Assalamualaikum
w.b.t. dan Salam Sejahtera.
3. http://www.malaysiakini.com/news/198747
4. http://beritasemasa.com/hutang-negara-terkini-2012
5. http://www.sinarharian.com.my/. 28 September 2012.
Pada kali ini
saya ingin memberi pandangan saya mengenai hutang Malaysia yang tertinggi dalam
sejarah Malaysia iaitu berjumlah RM484.621 bilion yang disiarkan dalam laman
web beritasemasa.com pada 4 Disember 2012 iaitu bagi tempoh menjelang akhir
tahun 2012 di mana hanya tinggal 3 minggu lagi tahun ini akan menutup tirainya.
Saya fikir ia mungkin pro-pembangkang kerana kebanyakan artikel yang disiarkan
olehnya adalah banyak mengkritik Kerajaan. Sememangnya benar ia menceritakan
bahawa hutang negara sekarang adalah tertinggi sejak merdeka pada tahun 1957. Namun
begitu, laman web tersebut tidak menjelaskan sebab-musabab yang membawa kepada
jumlah hutang negara yang begitu tinggi.
Akan tetapi,
sekiranya mempehalusi balik tohmahan-tohmahan yang dilemparkan oleh Kerajaan,
ia sebenarnya adalah tidak berasas sama sekali. Contohnya ketika pertengahan
tahun 2012, pembangkang memainkan isu PTPTN di mana pelajar-pelajar yang tidak
membayar hutang PTPTN disenaraihitamkan manakala Tan Sri Tajuddin Ramli tidak
perlu membayar hutang berjumlah RM589 juta ekoran krisis kewangan tahun 1997
dahulu. Sebenarnya, isu Tan Sri Tajuddin Ramli tersebut adalah diselesaikan di
luar mahkamah dengan Danaharta dan beliau dikehendaki membayar balik hutang
tersebut. Malangnya, isu ini dibawa oleh pihak pembangkang dan mengatakan
bahawa Tajuddin Ramli tidak perlu membayar hutang tersebut. Begitu juga dengan
isu NFC yang berjumlah RM250 juta di mana hutang tersebut perlu dibayar dan
bukannya tidak perlu dibayar (Malaysiakini).
Baiklah, kita
berbalik kepada laman web beritasemasa.com
tadi. Laman ini melaporkan bahawa hutang negara adalah naik daripada RM200
bilion antara tahun 2008 – 2012 iaitu dalam masa 4 tahun berbanding tahun 1957
– 2008 yang berjumlah RM284 bilion. Memang benar kenaikan bagi 4 tahun ke
belakang ini adalah naik mendadak yang berjumlah RM200 bilion. Laman web mempertikaikan
bahawa ke manakah jumlah wang yang besar itu dibelanjakan dan sepatutnya
semakin banyak faedah yang boleh dinikmati oleh rakyat.
Akan tetapi apakah yang menyebabkan hutang negara
naik RM200 bilion dalam masa 4 tahun?
Kalau
kita ingin tahu dalamnya rimba, tanyalah pada si Puyuh
Kalau
kita ingin tahu luasnya padang, tanyalah pada si Belalang
Kalau
kita ingin tahu tingginya pokok, tanyalah pada helang
Jangan tanya pada puyuh apabila kita ingin tahu
tingginya pokok, sudah pasti maklumat yang diberikan menyelewengkan daripada
keadaan sebenar. Kita tidak boleh untuk bertanyakan
pembangkang kerana mereka tiada pengalaman ekonomi negara. Sekiranya adapun,
kejayaan mereka ialah menguruskan ekonomi yang telah kaya contohnya Selangor
dan Pulau Pinang. Lihat sahaja negeri Kelantan, adakah negeri tersebut
betul-betul kaya selepas 20 tahun di bawah pemerintahan pembangkang? Tepuk dada
tanya Harakah.
Sebenarnya, menurut
Tun Daim Zainuddin yang merupakan bekas Menteri Kewangan menyatakan bahawa kenaikan
hutang negara berjumlah RM200 bilion itu diperlukan sebagai tindakbalas kepada
kesan krisis kewangan global yang bermula pada penghujung tahun 2008 dan
subsidi besar diperlukan untuk menampung kenaikan harga barang makanan dan
tenaga (Malaysiakini). Ini menjawab persoalan beritasemasa.com yang mempertikaikan ke manakah jumlah besar wang
dibelanjakan. Ia sebenarnya adalah dibelanjakan untuk menampung kos kenaikan
hidup rakyat. Sekiranya kos kenaikan itu tidak ditampung oleh pinjaman yang
tinggi sudah tentu kos kenaikan adalah naik berkali ganda daripada sekarang.
Menurut beliau
lagi, jumlah pinjaman besar yang dibuat oleh Kerajaan ini sebenarnya adalah
pinjaman domestik atau pinjaman dalam negara seperti Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP). Pinjaman ini tidak mendedahkan Malaysia kepada aliran modal
besar keluar secara tiba-tiba. Walaupun beberapa penganalisis bimbang kadar
hutang negara dijangka meningkat 1.3 peratus kepada 54.8 peratus dari Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini, berbanding 53.1 peratus pada 2010,
kenaikan ini adalah wajar sebagai tindak balas terhadap krisis kewangan global
yang bermula pada penghujung 2008.
Menurut Laporan
Kementerian Kewangan, Hutang domestik kekal sebagai komponen terbesar meliputi
RM484.8 bilion atau 96.5 peratus daripada jumlah hutang sehingga September
2012. Sebaliknya, hutang luar negeri kerajaan Persekutuan dijangka menurun 2.8
peratus kepada RM17.6 bilion disebabkan ketiadaan terbitan antarabangsa yang baharu
kecuali pengeluaran daripada pinjaman projek sedia ada (Sinar Harian).
Sejak merdeka
lagi, Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi dalam kitaran setiap 10 tahun.
Contohnya pada pertengahan 1980-an, Malaysia mengelami kemerosotan ekonomi
disebabkan oleh penurunan harga barang-barang komoditi utama. Pada tahun 1997
pula, Malaysia sekali lagi dirundung dengan kemelesetan ekonomi disebabkan oleh
penurunan nilai matawang Ringgit Malaysia. Seterusnya pada tahun 2008, Malaysia
mengalami kemelesetan ekonomi disebabkan oleh krisis kewangan ekonomi global.
Sekiranya kita melihat krisis ekonomi negara yang berlaku sejak merdeka, kita
dapat melihat Kerajaan dapat menyelesaikan masalah tersebut dan tidak pernah
lagi Kerajaan tidak pernah gagal membayar hutang apatah lagi muflis disebabkan
oleh masalah tersebut.
Dapat dilihat
sini bahawa kenaikan pinjaman Kerajaan adalah sebenarnya adalah untuk menampung
subsidi barangan makanan dan tenaga di mana pinjaman tersebut adalah
sebahagiannya adalah pinjaman domestik dan untuk kebaikan rakyat juga.
Sepatutnya tidak timbul isu ke manakah wang rakyat tersebut dibelanjakan. Apa
yang jelas ialah media pembangkang sengaja mempermainkan isu bagi meraih
sokongan murahan rakyat bagi menentang Kerajaan.
http://wankamarul701.blogspot.com
Sumber
1. http://beritasemasa.com/hutang-negara-terkini-2012
2. http://www.malaysiakini.com/news/1911663. http://www.malaysiakini.com/news/198747
4. http://beritasemasa.com/hutang-negara-terkini-2012
5. http://www.sinarharian.com.my/. 28 September 2012.
2 comments:
good analysys bro...from captainpurba..
Bersama-sama menentang tohmahan-tohmahan pembangkang.
Post a Comment