Monday, February 23, 2015

Bakat : Prasyarat Utama Kejayaan Sesuatu Bisnes

Mempunyai duit yang banyak belum menjamin kejayaan sesuatu bisnes.

Mempunyai minat yang mendalam belum menjamin kejayaan sesuatu bisnes.

Mempunyai kabel atau orang dalam yang besar belum menjamin kejayaan sesuatu bisnes.

Bakat adalah syarat paling penting dalam menjamin kejayaan sesuatu bisnes.

Jika anda mempunyai duit setinggi gunung sekalipun tetapi jika anda tidak mempunyai bakat ia tidak akan membawa anda ke mana-mana dalam kejayaan sesuatu bisnes.

Pada hari ini, banyak syarikat-syarikat Kerajaan yang kononnya disenaraikan di Bursa Malaysia tetapi tidak membawa syarikat-syarikat tersebut ke mana-mana. Malah apa yang lebih malang lagi ia membuatkan pelabur-pelabur semakin rugi apabila melabur dalam syarikat-syarikat tersebut.

Lihat sahaja Felda Global Ventures Berhad (FGV) yang pada mulanya bertujuan mengambil alih bahagian perdagangan Felda yang sekarang sudah retak menanti belah. Mana tidaknya, saham-saham ini pada awal penawarannya dibuka pada 28 Jun 2012 yang naik mencanak dalam masa sehari iaitu daripada harga penawaran awal (IPO) bernilai RM4.55 naik kepada RM5.39. Seterusnya, jatuh merudum secara berterusan sehingga RM2.82 pada minggu lepas.  

Ini bermakna pelabur-pelabur saham FGV akan mengalami kerugian RM1.73 bagi setiap unit yang dibeli. Bagaimana dengan nasib puluhan ribu golongan peneroka Felda yang melabur dalam saham FGV ini?

Saya tidak ingin mengulas dari sudut politik dalam isu ini. Cuba kita teliti semula latar belakang FGV ini.

Adakah ia tidak mempunyai kabel atau networking yang kuat untuk bergerak?

Adakah ia tidak mempunyai modal yang besar untuk bergerak?

Adakah pihak pengurusan FGV tidak berminat untuk melihat FGV ini berjaya?

Sudah tentu sama sekali tidak kerana ianya sendiri dipimpin oleh yang berpengaruh dan mempunyai modal yang besar untuk bergerak.

Kita lihat pula sewaktu Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) ketika mula-mula ia ditubuhkan. Sebelum itu, urus niaga saham-saham di Malaysia adalah berpusat di Singapura. Apabila urus niaga saham di Singapura terjejas, maka ia secara tidak langsung memberi kesan kepada Malaysia. Mana mungkin sebuah negara merdeka harus bergantung kepada negara lain dalam urus niaga sahamnya.

Idea pemisahan BSKL ini sebenarnya dicetuskan dan dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Apa yang terjadi selepas pemisahan bursa tersebut? 

Jangan terkejut bahawa urus niaga saham BSKL menjadi lebih besar daripada pasaran saham New York selepas itu!

Bolehkah kita membandingkan antara urus niaga FGV dan BSKL ini? Sudah tentu orang yang betul-betul berbakat sahaja yang boleh membawa kejayaan sesebuah syarikat.

Kinibiz melaporkan bahawa Tun Daim Zainuddin mempunyai aset bersih bernilai RM853 juta ketika beliau mula-mula menjadi Menteri Kewangan! Oleh itu, tidak hairanlah beliau (Daim) berjaya membawa urus niaga pasaran saham BSKL lebih besar daripada New York selain berjaya menyelamatkan ekonomi Malaysia daripada lembah kemelesetan.

Pokoknya, untuk berjaya dalam sesuatu bisnes apatah lagi untuk menjayakan syarikat-syarikat Kerajaan, seseorang itu perlulah mempunyai bakat. Bakat adalah pra-syarat utama dalam kejayaan sesuatu bisnes. 


http://wankamarul701.blogspot.com

Sunday, February 15, 2015

Kenangan Bersama Allyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Saya bukanlah pemimpin politik yang boleh duduk bersama-sama dengan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz untuk makan atau bermesyuarat semeja bersama beliau. Apabila negara meratapi pemergian Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, teringat saya kenangan bersama Tok Guru ketika beliau masih hidup.

Ketika tahun 2003, saya telah menghadiri kursus Bahasa Inggeris di Kusza selepas mengambil peperiksaan SPM. Kebetulan ketika itu saya menghadiri kuliah Maghrib di Masjid Kusza yang disampaikan oleh Tok Guru. Tok Guru tiba di Masjid Kusza dengan menaiki Proton Perdana V6 berwarna hitam. Ketika orang ramai menyambut Tok Guru tiba di masjid, saya mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama dengan yang lain untuk bersalam dan mencium tangan Tok Guru.

Itulah pengalaman saya bersama Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz ketika beliau hidup.    Terasa juga perasaan sedih apabila seorang ilmuwan Islam telah pergi buat selama-lamanya. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. 

Al-fatihah buat Tok Guru...

http://wankamarul701.blogspot.com

Thursday, February 12, 2015

Apakah Rahsia Sebenar Solat Berjemaah Sebenarnya?


Jika al-Quran menyatakan prinsip-prinsip ilmu kepada umat manusia, begitu juga dengan hadis di mana ia juga menyatakan prinsip-prinsip ilmu yang mengandungi 1,001 hikmah untuk menyinari hidup seseorang insan.

Apakah kelebihan dan rahsia solat berjemaah sebenarnya? Mari kita renungi hadis nabi berikut:

“Sekiranya manusia mengetahui kelebihan pergi ke masjid untuk solat Zohor pada waktu panas tengah hari, maka pasti mereka berlari-lari untuk pergi. Sekiranya mereka mengetahui kelebihan solat Isyak dan Subuh pasti mereka akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat itu walaupun dengan merangkak (disebabkan oleh sesuatu penyakit).” Hadis Riwayat Bukhari

Nah, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis ini bahawa seseorang itu sanggup berlari-lari ke masjid di waktu terik tengah hari untuk menunaikan solat Zohor berjemaah? Jika kita bekerja di pejabat di sekalipun, pada waktu ini merupakan waktu untuk kita rehat makan tengah hari. Tidak kurang daripada itu, ramai umat manusia yang sedang lepak di kedai-kedai makan ketika ini.

Seterusnya, seseorang itu akan sanggup merangkak untuk menunaikan solat berjemaah di masjid untuk solat Isyak dan Subuh walaupun mereka sakit jika mereka mengetahui kelebihan menunaikan di masjid untuk kedua-kedua solat ini.

Apakah kelebihan kedua-dua solat ini sebenarnya sehinggakan mereka sanggup merangkak ke masjid? Sedangkan ramai orang yang sihat walaifiat sekalipun masih leka dengan urusan masing-masing apatah lagi ramai manusia sedang ramai tidur ketika waktu Subuh.

Jika hadis ini menyebut jika seseorang itu menunaikan solat Isyak, Subuh, ataupun Zohor di masjid, maka apabila dia pulang ke rumah selepas itu, dia akan mendapati wang RM1,000 di dalam laci rumahnya, maka berduyung-duyunglah orang akan menunaikan solat jemaah di masjid. Benar bukan?

Apakah rahsia menunaikan solat di masjid sebenarnya khususnya untuk Solat Isyak, Subuh dan Zohor di sebalik hadis ini?

Wallhua’lam.

http://wankamarul701.blogspot.com

Monday, February 9, 2015

Buku Biar Sedikit, Asal Diberkati Telah Diterbitkan!



Biar Sedikit, Asal Diberkati
No ISBN : 978-967-128-410-0
Bilangan Mukasurat : 201
 
 

 
 
 
 

 


Thursday, February 5, 2015

Jangan terkejut, rujukan di internet boleh menjadikan buku anda menjadi Bestseller!


Saya sekarang sedang membaca buku Rothschild - Yahudi Kepercayaan Dajjal tulisan Ibnuyaacob terbitan Moonmedia. Sambil membaca buku-buku ini, saya mengkaji rujukan-rujukan yang digunakan oleh penulis buku ini. Bukan apa. Saya dapati bahawa buku ini telah terjual sebanyak 30,000 naskah! Kalau penulis dapat komisen 10% = RM2.60 (Buku ini berharga RM26.00) untuk setiap buku, maka royalti yang diperolehi ialah RM78,000! Fuhhh... Ini belum kira lagi buku-buku tulisan Ibnuyaacob yang lain seperti Rahsia Simbol Yahudi (Terjual 50,000 naskah), Rahsia Yahudi Dalam Filem, dan lain-lain lagi.

Sudah tentu buku-buku yang menjadi best-seller menjadi sasaran para penulis apatah lagi penulis yang menerbit sendiri bukunya macam saya. Hehehe...

Cuma saya tertarik dengan rujukan yang digunakan dalam buku ini iaitu 'The Unrevealed History' yang ditulis oleh Count Cherep Spiridovich. Apabila saya cuba google dalam internet, tak semena-mena ada soft-copy buku ini dalam bentuk PDF. Ini snapshot yang saya petik untuk berkongsi dengan anda : 




Nah, mengambil rujukan di internet pun boleh menjadikan buku anda best-seller! Dengan syarat anda pandai mengolah kajian anda dan menulis semula dalam bentuk lebih mudah supaya dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Ini tip penulisan yang boleh dikongsi bersama saya pada kali ini.

Terima kasih.

http://wankamarul701.blogpsot.com