Anda tentunya
terkejut jika diberitahu unit amanah sebenarnya sudah wujud selama lebih 40
tahun di Malaysia. Unit amanah yang pertama di negara ini ialah First Malayan
Fund, yang dilancarkan pada tahun 1959 oleh Malayan Unit Trust Limited, yang
juga merupakan syarikat unit amanah yang pertama. Tahun yang berikutnya
menyaksikan pelancaran Second Malayan
Fund, diikuti oleh Third Malayan Fund pada tahun yang seterusnya.
Syarikat unit
amanah yang kedua, Asia Unit Trusts Berhad, anak syarikat South East Asia
Development Corporation, telah ditubuhkan pada telah ditubuhkan pada tahun
1966. Pada tahun yang berikutnya, Unit Amanah Mara Berhad (ASMB) ditubuhkan dan
Dana Bumiputera Pertama dilancarkan. Ini diikuti oleh diikuti oleh dua dana
lagi – kesemuanya untuk bumiputera. Walaupun
terbentuknya dua buah syarikat unit amanah lagi, industri ini tidak menonjol
sehinggalah pada penghujung tahun 1980.
Keadaan telah
berubah pada April 1981, iaitu apabila Amanah Saham Nasional (ASN) – mungkin
‘bapa’ segala unit amanah dilancarkan. Ia dikendalikan oleh anak syarikat
Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Dana ini ditubuhkan bertujuan untuk menambah
pemilikan bumiputera dalam sektor korporat.
Pulangan yang
diberikan pada tahun pertama ialah sebanyak 20 peratus. Ini diikuti dengan
pulangan 18 peratus pada tahun kedua dan ketiga. Pulangan yang lumayan ini
telah berjaya menarik ribuan orang untuk melabur dalam ASN. Keadaan sebegini
tidak pernah berlaku sebelum itu. ASN semakin maju dan menjadi pelopor unit
amanah, mengatasi unit amanah yang lain. Menjelang tahun 1990, saiz dana ini
telah membesar sehingga 11 bilion unit.
Pada tahun yang
sama, Amanah Saham Bumiputera (ASB) mengambil alih apabila ASN dibuka kepada
orang ramai. ASB terus menguasai bidang ini dan tempoh tiga tahun ini sahaja
iaitu pada tahun 1993, saiz dananya ialah 82 peratus daripada industri.
Kini unit amanah
sudah bertapak kukuh di Malaysia. Pada Mei 2009, terdapat lebih 550 dana dengan
nilai aset bersih (NAB) berjumlah RM159 bilion diuruskan oleh 38 syarikat unit
amanah. Pengurusnya termasuklah Perbadanan Nasional Berhad (yang menguruskan
ASN, ASB, dan juga Amanah Wawasan 2020), Public Mutual, CIMB Wealth Advisors
serta MAAKL Mutual.
Apa yang pasti,
jumlah dana mahupun bilangan syarikat akan terus bertambah pada masa hadapan.
Petikan dari Jutawan Dari Planet Jupiter.
http://wankamarul701.blogspot.com
2 comments:
Thanks almost all in your appealing plus topical opinions
thus far. A great deal foodstuff regarding imagined.
Some attention seeking concepts along with
viewpoints all-around. Could not state that
To be sure with everything that you simply state when i didnrrrt
acknowledge the actual legitamecy of this article I'd possibly be unaware in your awareness.
Look at my weblog - Cheap Car Insurance For Young Drivers
Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) - agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
.
Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
.
Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
.
Jas
Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
T: +6017-7055 381
E: jas.elegant@gmail.com
W: www.facebook.com/investment.unittrust
.
" Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "
Post a Comment