Wednesday, October 30, 2013

Demam Cool Blog


Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Pada masa sekarang orang sibuk bercakap tentang Cool Blog. Alih tak alih saya pun terkena dengan tempias Cool Blog. Apa tidaknya rakan-rakan pejabat saya sendiri pun terkena demam Cool Blog apabila lot kedai pejabat saya telah disewa untuk membuka kedai ini. Saya bukanlah biasa minum-minum ais blended ini. Setakat minum Milo Ais ataupun Tea Ais bolehlah. Saya pun pernah minum air Cool Blog ini. Itupun disebabkan kenalan saya yang belanjakan. Airnya murah sahaja iaitu hanya RM2.50 satu. Terima kasih kepada kenalan yang membelanja saya.

Cool Blog di Bangunan Pejabat Saya di Bandar Sri Damansara

Dalam banyak-banyak perniagaan berniaga air merupakan perniagaan yang menghasilkan keuntungan margin keuntungan terbesar. Apatah lagi sekiranya dijual berhampiran dengan sekolah-sekolah kerana pelajar-pelajar dikatakan gemar minum air ini. Oleh itu, saya cuba risik-risik di dalam Google untuk melihat berapakah keuntungan yang boleh dijana daripada membuka perniagaan francais ini. Sebenarnya, Cool Blog ini bermula di Singapura sejak tahun 2005 lagi dan beroperasi di Malaysia pada tahun 2009 selepas mendapat status halal. Apabila saya membuka laman rasmi Cool Blog, kos modal yang diperlukan untuk membuka kedai ini adalah berjumlah RM118,000 iaitu :

Yuran Lesen : RM20,000 (Nama pun francais kan)

Deposit pembelian : RM10,000 (Dipulangkan selepas tamat perjanjian)

Khidmat konsultan : RM1,280 sebulan

Ubah suai kedai : RM35,000

Peralatan : RM30,000

Bunting, flyers, etc. : RM8,000

Deposit sewa : RM15,000 (bergantung kepada sewa)

Jumlah Keseluruhan : RM118,000

Saya dapati dalam blog-blog menceritakan bahawa keuntungan hasil daripada berniaga ais blended Cool Blog ini boleh mencapai RM5,000 sehari pada hujung minggu dan purata jualan adalah RM2,500 sehari (1,000 gelas sehari). Maknanya dalam sebulan, sesebuah kedai boleh menjana pendapatan RM75,000 sebulan. Kebiasaannya dalam perniagaan 80% adalah kos overhead (perbelanjaan) dan 20% adalah keuntungan. Sekiranya demikian, maka untung bersih adalah dalam RM15,000 sebulan. Ini bermakna dalam masa 10 bulan modal akan diperolehi semula. Alangkah hebatnya berniaga perniagaan francais ais blended ini!

http://wankamarul701.blogspot.com

Saturday, October 26, 2013

Makan-makan di Radix Fried Chicken (RFC)

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Petang ini saya tidak tahu hendak makan di mana. Al-maklumlah pergi ke Popular di The Curve sebelah pagi tadi tiada buku-buku baru yang menarik hendak dibeli. Buku di rumah pun belum habis baca. So, saya tidak membeli apa-apa buku. Oleh itu, saya cuba pergi berjalan-jalan di luar untuk makan petang. Apabila sedang membawa motosikal, saya ternampak Radix Fried Chicken (RFC) bukan Kentucky Fried Chicken (KFC). 

Saya cuba masuk ke kedai tersebut. Menunya ala-ala KFC. Boleh dikatakan menarik juga. Saya cuba makan Delight A. Kalau di KFC, delight A ini adalah sama dengan Snack Plate di mana ada 2 ketul ayam, cole slaw, dan mashed potato. Rasa-rasanya pun macam KFC. Ayam goreng dia boleh dikatakan mengalahkan KFC tetapi kalau cole slaw dan mashed potato itu boleh dikatakan 'kalah' dengan KFC. Diharap pihak RFC boleh membaiki kualiti 2 makanan ini. 


Menu RFC

Ada juga saya melihat kelibat wanita cina perempuan bersama dengan 2 orang anaknya. Kata orang kalau orang cina datang ke kedai melayu ini, kedai melayu ini memang berkualiti. Tak taula kalau kedatangan orang cina ini boleh menjadi suatu benchmark sesuatu kedai melayu. Sejauh mana kebenarannya tidaklah dapat dipastikan. 

Saya juga sempat juga cashier,"Ini bawah HPA ke?" Cashier jawab memang ya. Nampaknya HPA terus berkembang selepas ia ditubuhkan. Jika dahulu ia produknya yang paling terkenal ialah Kopi Radix iaitu terkenal dengan trademarknya "Maila Secawan", sekarang pihak HPA boleh membuka rangkaian makanan segeranya pula. Saya tumpang juga walau tidak boleh tumpang tuah kerana orang melayu boleh membuka rangkaian makanannya sendiri setaraf dengan KFC dan McDonald's (Tidak tahulah kalau saya perasan).

Tuan-tuan dan puan-puan yang belum pernah mencuba di kedai RFC ini, bolehlah mencuba makan di kedai ini bersama keluarga. Sekurang-kurangnya boleh juga tolong orang melayu. Kalau ada blog-blog yang suka mengatakan kedai ini hidup segan tak mahu baik diam sahajalah melainkan anda sudah ada kedai yang boleh mengalahkan kedai RFC ini.

Sekian, terima kasih.


http://wankamarul701.blogspot.com

Monday, October 21, 2013

Khas untuk Dr. Michael Lim Mah Hui dan Dr Yeah Kim Leng dari Tun Dr. Mahathir


1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Bumiputra tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.
2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Bumiputra.
3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Bumiputra untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.
4. Kerajaan yang dianggotai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Bumiputra yang tidak berkualiti ini.
5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Bumiputra yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Bumiputra, tetapi kerana mengutamakan merit.
6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.
7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun tidak berjuang untuk membebaskan negara dari penjajah.
Sumber : http://chedet.cc

Friday, October 18, 2013

Isn’t the P. Ramlee’s Films Show the Reality of Malay Economy in 1950-60’s?


Assalamualaikum w.b.t. and a very good day.

I bet all of you are not bore watching the P. Ramlee’s films again and again. I don’t know why his films are not bored although I have watch his films since 20 years ago. Maybe the malay film are suitable to be launced in black and white colour. During I study Arabic Language at my university a few years ago, my lecturer told me that some P. Ramlee’s films ideas origin from the old arabic literature such Ahmad al-Bab. May be it was his recipe to keep his films not bore although after 50 years has launched.  Besides that, his films is tell the malay bad attitude that we should keep away.

Almost the P. Ramlee’s films was launched in 1950-60’s although his first film entitle ‘Chinta’ was launched in 1948. To be brutally honest what I want to highlight here is are his film shows the reality of malay economy in 1950’s? If you conscious, some P. Ramlee’s films show that the malay status is rich such as the films entitle Anak-ku Sazali (1956), Madu Tiga (1964), Tiga Abdul (1964), Keluarga 69 (1967), and others. We can see in these films the malays have huge mansions and luxury cars even have properties at abroad such in Tiga Abdul film. Isn’t it?

3 Abdul Filmed in the Mansion

Are these films tell the truth of the reality of the malay on that time? Absolutely not.

Actually, the equity of malay was only 1.5% while the chinese was 22.8% which led the outburst of 13 May tragedy in year 1969. But while P. Ramlee wants to show to the public in his films that the malays are rich in 1960s although it is not show the reality?

Is P. Ramlee wants to show that the malays are ‘Tuan Tanah’ of Tanah Melayu because Tanah Melayu just get independence from British in 1957?

Is P. Ramlee hopes that one day the malays can hold the economy their homeland because their equity only 1.5%?

Is P. Ramlee not want to show that the malays are poor and only live in slums?

Thank you.


http://wankamarul701.blogspot.com

Monday, October 14, 2013

ASB 2 Khusus Untuk Golongan Kelas Menengah Melayu Atasan?


Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) yang bakal dilancarkan bakal menguntungkan golongan bumiputera khususnya kaum melayu. Mana tidaknya saiz tabung yang dilancarkan ini mempunyai saiz 10 bilion unit saham atau RM10 bilion. Apa yang menariknya ialah ia tidak mempunyai had simpanan untuk setiap individu di mana ia tidak seperti ASB 1 di mana had maksimum yang dibenarkan adalah sehingga RM250,000.

Saya difahamkan oleh kenalan saya yang pernah berkhidmat di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebenarnya ASB 2 ini dilancarkan khusus untuk golongan kelas melayu atasan yang telah mempunyai simpanan maksimum di ASB 1 iaitu berjumlah RM250,000. Ini menyebabkan sesiapa yang mempunyai simpanan maksimum di ASB 1 sebelum ini akan beralih ke instrumen-instrumen pelaburan yang lain seperti Tabung Haji dan sebagainya. Ini sudah tentu merugikan PNB sendiri kerana ASB merupakan tabung yang memberikan dividen yang tertinggi kepada pelabur-pelaburnya berbanding tabung-tabung lain yang disediakan oleh PNB.

Oleh itu, ASB 2 wajar dibuka untuk sesiapa yang sudah mempunyai simpanan maksimum di ASB 1 apatah lagi ASB 2 tidak mempunyai had simpanan yang maksimum sepertimana ASB 1. Pendek kata, ASB 2 ini adalah untuk golongan kelas melayu atasan yang mempunyai modal yang sangat besar untuk melabur.

Sekian, terima kasih.


http://wankamarul701.blogspot.com

Sunday, October 6, 2013

Kos Perang Amerika Syarikat Menyerang Negara-negara Islam

Iraq

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) membelanjakan sebanyak AS$750.8 bilion antara tahun 2003 – 2010 dan ini bermakna Kerajaan AS membelanjakan AS$60.71 juta setiap jam.



Saat-saat Kejatuhan Umat Islam : Gambar Menunjukkan Tentera Marin Amerika Syarikat Melepasi Sempadan Iraq di Utara Kuwait pada 20 Mac 2003. (CNN)


Iraq dan Afghanistan

Menurut laporan Kennedy School of Government, Universiti Harvard tahun 2013, belanja yang ditanggung oleh AS adalah paling tinggi dalam sejarah perang AS iaitu berjumlah lebih AS$4 trilion. Ini adalah termasuk bayaran perubatan jangka panjang dan pampasan kepada anggota tentera yang terlibat dalam kedua-dua perang tersebut.


Tentera British di Afghanistan (The Telegraph)

Belanja Operasi Perisikan

Menurut akhbar Washington Post yang telah mendedahkan satu dokumen sulit yang belum pernah didedahkan sebelum ini iaitu belanja operasi perisikan AS sejak tahun 2007 adalah berjumlah AS$52.6 bilion.

Sumber.

1. Ku Seman Ku Hussain, Mingguan Malaysia, 6 Oktober 2013.

Thursday, October 3, 2013

Jadilah Orang yang Pakar dalam Bidang Diceburi

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Kita perlu menjadi pakar dalam bidang kita yang ingin kita ceburi. Apabila kita menjadi pakar dalam sesuatu bidang, maka orang sanggup berapa sahaja harganya untuk kita walaupun seseorang itu tiada wang kerana mereka sangat berpuas-hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Apa yang ingin saya disebut di sini ialah sikap pomen kereta di mana saya selalu servis di kedainya. Pengalaman beliau sangat luas di mana beliau telah berkhidmat di Syarikat Borch di Jerman selama 8 tahun banyak memberi manfaat kepada beliau untuk menguruskan bengkelnya. Apabila saya membuat servis di kedainya, banyak perkara yang dapat dipelajari mengenai kereta supaya saya ditipu di bengkel-bengkel kereta yang lain. Walaupun bayaran yang dikenakan oleh kedainya adalah agak tinggi saya amat berpuas-hati apabila membuat servis di bengkelnya.

Apa kemahiran yang ada miliki? Setiap orang ada kemahiran walaupun tidak mendapat pendidikan tinggi. Ambil contoh mudah iaitu Syed Mokhtar al-Bukhary. Beliau belajar tidak sampai hingga ke menara gading tetapi beliau amat mahir dalam perniagaan. Lihat sahaja semasa krisis kewangan berlaku dalam tahun 1997/98 di mana banyak perniagaan khususnya orang-orang melayu yang rata-ratany berpendidikan tinggi gagal bertahan namun perniagaan beliau masih utuh sehingga ke hari ini.

Brian Tracy : Trainer dan Speaker Bertaraf Dunia

Siapa motivator dan penulis terkenal dalam pembangunan sumber manusia dan organisasi di dunia pada hari ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah Brian Tracy di mana beliau juga merupakan jurulatih yang pakar dalam bidang jualan. Beliau telah mengadakan seminar dan workshop di 61 negara di seluruh dunia. Beliau juga berjaya membantu 4 juta orang mencapai tujuan hidup mereka. Mengapa beliau berjaya dan terkenal? Kerana beliau amat pakar dalam bidang yang diceburinya iaitu dalam bidang kejurulatihan.

Apa cita-cita anda? Apakah hala tuju hidup anda? Adakah anda ingin sekadar pergi kerja 8.00 pagi dan balik pukul 5.00 petang dan tunggu hujung bulan dapat gaji bayar hutang? Adakah anda ingin menjadi penulis blog atau buku terkenal? Adakah anda ingin mahir dalam selok-belok bidang hartanah dan seterusnya menjadi agen hartanah terkenal di Kuala Lumpur? Adakah anda ingin menjadi cikgu kimia terkenal di Kuala Lumpur? Atau anda ingin menjadi taukeh emas yang terkenal di pekan anda? Pakar menjual kek dan kuih? Tepuk dada tanya selera.

Saya juga melihat kedai-kedai tayar dan motorsikal yang besar di mana orang ramai akan datang ke kedai-kedai tersebut setiap hari. Saya fikir tentu tentu mereka memperolehi pendapatan bersih 5 angka sehari. Mereka boleh berjaya kerana mereka amat mahir dalam bidang servis mereka.

Sekiranya anda mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang dan ia boleh menjadi sumber rezeki untuk anda, jangan menahan kehendak dan keinginan anda kerana itu nilai-nilai yang serasi dengan jiwa kita untuk mencapai kejayaan dan kepuasan dalam hidup kita. Anda boleh mempelajarinya secara perlahan-lahan. Belajar secara perlahan-lahan itu baik daripada langsung tidak mempelajari sesuatu bidang yang anda ingin ceburi.

Saya terfikir mengenai perkara ini ialah apabila setelah 3 tahun mengendali blog ini. Pada mulanya saya ingin membuat iklan tuisyen matematik. Akan tetapi, menulis formula-formula matematik dengan menggunakan komputer adalah lambat dan leceh. Sejak artikel pertama saya ‘menabunglah’ kerana malas nak menulis formula-formula matematik di blog, saya mendapat kata-kata semangat dari rakan-rakan terdekat saya, saya terus menulis dan menulis di blog ini sehinggalah saya menjadi blogger terkenal (kata orang) sehinggakan boleh masuk majalah disebabkan blog ini.

Sekiranya saya terus membuat cara-cara atau tips menjawab soalan matematik tambahan dari dahulu, sudah tentu ramai yang akan berguru dengan saya sejak 3 tahun lepas. Oleh itu, saya membeli scanner untuk membuat blog baru saya untuk mengiklankan tuisyen matematik tambahan serta cara-cara menyelesaikan sesuatu soalan matematik tambahan. Saya berazam untuk tidak membiarkan sehari berlalu tanpa membuat latihan matematik tambahan. Pendek kata, kita harus bertiqamah dan komited apabila membuat sesuatu yang sesuai dengan jiwa kita. Jangan halang jiwa dan cita-cita kita.

Sekian, terima kasih.


http://wankamarul701.blogspot.com

Tuesday, October 1, 2013

AIM Menerima Pengerusi Lembaga Baru

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.


Datuk Amihamzah Ahmad (kiri) bersama Dr. Zubir Harun (kanan) ketika meninggalkan perkarangan Menara AIM...

Datuk Amihamzah bin Ahmad secara rasminya telah bersara sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) genap pada 30 September 2013. Beliau akan digantikan oleh Dr. Zubir Harun yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga AIM berkuatkuasa 1 Oktober 2013. Semoga AIM terus kekal utuh dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com