WAN KAMARUL ARIFFIN
E-mail : wan_kamarul@usa.com
Thursday, December 4, 2025
Monday, November 24, 2025
3 Jenis Hukum Menipu Menurut Ustaz Azhar Idrus.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, terdapat 3 jenis hukum menipu iaitu;
i. Haram dan berdosa besar - Hukum ini adalah apabila membuat tuduhan palsu dan memudaratkan orang lain seperti menjadi saksi palsu untuk mendakwa orang dan sebagainya. Selain itu, berbohong untuk menipu orang dan menjatuhkan maruah orang turut dikatakan haram dan berdosa besar.
ii. Berdosa kecil - Menyebabkan mudarat kecil kepada orang seperti untuk berjanji berjumpa dengan orang pada pukul sekian-sekian sedangkan dia sendiri tidak bertemu dengan orang tersebut dan menyebabkan orang tersebut tertunggu-tunggu.
iii. Makruh - Menipu jenis adalah tidak menimbulkan mudarat orang ramai. Contohnya, seseorang itu menceritakan dia mempunyai rumah agam yang besar bernilai RM2 juta walhal dia sendiri tidak memiliki rumah tersebut.
Wallahua'lam.
Thursday, October 16, 2025
Kes Rogol, Bunuh di Sekolah Menunjukkan Dasar Pendidikan Negara Kita Telah Gagal!
Belum pun isu kematian Zara
Qairina masih belum selesai dan reda, negara kita digemparkan pula dengan kes
rogol beramai-ramai di sebuah sekolah di Melaka dan kes pembunuhan di sebuah
sekolah di Petaling Jaya. Itu pun belum diambil kira lagi kes hamil luar nikah
di kalangan pelajar-pelajar.
Di manakah kesilapan kita pada
hari ini? Adakah ini disebabkan oleh kesilapan ibu bapa dan guru-guru? Sudah
tentu ini menunjukkan bahawa Dasar Pendidikan Negara kita perlu dikaji dan
digubal semula mengikut peredaran zaman.
Saya juga kadang-kadang berasa
sinis dengan kata-kata di ruangan komen yang menyatakan bahawa Menteri Pendidikan
kita perlu ditukar dan hukuman rotan di sekolah perlu dikembalikan semula untuk
memberi kuasa kepada guru-guru. Saya percaya ini hanyalah merupakan serpihan
daripada kerangka Dasar Pendidikan Negara yang perlu dikaji semula.
Percayalah bahawa tukar Menteri
Pendidikan pun tidak akan menyelesaikan masalah di sekolah-sekolah di seluruh
negara dalam sekelip mata!
Benarlah kata-kata Saidina Umar
al-Khatab, “Didiklah anak kamu mengikut kepada peredaran zaman.” Nampaknya,
dengan kebejatan sosial yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah
sekarang memerlukan perubahan radikal yang menyeluruh dalam sistem pendidikan
di negara kita. Sistem pendidikan kita mungkin sudah lapuk dan ketinggalan zaman
dan tidak boleh mengikut cara lama dalam mendidik para pelajar.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Tuesday, October 7, 2025
Kita Memarahi Orang Cina Jika Tidak Fasih Berbahasa Melayu tetapi Kita Tidak Marah Orang Melayu Tidak Fasih Berbahasa Cina
Sebagai masyarakat majmuk, kita akan memarahi sekiranya orang Cina sekiranya tidak fasih berbahasa Melayu walaupun telah tinggal di Malaysia sejak sekian lama.
Akan tetapi, kita tidak akan
memarahi orang Melayu sekiranya tidak fasih berbahasa Cina.
Sebaik-baiknya orang Melayu
perlu juga fasih berbahasa Cina. Orang Melayu juga perlu juga fasih berbahasa
Cina kerana ekonomi Malaysia pada hari ini telah dipegang oleh orang Cina.
Walaupun keadaan telah berubah
sekarang jika dibandingkan sebelum tahun 1990-an dahulu, orang Melayu kurang
menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah cina. Sekarang, orang Melayu
sekarang sudah ada menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah kebangsaan
aliran Cina. Mungkin ada di kalangan orang-orang Melayu sudah fasih berbahasa
Cina tetapi tidak ramai.
Ini bukanlah rasis. Dalam untuk
mencapai keseimbangan pembahagian kek ekonomi, orang Melayu juga sepatutnya
menguasai Bahasa Cina kerana bangsa ini menguasai dalam lapangan perdagangan
dan perniagaan negara ini.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Saturday, October 4, 2025
Salah Melabur, Duit Melebur.
Salah Melabur, Duit Melebur. Itu tajuk khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib semalam.
Khatib mengingat para jemaah
semua agar berhati-hati dengan zaman sekarang dengan scammer yang banyak
memperdayakan duit orang ramai. Contohnya, dividen yang memberi pulangan
tinggi, love scam, dan sebagainya.
Tidak dinafikan bahawa faktor
ekonomi yang selalu menekan membuatkan orang ramai mudah terpedaya untuk
terlibat dalam pelaburan-pelaburan yang tidak masuk akal.
Pihak scammer pula mengambil
kesempatan ke atas kehidupan orang ramai yang dihimpit dengan tekanan ekonomi,
harga barang naik dengan pelaburan yang
tidak masuk akal dengan memperdaya orang ramai.
Akhirnya duit yang dilabur oleh
orang ramai melebur di tangan scammer.
Scammer tidak tahu dosa apa itu
pahala. Selagi boleh mendapat duit orang ramai melalui tipu daya, selagi itu
perkara ini akan dibuat.
Tidak dinafikan bahawa faktor
ekonomi memang menekan sekarang. Tetapi peluang membuat wang cara halal pun
sangat mudah sekarang. Lihat sahaja media sosial, ramai orang mudah membuat
wang sekarang di media sosial dengan menjual barang secara live.
Elakkan pelaburan yang tidak
masuk akal yang disediakan oleh pihak scammer yang bersiap-siaga menipu sesiapa
sahaja.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com
Thursday, October 2, 2025
Sudah Dijangka Kumpulan Global Sumud Flotilla akan Ditahan oleh Israel
Harapan untuk kumpulan Global
Sumud Flotilla yang merupakan konvoi pelayaran untuk membawa bantuan
kemanusiaan tiba di Gaza yang dijangka pada jam 6.00 petang ini hancur berkecai
apabila kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ini telah dipintas oleh
tentera IDF Israel.
Israel akan menggunakan 1,001 cara
untuk menghalang apa-apa bantuan daripada tiba di Gaza. Sememangnya Israel ingin
penduduk Gaza mati kelaparan. Dendam kesumat sekian lama masih lagi belum reda
oleh bangsa pengganas ini.
Sehingga artikel ini ditulis
seramai 15 orang warganegara Malaysia telah ditahan oleh tentera IDF. Saya
tidak rasa pihak Israel akan mengancam nyawa mereka dan kita berharap mereka
akan dilepaskan dan selamat pulang semula ke tanah air.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com










