Semoga Tuan dan Puan berada dalam
keadaan sihat dan walaifiat serta sentiasa dikurniakan dengan keberkatan rezeki
setiap masa. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan sebaik-baik hari
ialah hari kematian kita iaitu apabila malaikat maut datang menjemput kita
menghadap Yang Maha Pencipta. Pada kali ini, saya ingin berkongsi bersama
dengan anda semua mengenai ‘Royalti dan Honorium Penulisan’. Sebelum ini, saya
puas mencari mengenai berapakah royalti atau honorium penulisan bagi seseorang
penulis sehinggalah saya menjumpai perkara ini di dalam buku Menjadi Penulis
Jutawan tulisan Nimoiz T Y. Menarik juga untuk kita berkongsi bersama mengenai
perkara ini.
“Idea yang terlintas
dalam fikiran janganlah disimpan, sebaliknya pindahkanlah ke dalam bentuk
penulisan yang mungkin idea baru yang tidak terfikir oleh orang lain. Inilah
langkah pertama untuk menjadi penulis.” Norizan
Muslim
Apabila disebut royalti atau
honorium penulisan, ia merupakan salah satu sumber pendapatan pasif di mana
wang yang bekerja untuk anda. Tidak kira anda buat setiap hari, setiap bulan
hatta setiap tahun sekalipun, duit tetap masuk ke dalam poket anda. Bak kata penulis
terkenal iaitu Zamri Mohammad, “Buat buku sekali, dapat duit berkali-kali.”
Berlainan pula dengan pendapatan aktif, anda perlu bekerja untuk mendapatkan
wang. Sekiranya anda tidak bekerja, wang tidak akan masuk ke dalam poket anda.
Menulis juga dapat menjana
pendapatan pasif kepada kita semua selain bidang hartanah, pelaburan tetap dan
sebagainya. Ia juga dapat memberi pulangan yang lumayan kepada sesiapa yang
menceburinya. Setiap sesuatu pasti ada ranjaunya. Sekiranya anda gagal dalam
bidang penulisan, teruskan usaha anda lagi. Orang yang berputus asa itu
bukanlah disebabkan dirinya gagal dalam sesuatu perkara tetapi orang yang
berputus asa itu adalah orang yang tidak mampu bangkit semula daripada
kegagalannya.
Sebelum itu, ramai di antara kita
yang tidak menyedari bahawa kita juga dibayar saguhati apabila kita menghantar
surat pembaca dan ia disiarkan dalam sesebuah majalah. Contohnya, Dewan Sastera membayar RM80 untuk surat
pembaca yang tersiar. Bayaran untuk Berita Bahasa dalam majalah Pelita Bahasa juga cukup lumayan, iaitu
RM50 walaupun anda hanya menulis lima baris. Jika anda seorang wanita dan dan
mengemukakan pertanyaan tentang dunia kecantikan kepada sesebuah majalah, anda
mungkin akan dihadiahi set alat penjagaan kecantikan.
“ Bayangan kejayaan
akan menjelma sekiranya penulis muda tidak mengaku kalah. Sifat mudah mengaku
kalah sememangnya mudah. Yang sukarnya adalah untuk bangun semula selepas
kekalahan itu. Penulis muda haruslah berpegang kepada prinsip biar kalah tetapi
jangan mengalah.” Zaharuddin Abdul Rahman
Berapa royalti bagi sesebuah buku
penulisan novel?
Harga sesebuah bagi buku adalah
dijual sekitar RM10 hingga RM20 bagi novel sekitar 250 hingga 300 halaman.
Pembayaran royalti adalah bergantung kepada perjanjian penerbitan. Ada penerbit
yang menawarkan royalti sebanyak 7 peratus daripada harga buku. Ada yang
menawarkan 10 peratus. Ada juga yang menawarkan RM20 bagi sebuah buku. Pulangannya
adalah cukup lumayan. Jika cetakan pertama novel anda ialah 25,000 unit, dan
anda mendapat sebanyak RM2 untuk setiap unit. Maka, anda mendapat royalti
sebanyak RM50,000 jika buku anda laku kesemuanya. Ini tidak termasuk bagi
cetakan pertama, kedua dan seterusnya. Jika anda mampu menyiapkan sebuah novel
setiap tahun dan cetakan dua kali, dalam masa 10 tahun, anda akan menjadi
jutawan.
Berikut merupakan contoh kadar
royalti bagi penerbit PTS:
i. 7%
daripada harga runcit buku (1 – 5,000 naskah yang terjual).
ii. 10%
daripada harga runcit buku (5,001 – 10,000 naskah yang terjual).
iii. 11%
daripada harga runcit buku (10,000 naskah ke atas yang terjual).
Berapa honorarium bagi sesebuah buku
penulisan rencana?
Di Malaysia, terdapat lebih kurang
250 majalah dan akhbar yang kebanyakannya menyiarkan rencana. Dari segi
bayaran, puratanya anda akan mendapat sekitar RM200 – RM250 sebuah. Sekiranya
anda dapat menyiapkan rencana satu rencana seminggu dan empat rencana sebulan,
anda akan mendapat pendapatan sampingan sebanyak RM1,000 sebulan. Anda boleh
menghantar rencana kepada majalah ternama seperti Dewan Bahasa, Dewan Budaya,
Dewan Masyarakat, Dewan Sastera ataupun akhbar utama
seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian.
Berapa honorarium bagi sesebuah buku
penulisan cerpen?
Bagi penulis muda, anda akan
dibayar honorarium sebanyak RM200 bagi majalah Dewan Sastera dan Pelita
Bahasa. Untuk cerpen tema mudah seperti Mingguan
Wanita pula, anda akan dibayar sebanyak RM60. Bagi akhbar utama pula
seperti Berita Minggu dan Mingguan Malaysia, bayarannya ialah
RM150 sebuah. Begitu juga dengan majalah terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. iaitu
majalah URTV yang menerima RM150 bagi
setiap cerpen yang disiarkan.
“When my second book “The
Millionaire in Me” was released, the royalty cheques did not just double – they
tripled! This is very nice, considering that I was doing what I loved –
writing. So now, I have thirteen books which are all selling like pisang
goreng. The royalty cheques have jumped like kangaroos on steroids. I eraned
over RM750,000 from my books in 2004 and over RM1 million in 2005. These
figures will only increase as the number of books increase.” Azizi Ali, Trainer Jutawan
Berapa honorarium bagi sesebuah buku
penulisan puisi?
Bayaran untuk sebuah puisi adalah
antara RM20 sehingga RM150 untuk setiap buah. Misalnya, majalah terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka membayar RM100 untuk sebuah sajak yang tersiar. Akhbar
Berita Minggu pula membayar RM20 sebuah. Begitu juga dengan Metro Ahad dengan
bayaran RM20 bagi satu puisi yang tersiar. Majalah Dewan Siswa pula pernah
membayar sebanyak RM25 dan RM30 sebuah.
Setakat ini dahulu perkongsian saya
pada kali ini. Pekara ini boleh menjadi panduan kepada sesiapa yang berminat
untuk menjadi penulis ataupun ingin menjana pendapatan. Anda harus ingat bahawa
sekiranya anda berkecimpung sesuatu, apabila anda mengejar kepuasan, wang akan
datang dengan sendirinya. Jika anda mengejar wang, ada kemungkinan wang itu
tidak akan datang kepada diri anda. Fikir-fikirkanlah.
Sekian, terima kasih.
Sumber.
1. Nimoiz T Y, 2007. Menjadi Penulis Jutawan, TrueWealth Sdn
Bhd.
31 comments:
Sangat setuju.
Dapatkan buku elektronik SK tentang bagaimana nak beli rumah tanpa modal :)
Tak habis-habis promote buku dia.kui3
terima kasih tuan, saya dapat informasi berguna dari catatan blog ini.
Sama-sama. Semoga dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat bersama semua.
satu perkongsian info yang amat menarik dan mengujakan! terima kasih tuan tanah.
Saya bukan tuan tanah la.. Tuan blog je..ha3
Terima Kasih...Saha sangat Suka dengan perenggan yang terakhir..
Yer.. Kejar kepuasan dahulu. Wang akan dating kemudian. =)
Perkongsian yang menarik. Yang pastinya perlu berhati-hati dengan penggunaan istilah antara royalti dan honorarium. Ramai penulis yang kurang faham antara pembayaan melalui royalti dan honorarium.
Tetamu Istimewa, baik jelaskan je terus perbezaan antara royalty dan horanium.
Sekadar ingin bertanya...sekiranye saya sedang penulis untuk seorang selebriti dan ini kali pertama saya menulis tentang biografi, berapa bayaran yang sewajarnya saya kenakan kepada selebriti tersebut
Saya tidak dapat memberi jawapan. Maaf.
Patutlah berlumba2 syarikat terbitkan buku sekarang. rupanya untung yang dikaut dari ide orang lain berganda2.
royalti bawah 20% bagi saya tak patut. sebab mereka tak pernah menulis maka tak tahu betapa susahnya menulis. apatah lagi penulisan berbentuk travelog yang bukan sikit belanja penulis nak menghasilkannya.
tak tahulah macam mana sentimen penulis lain...mungkin ramai di luar sana yang ideanya mencurah2 macam air terjun sampai tak hirau jika ia dibayar dengan harga rendah...
Hanin, kalau kos syarikat penerbitan untuk menerbitkan buku-buku ia memerlukan sekurang-kurangnya RM500,000. Memang padanlah kalau mereka mengambil keuntungan berganda dari penulis-penulis. Penulis pula kalau kena gaya dan memenuhi kehendak masyarakat boleh menjadi jutawan contohnya buku Jutawan dari Planet Jupiter boleh mencapai keuntungan RM750 ribu. Kalau kena gaya, memang akan wujud keadaan win-win situation antara syarikat penerbitan dan penulis.
Terima kasih.
salam, saya ingin tahu adakah pihak penerbit akan memberitahu kita jika karya yang kita hantar disiarkan dan bagaimana pula dengan keadaan karya yang dihantar, adakah ia hangus di tangan pihak penerbit atau karya itu masih milik kita.
karya apa ya? Kalau penerbit tak terima seperti buku dia pulangkan balik. Kalau buku tu dia terbitkan hak penerbitan hak dia cuma hak cipta hak kita. Hak cipta bermaksud selagi buku itu dicetak selagi itu kita dapat komisen tetapi kalau kita menjual hak cipta kita kita hanya dapat sekali bayaran dan tidak lagi dapat komisen penerbitan sekiranya buku tersebut dicetak berulang kali.
terima kasih atas kenyataan itu tetapi bagaimana pula dengan karya seperti sajak dan cerpen?? minta pencerahan..
Kalau kita hantar karya seperti sajak/cerpen kepada penerbit, mesti dia ada tanya pernahkah karya ini diterbitkan?
Saya fikir sekiranya belum diterbitkan ia masih menjadi hak kita.
TQ
Salam, boleh x kongsi mana2 website atau emel yg perlukan cerpen yang boleh dapat duit? Saya nk try hantar cerpen dan cuba nak dapat pitis sikit. Maklumlah lepas SPM. Apa pun terima kasih kerana informasi berguna dari Tuan.
Baik hantar dekat majalah-majalah DBP
kalau biasanya syarikat yang menerima puisi moden syarikat apew ye?
kalau biasanya puisi moden,syarikat ap ye yg terima?
Tak pasti. Boleh cuba mana-mana syarikat penerbitan. Mana tahu ada rezeki.
Mula2 mmg syarikat penerbitan kata hanya 5k naskhah sj buku akn dijual. Bgm kita nk tahu bila ada cetakan seterusnya dan kebenaran naskhah sebenar yg terjual. Adakah penerbit blh sembunyikan fakta? Atau kita diberi kebenaran utk tahu penyata tahunan? Tq info berguna
Ini atas kejujuran pihak penerbitan. Ada penerbit yang mencetak sesebuah buku kali ke-2 tapi tertera dekat buku cetakan kali-1. Ada juga penerbit yang menipu penulis. Pendek kata, semuanya ada risiko dalam penerbitan buku ini.
Terima kasih menjadikan buku saya sebagai rujukan tulisan ini.
Terima kasih Tuan. Tak sangka penulis asal buku penulis jutawan membaca artikel ini.=)
Terima Kasih atas maklumat yang diberikan.
terima kasih di atas perkongsian tuan:)
thanks for sharing
Assalamualaikum, nak tanya kalau kita hantar cerpen pada akhbar, contoh macam metro or bh ahad, kita kena bayar diorang ke? Or free?
Post a Comment