Unknown said...

Nak tanya kalu nak apply ISBN no untuk E-Book adakah melalui proses yang sama atau berlainan.

wankamarul701 said...

Sama sahaja.

Unknown said...

Slm tuan. Ada 2 soalan. Bila kita isi 2 borang pendafatran dan permohonan tu kena isi dgn bertulis tangan je kan? Kemudian sertakan kad pengenalan & cover buku dan semua isi kandungan buku.. Lalu terus hantar kpd email isbn ya?

wankamarul701 said...

ya

yuyue design said...

Permohonan blh dibuat melalui email kan bukan isi borang secara bertulis dan perlu diserahkan terus ke PNM?

wankamarul701 said...

Isi borang dulu dan boleh scan. Then, hantar melalui e-mail.

Unknown said...

Assalamualaikum. Sy Faizal dp Putrajaya. Sy bercadang nak terbit & jual sendiri Buku eBook. Tapi sy tak tau caranya. Boleh Encik bagi proses/ langkah2 yg patut sy buat. Ada cadangan nama & telefon yg boleh saya hubungi lanjut.

Johan said...

Soalan Saya Tuan Kamarul, jika sekolah sebagai penerbit, perlu ke daftar dengan SSM.Terima kasih tuan.

Zam said...

Assalam, jika buku terjemahan dari Indonesia mana yang terbaik untuk mendaftar; atas individu atau syarikat atau boleh guna syarikat Indonesia

Ain said...

Terima kasih atas informasi yang sangat berguna

Habsah Othman said...

terima kasih. Maklumat yang sangat berguna

MrCikgu said...


Assalamualaikum,
Tuan, sy ingin bertanya, sekiranya sy berhasrat ingin terbit sendiri buku ..sy tak perlu daftar SSM la yer? hanya guna salinan IC?

Cik Ayu said...

Salam. Soalan saya,sekiranya kita nak mohon nombor isbn sebagai individu sahaja, tak perlulah nom sykt, kan. Hanya isikan nom ic sahaja. Betul tak?

violetfasha said...

salam Tuan, saya ingin bertanya, satu borang isbn itu hanya boleh diguna untuk sebuah buku sahaja atau boleh banyak buku?

soalan kedua, di bahagian identiti penerbit kita yang kena isi ke?

Aziz said...

Salam... Tumoang Tanya... Yang di bahagian C.Akuan tu. Kalu penerbit atas mama sendiri nak tulis jawatan apa yer? Satu lagi yg melibatkan ruangan cop syarikat tu Kira tggal kosong je kan?

wankamarul701 said...

Cop kena ada. Jawatan tak tulis pun takpe.

Unknown said...

Kalau buku kita tu tulisan jawi semuanya...
Memang x ada isi kandungan..
Sebiji macam kitab2 tradisional ulama jawi kita macam mana ya?

Shirley said...

Pengkatalogan Dalam Penerbitan (PDP) ini untuk apa? perlu ke?

wankamarul701 said...

Tak ada pun tak apa.

Shirley said...
This comment has been removed by the author.
FA said...

As salam tuan,

saya membuat projek bersama pelajar2 dan menghasilkan 10 buah buku cerita kanak-kanak. kami dalam proses mencetak buku cerita ini dan bercadang untuk memohon isbn. Adakah saya perlu mendapatkan hak ciipta terlebih dahulu? jika perlu apa prosedurnya/ TK

FA said...

as salam,

saya ingin menerbitkan koleksi 10 buah cerita kanak-kanak yang saya buat bersama kumpulan pelajar2 saya. Perlukah saya memohon hak cipta? jika pelru bagaimana? TK

wankamarul701 said...

Wassalam. Ya Perlu.

Isi bor ang permohonan ISBN. Borang boleh didapati di website Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Terima kasih.

Abdul Maid Hamzah said...

Saya bercadang nak tulis buku family dan jual juga Klu ada yang nak, perlu mohon isbn juga kah...

wankamarul701 said...

Abdul Maid Hamzah, perlu ada ISBN sekiranya saudara ingin menjualnnya di kedai-kedai buku.

Trishhhhh said...

Assalamu'alaikum tuan, kalau contoh saya nak buat ebook dan juga buku, adakah saya perlu hantar dua kali dia2 borang (asing) atau isbn tu boleh pakai sekali untuk dua2 hardcopy dan ebook

wankamarul701 said...

Trishhhhh, perlu hantar 2 borang sebab hardcopy dan ebook adalah perkara yang berlainan. Terima kasih.

Tini said...

Aslkm. Kalau saya nak buat majalah sekolah, perlukah saya mohon isbn? Atau issn?

wankamarul701 said...

Wassalam. Boleh je kalau nak mohon.

Ikin said...

Assalam.. mana nak dapatkan borang untuk mohon isbn ni?

wankamarul701 said...

Boleh download website rasmi PNM. TQ

hanis said...

Assalamualaikum tuan. Saya berminat nak terbitkan buku sendiri tanpa melalui syarikat penerbit. Pada bahagian cop, Saya perlukan cop apa? Cop nama Dan alamat rumah kah?