Palestin berdarah lagi.
Kali ini tentera Israel lebih biadap apabila melancarkan serangan ke atas umat Islam di Palestin ketika masih menunaikan solat terawih pada malam hari.
Sebentar tadi, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menyatakan bahawa adalah hak Israel untuk membalas semula serangan yang dilancarkan oleh Hamas. Jelas, sesiapa sahaja yang menjadi Presiden Amerika Syarikat tidak dapat menyelesaikan konflik Palestin-Israel selagi mana namanya adalah kafir.
Teringat kata-kata kenalan saya yang menyatakan bahawa mengharapkan Amerika Syarikat menyelesaikan konflik Palestin-Isrel adalah ibarat mengharapkan Parti Dap melaksanakan hudud di Malaysia.
Kita di Malaysia menyambut suasana Aidilfitri ketika memerangi wabak Covid-19 yang entah bila akan berakhir. Tetapi saya amat berharap agar wabak ini berakhir secepat mungkin. Tetapi umat Islam di Palestin berada dalam ketakutan kerana bila-bila masa sahaja segala jenis roket dan peluru berpandu milik Israel boleh membedil rumah mereka.
Bayangkan konflik bedil-membedil ini terjadi antara negara kita dengan Singapura. Nauzubillah.
Ironinya, setiap kali konflik di Palestin meletus maka akan
ada misi bantuan kemanusiaan yang meminta sumbangan daripada orang ramai
khususnya untuk perubatan, makanan, tempat tinggal, dan sebagainya.
Roket Milik Briged al-Qasam yang Kecil |
Saya lihat roket-roket yang dibuat oleh Briged al-Qasam perlu
diupgrade lagi. Roketnya jika dilihat adalah amatlah kecil jika ingin
menandingi ketenteraan yang dimiliki oleh Israel. Tidak ubah seperti mercun
raya.
Oleh itu, sudah tibalah masanya kepada umat Islam untuk berganding bahu dan sekurang-kurangnya memberi bantuan kepada rakyat Palestin untuk mereka membangunkan persenjataan yang lebih canggih. Setidak-tidaknya dapat menakutkan Israel.
Wallhua’lam.
Wan Kamarul Ariffin bin Wan Ahmad (16/5/2021)
No comments:
Post a Comment