Tuesday, January 27, 2015

Tip Menulis : Utamakan Buku yang Ideanya Datang Mencurah-curah Dahulu


Tidak dinafikan bahawa banyak buku genre-genre yang berada di pasaran sekarang yang mampu menjadi best-seller jika kena gayanya. Sudah pasti setiap orang mempunyai minat masing-masing untuk menulis. Saya sebagai contohnya berminat mengenai personal finance, matematik, agama, sejarah, ekonomi, dan politik khususnya. Tetapi, saya bukanlah peminat novel. Sudah tentu saya sukar untuk menjadi novelis walaupun novelnya menawarkan keuntungan berlipat-kali ganda melainkan saya memupuk diri saya menjadi penulis novel.

Akan tetapi, dalam perancangan kita menulis buku, apakah yang patut kita utamakan untuk menulis sesebuah buku? Memang. Saya memang membuat perancangan bersungguh-sungguh untuk menjadi jutawan 5 tahun dari sekarang (2015-2020). Penulisan adalah fokus utama saya sekarang. Saya tidak lagi akan berganjak-ganjak untuk membuat itu dan ini seperti 5 tahun yang lepas kerana ia menghasilkan sesuatu yang meruntuhkan.

Sebelum itu, terdapat 2 kategori buku untuk ditulis iaitu buku yang memerlukan rujukan buku lain dan buku yang memerlukan idea sahaja. Untuk menulis buku yang memerlukan buku lain untuk dibaca terlebih dahulu, sudah tentu ia memerlukan masa yang panjang. Tetapi, bagaimana jika sedang anda menulis buku ini, datang idea-idea lain yang datang mencurah-curah yang memaksa diri anda berhenti buat seketika untuk menulis mengenai idea yang datang tersebut?

Ramai orang tidak faham bahawa buku sebenarnya adalah membuat buku. Seseorang itu tidak kira mencedok idea orang lain apabila meletakkan sumber rujukan daripada dia mengambil untuk penulisan sesebuah buku. Lainlah jika seseorang itu mencedok idea orang lain dan mengatakan idea itu adalah idea aslinya sendiri. Tuan asal penulis buku tentu marah kepada anda jika anda berbuat demikian.

Sudah tentu anda perlu mengutamakan penulisan idea tersebut. Memang perkara ini yang saya alami apabila saya sedang menulis buku sejarah di mana datang idea mencurah-curah yang memaksa saya menulis buku yang lain pula. Pada mulanya, saya ingin menangguhkan sahaja penulisan idea-idea yang datang ini supaya buku sejarah perlu siap terlebih dahulu.

Namun, saya silap setelah beberapa bulan kerana apabila kita tidak menulis idea yang datang, lama-kelamaan ia akan hilang. Sudah tentu modal idea yang hilang ini mungkin menyebabkan kita kerugian beribu-ribu ringgit jika tidak dijadikan sebagai penulisan sebelum ia diterbitkan sebagai buku pada masa hadapan.

Tidak salah sekiranya kita menulis beberapa buah terlebih dahulu dalam sesuatu masa dengan mengutamakan idea bernas dan menarik dahulu untuk ditulis. Apa yang menjadi kesalahan kita ialah kita tidak menyiapkan penulisan sesebuah buku kita yang telah ditulis.

Bayangkan idea bernas anda yang datang tiba-tiba itu boleh dijadikan modal penulisan buku yang best-seller pada masa hadapan. Oleh itu, terjemahkan idea-idea anda dalam bentuk penulisan sekarang!

http://wankamarul701.blogspot.com

2 comments:

Izham Alias said...

Saya setuju. Untuk itu saya sediakan satu folder khas untuk lambakan idea saya.

Bak kata ramai penulis mapan, jika ada idea tulis sahaja dahulu.

Namun, perlu ingat, habiskan satu projek buku dahulu barulah berganjak dengan projek lain. Jika tak nanti akan terbentuk sifat hangat-hangat tahi ayam dalam diri penulis.

Seri Nara al-Diraja said...

Yer. Setuju! kalau buat ini dan buat itu tak menjadi juga walaupun banyak idea. Ada baiknya focus satu-satu dulu.