Wednesday, May 29, 2024

Hotel Big Tree, Temerloh.

Baru-baru ini pada Hari Wesak, 22 Mei 2024 saya telah pergi ke Temerloh untuk membuat kutipan data bagi kajian saya. Saya telah singgah untuk menginap di Hotel Big Tree, Temerloh. Harganya pun murah tidak sampai RM100 untuk satu malam. Saya berani recommend!




Wednesday, May 8, 2024

Penduduk Palestin di Rafah Dihalau oleh Israel ke Kem al-Mawasi

 


Keadaan semakin kronik. Rakyat Palestin yang terhimpit di timur Rafah seramai 1.5 juta orang (Zon Merah) dipaksa oleh Israel untuk berundur ke kem al-Mawasi (Zon Kuning). Keadaan ini menyebabkan kem al-Mawasi yang sebelum ini mempunyai 2,600 orang per km akan menjadi mempunyai 26,000 orang per km andainya penduduk Palestin di timur Rafah berpindah ke sini. 

Pada mulanya rakyat Palestin bergembira apabila mereka diumumkan oleh pemimpin mereka, Ismail Haniyeh bahawa genjatan senjata telah tercapai. Malangnya, Israel sebenarnya tidak mahu genjatan senjata ini dilaksanakan. Israel akan membunuh penduduk Palestin secara perlahan-lahan dengan membiarkan mereka mati kebuluran dengan tidak membenarkan mana-mana trak bantuan dari Mesir masuk ke Palestin.

Apakah nasib rakyat Palestin selepas ini khususnya dalam tempoh 60 - 90 hari akan datang? Mungkinkah ada sesuatu kejutan akan muncul untuk menyelamatkan nasib mereka?

Wallhua'lam.

https;//wankamarul701.blogspot.com