Wednesday, December 21, 2016

The Jewish Pale of Settlement


The Jewish Pale of Settlement dalam kawasan bergaris merah

The Jewish Pale of Settlement adalah perancangan yang menunjukkan bagaimana bangsa yahudi yang berada di Rusia adalah dihina oleh maharaja empayar ini iaitu Catherine The Great (1762-1796).

Bangsa yahudi hanya ditempatkan di kawasan ini yang dikenali sebagai The Jewish Pale of Settlement malah tidak dibenarkan keluar langsung dari kawasan ini. Lebih menghinakan lagi tembok dibina mengelilingi kawasan ini yang merangkumi wilayah Grodno, Vilna, Podolia, Bessarabia, Kiev, Latvia, dan Poltova.

Kebencian bangsa Rusia terhadap bangsa yahudi ini adalah disebabkan atas dasar agama yang kononnya bangsa yahudi yang bertanggungjawab membunuh tuhan Kristian iaitu Jesus Christ.

Kawasan ini terletak di kawasan yang membahayakan keselamatan awam. Ia juga tidak selesa, penuh dengan keperitan, dan kebakaran sering terjadi di kawasan ini. Tidak kurang daripada itu, bangsa yahudi yang tinggal di sini dilarang untuk membina rumah baru dan mereka juga hanya dibenarkan membaiki rumah sedia ada.

Orang-orang yahudi tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan ini pada setiap malam, hujung minggu, dan perayaan krismas. Sekiranya mereka keluar kawasan di luar waktu ini, alamaknya mereka akan ditembak.

Masyarakat yahudi juga menerima ancaman dengan apa yang dipanggil sebagai pogrom. Porgrom ini menunjukkan bagaimana masyarakat Slav Rusia melakukan kekejaman ke atas masyarakat yahudi seperti membakar penempatan, membunuh, dan memusnahkan harta benda yahudi. Kebiasaannya, masyarakat bahawa bangsa Slac Rusia ini seperti para pekerja kereta api, petani, dan pegawai rendah kerajaan. Tindakan progom ini adalah susulan tindakbalas ke atas masyarakat yahudi selepas pembunuhan Tsar Alexander II pada tahun 1881. Tindakan ini menyaksikan 35,000 – 40,000 orang yahudi dibunuh.

Di Eropah, kehadiran mereka juga tidak diterima sama ada dalam lapangan ekonomi, sosial, mahupun politik sejak kurun ke-13 lagi setelah Empayar Rom menerima agama Kristian. Selain itu, mereka mendakwa mereka merupakan bangsa terpilih untuk menyebarkan agama Kristian di dunia ini yang menyebabkan mereka dibenci oleh bangsa-bangsa lain di Eropah.

Begitulah bagaimana masyarakat yahudi suatu ketika dahulu dihina oleh masyarakat di seluruh dunia. Akan tetapi, bagaimana bangsa yang dihina diseluruh dunia suatu ketika dahulu mampu untuk menguasai dunia pula pada hari ini? Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan suatu kaum itu mengubah nasibnya sendiri.

Wallhua’lam.

http://wankamarul701.blogspot.my

Tuesday, December 13, 2016

Menulis Buku untuk Pembaca Umum


Apabila saudara menulis buku yang akan dijual di dalam kedai-kedai buku, saudara memasuki apa yang disebut sektor 'trade book'. Dalam bahasa Melayu ia disebut 'buku umum'. Jadi semua buku dalam kedai MPH adalah jenis trade book.

Daripada sudut bisnes, sektor trade book adalah sektor yang sukar ditembusi, tetapi apabila sekali saudara dapat menembusi sektor ini, saudara dapat bertahan lama dalam bisnes buku.
Apakah ciri-ciri trade book?

  1. Buku trade book dijual kepada pembeli individu yang membayar dengan wang peribadi. Oleh itu buku mesti dijual dengan harga patut. Ini berbeza dengan buku yang dijual kepada perpustakaan awam yang dibayar menggunakan wang kerajaan. Buku-buku yang dibeli oleh institusi dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi daripada harga kedai.

  1. Bagi mendapatkan harga patut, jumlah halaman perlu dikawal. Sebagai contoh, pembeli buku-buku Melayu tidak sanggup membeli buku yang harganya lebih daripada RM25. Harga yang paling sesuai adalah kurang daripada RM20.

  1. Majoriti lelaki yang masuk kedai buku mencari buku-buku yang membantu mereka naik pangkat ataupun buat lebih banyak duit.

  1. Majoriti perempuan yang masuk kedai buku mula-mula pergi ke rak novel, kemudian baru mereka pergi ke rak buku-buku menjalin hubungan bahagia dengan lelaki, parenting dan kesihatan.

  1. Kulit buku perlu menggunakan desain yang menarik. Pengalaman kita mendapati warna hijau tidak diminati oleh pembeli buku-buku bukan agama.

Apabila buku-buku terbitan saudara dapat masuk rangkaian kedai-kedai buku besar, kedudukan saudara sama dengan Ramly Burger, Adabi Food ataupun Aminah Hassan. Saudara tidak perlu ambil pusing siapa turun, siapa naik, dalam politik. Saudara sudah kuat dalam sektor komsumer.
Sumber : universitipts.com

Thursday, December 8, 2016

Bisnes Tidak Laku? Renungi Ayat Ini

Apabila bisnes tidak laku, seringkali kita mengeluh ayat sebegini, “Tiada rezeki.” Memang benar bisnes tidak laku mungkin kerana tiada rezeki. Namun begitu, ada baiknya kita merenungi ayat al-Quran berikut :

“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.” Surah an-Nisa’:79. 

Daripada ayat ini, cuba kita renungi semula. Apa yang baik itu datang daripada Allah s.w.t. dan apa yang buruk itu datang daripada diri kita sendiri.

Jika ayat ini dihubungkan dalam konteks bisnes, sudah tentu banyak perkara yang kita perlu perbaiki supaya perniagaan kita semakin maju dari semasa ke semasa. Kadang-kadang hal yang remeh-temeh pun kita tidak ambil kisah yang membuatkan bisnes kita tidak laku.

Cuba kita muhasabah diri kita semula. Adakah kita sentiasa melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemungkaran Allah s.w.t. yang membuatkan rezeki kita tidak datang atau lebih tepat lagi jika bisnes kita tidak laku?

Berani saya mengatakan bahawa para usahawan yang berjaya ialah orang-orang yang sentiasa mendirikan solat berjemaah di masjid seperti mana dalam ayat berikut :

“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” Surah Thoha: 132.

Nah, di hujung ayat ini Allah s.w.t. menyatakan bahawa akibat baik sendiri pun datang kepada orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, ada baiknya kita sentiasa muhabasah diri kita dari semasa ke semasa jika bisnes kita tidak laku.

Wallhua’lam.

http://wankamarul701.blogspot.my